“Waktu kita kecil dulu, umur lapan Sembilan tahun, masih terjun kat sungai kat kampung” kata saya pada sahabat saya ketika menemankan anak-anak yatim al-Ijabah melihat perlumbaan bot “Formula Future” di taman Botani Putrajaya.
“Budak sekarag ni, untung, kecil-kecil lagi, macam-macam pendedahan dapat” kata saya lagi.
Jam 10 pagi, kala ini kami di tanam Botani Putrajaya.
Apa yang menarik, reka bentuk satu bahagian di taman botani Putrajaya ini seakan-akan al-Hambra di Andalusia (Spanyol).
Reka bentuk al-Hambra adalah rekabentuk syurga yang cuba diterjamahkan “Syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai”.
Melihat peserta sekecil 8-10 tahun membawa bot laju, saya mengandaikan jika mereka benar-benar dilatih, maka sudah tentu akan mahir di dalam ilmu membawa bot.
Setakat ini, Malaysia telah menjuarai banyak pertandingan bot laju.
Di dalam pertandingan bot laju ini, ia mempunyai banyak kategori, ‘Formula Future, Formula 4, Formula 2, dan Formula 1.
Sebuah bot laju boleh mencecah sehingga RM 180 ribu, harga sebuah rumah teres.
Di dalam buku “Outliers, The Story Of Success” karangan Malcolm Gladwell ada menerangkan bahawa, seseorang yang berjaya hendaklah mendapat pendedahan lebih dari orang lain. Jika pada umurnya 8 tahun, pendedahan dapat diberikan lebih dari kawan-kawan sebayanya, maka dia akan lebih terkehadapan dan akan mendapat pendedahan yang lebih lagi pada umur-umur seterusnya.
Beruntungnya, anak-anak ini kerana mendapat pendedahan lebih dibandingkan dengan umur mereka. Mereka mendapat lebih keyakinan diri di dalam bidang ini.
Sebenarnya, teori ini tidak asing dalam Islam. Sistem pendidikan Islam memang akan sentiasa mendedahkan anak-anak dengan ilmu yang menjangkau umurnya. Sejak dari kandungan lagi, ibu ayah disuruh mendedahkan anak-anak dengan al-Quran. Disuruh kita membaca surah Yusuf, Luqman dan Maryam.
Ketika besar, dari kecil lagi diajar dengan adab sopan, diajar mengenal Allah dan mencintai Rasul dan agama.
Sejak kecil lagi diajar mengenai menghindarkan maksiat dan bertaubat.
Akhirnya, pendedahan keimanan yang dibentuk sejak awal menjadikan generasi sahabat, tabi’in dan tabi’ tabi’in cukup luar biasa hebatnya, penunduk 3/4 dunia.
“Satu generasi Rabbani yang hidupnya tidak pernah gentar dan takut pada urusan keduniaan….”
Sistem ini telah dilupakan. Akhirnya, kita lihat, semakin teruk generasi muda, semakin rosak keadaan mereka. Kerana, pendidikan iman diremehkan. Pendedahan ilmu keimanan tidak seimbang dengan pendedahan ilmu dunia, akhirnya mereka tidak kuat menaggung pujian, sanjungan, tidak kuat menepis maksiat dan tidak kuat pada godaan.
Semoga, kita dapat memberi pendedahan anak kita dengan ilmu yang hebat-hebat, dan jangan lupa, ilmu yang hebat-hebat perlu disulamkan dengan iman, barulah mereka akan menjadi orang yang “super hebat” untuk agama dan negeranya.
“Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat”
Al-Faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah’
Shah Alam 24 Sya’ban 1431/ 26 Julai 2010 jam 12.45 tengah hari
Salah satu kawasan di Taman Botani, seakan al-Hambra di Spain
Anak Ijabah
Pertandingan bot “Formula Future’
Formula Furture
Yang ini Formula 1
bergambar pun, jadilah……
Waktu makan, bersama anak tahfiz dan Ijabah
3 comments:
Salam Ustaz
Subhanallah...masyaallah.
Itulah jurang dunia yang ujudkan.
Semuga Allah memberkati kita semua dan sentiasa diberi petunjukNya.
Wslm
siapakah jejaka berbaju hitam tu.. segak sungguh..
Subhanallah..
macam mana saya yang duduk kat Putrajaya pun tak tau pun ada program bot laju ni??
pelik ni..hehehe..
Post a Comment