Friday, July 30, 2010

al-Ijabah 65 – Nisfu Sya’ban

Dalam kitab “Lataiful Maarif” ada menyatakan bahawa, ada lima malam yang dapat kita ketahui malam itu dan ia terdapat waktu dimustajabkan doa.

Lima malam itu ialah:-

1. Malam awal Rejab

2. Malam Nisfu Sya’ban

3. Malam hari raya Aidul Fitri

4. Malam hari raya Aidul Adha

5. Malam jumaat.

Digalakkan kita memperbanyakkan doa kepada Allah setiap masa, lebih-lebih lagi pada lima malam ini.

Isnin 26 Julai 2010 bersamaan malam Nisfu Sya’ban, seperti tahun-tahun yang lalu, saya memang akan bersama anak-anak yatim dan tahfiz al-Ijabah di dalam program yang dianjurkan pada malam ini. Malam ini, Alhamdulillah, saya bersama juga dengan saudara saya dari pesakit HIV.

Biasanya, di masjid-masjid, malam ini, akan diadakan bacaan yasin sebanyak tiga kali dengan doa munajat pada Allah.

Sebenarnya, apa-apa surah pun bagus untuk dibaca, tetapi ulama dahulu memang mengambil surah yasin untuk dibiasakan kepada orang Melayu agar semua orang nanti boleh membacanya. Di samping kelebihan surah ini, bilangan ayatnya yang tidak terlalu panjang dan tidak juga terlalu pendek menjadikan surah ini senang untuk diajarkan.

Ada pandangan yang keras mengatakan bahawa tak perlulah nak baca yasin ni.

Pada saya, kalau satu hari nanti semua orang dah sangat mesra dengan al-Quran dan sudah menjadikan al-Quran ini sebagai satu yang rapat dalam hidup mereka, barulah pandangan ini dapat dilaungkan.

Sekarang ini, berapa banyak yang mesra dengan al-Quran? Kalau tak ada majlis baca yasin ini, percayalah, kebanyakkan mereka tidak akan membasahkan lidah dengan ayat al-Quran ini.

Tahun ini, saya bersyukur kerana dapat mengumpulkan dua rumah kebajikan yang berada di bawah Yayasan al-Ijabah iaitu rumah anak yatim dan tahfiz dan rumah HIV Darul Ukhwah.

Malam ini bukan sahaja kami membaca ayat-ayat al-Quran bersama-sama, malahan kami menutup malam ini dengan bacaan selawat-selawat pada Nabi SAW.

Semoga semua yang ada terus mendapat kebaikan limpahan al-Quran dan juga limpahan keberkatan selawat pada Nabi ini.

“Al-Ijabah, Ladang Amal Mencari Keredhaanya”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Shah Alam

18 Sya’ban 1431/ 30 Julai 2010 jam 4.45 petang

IMG_1095

Sambutan Nisfu Sya’ban 

IMG_1108

Bacaan al-Quran dan selawat

IMG_1128

Saudara kita pesakti HIV

IMG_1129

Alhamdulillah, semoga semua dilimpahi keberkatan al-Quran dan selawat, amin…

1 comment:

Anonymous said...

Ustaz, apakah petua untuk suami yang tidak mahu solat, dah berbelas tahun kahwin dan dah bermacam cara dibuat.. tak berjaya contohnya, tegur cara baik, berbincang, sediakan sejadah, tanya masalah, pujuk namun gagal. Alasannya nanti akan buat, nanti akan berubah, saya jadi takut dan sedih.. selepas ditegur buat, kemudian tinggal macam pepatah hangat2 tahi ayam. Macammana ye?

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...