Seorang usahawan mati meninggalkan harta, seorang pemimpin mati meninggalkan kota binaannya. Kalau kita, apa yang kita nak tinggalkan.?
Apa pun yang kita mahu tinggalkan, saya tertarik dengan sabda Nabi SAW yang berpesan agar kita meninggalkan 3 perkara sebelum kita mati.
Ilmu yang bermanfaat, sedekah jariah (yang terus dimanfaatkan) dan anak soleh yang mendoakan kita.
Saya sangat bersyukur apabila dapat bekerjasama dengan MAIS di dalam menerbitkan beberapa buku.
InsyaAllah, yang terdekat ialah buku “Sifat Solat Nabi Menurut Mazhab Imam al-Syafie”.
Buku ini hasil dari kursus solat saya dikendalikan sekitar Lembah Klang hinggalah ia diterbitkan menjadi rancangan “Panggilan Agung” di Astro Oasis.
Buku ini akan diedarkan secara percuma sekitar Selangor khusus untuk ilmu solat yang telah lama kita sempurnakan. Semoga ia menjadi bahan bermanfaat di dalam memperbaiki solat kita.
Terima kasih pada MAIS yang sentiasa memainkan peranannya di dalam menjaga Islam dan umatnya di sekitar Selangor. Semoga terus dibantu Allah, amin…
“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”
Al-Faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights
30 Rejab 1431/ 12 Jun 2010 jam 11.30 malam
3 comments:
Ustaz, saya ingin mendapat satu naskhah buku ini. bagaiman?
aSSALAMUALAIKUM Ustaz
Diedar di masjid2 selangor ke?
Gabungan Panggilan Agung dan solat sifat nabi tu kalau disatukan,dikemaskini..dibukukan....wah cantik sungguh utk diterbitkan menjadi bacaan umum.
Tajuk Panggilan Agung tu sangat syhdu
assalamualaikum ustaz ana mau tanya buku ini akan dijual diselurah Malaysia ke atau hanya di Selangor? Harap ustaz buat buku dijual seluruh Malaysia. Saya juga ingin memperoleh satu naskhah buku ni, bagaimana?
Post a Comment