Monday, July 26, 2010

al-Ijabah – Rombongan Dari Pegawai Perubatan

Hari ini Sabtu, 24 Julai 2010 jam 10.00 pagi, Darul Ukhwah Yayasan al-Ijabah menerima kunjungan dari sahabat-sahabat hospital berbagai negeri, ada yang dari Perak, dari Penang, Dari Negeri Sembilan dan ada yang dari Selangor sendiri.

Mereka semua adalah pegawai yang terlibat langsung dengan HIV. Kunjungan mesra ini dibuat dengan tujuan memberikan pendedahan kepada pelatih baru yang baru berkecimpung di dalam hal berkaitan dengan HIV.

Ia dimulakan dengan Kak Wan (Hospital Sungai Buloh) memperkenalkan seluruh yang hadir pada hari ini.

Selepas itu, saya memberikan taklimat mengenai perjalanan Darul Ukhwah, perancangan dan program termasuk program “Jangan Tinggal Daku” kali kedua yang akan dibuat di Universiti Malaya pada 31 Julai ini di Dewan Kuliah Utama Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya bermula jam 9.30 pagi.

Satu cita-cita kita ialah, semoga satu hari nanti masyarakat Islam mempunyai satu kesedaran bahawa walau siapa pun yang kita jumpa, kita adalah bersaudara dan perlu saling membela antara satu sama lain.

Iktibar yang sangat besar dalam kes HIV ini ialah, apabila pesakit Islam ini mencari tempat perlindungan yang bukan Islam, ia begitu mengharukan apabila rupanya, tidak ada rumah perlindungan buat mereka satu ketika dahulu.

Apapun, di dalam menempuh perjuangan ini, kita memerlukan orang yang ikhlas. Dan sesungguhnya, orang yang ikhlas itu susah untuk ditemui, lagi payah, orang ikhlas yang istiqamah di dalam perjuangan.

“al-Ijabah, Ladang Amal Menuju Keredhaan”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

14 Sya’ban 1431/26 Julai  2010 jam 1.30 pagi

IMG_0920

Taklimat mengenai Darul Ukhwah Yayasan al-Ijabah

IMG_0913

IMG_0921

Pegawai perubatan dari berbagai negeri

No comments:

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...