Sunday, July 18, 2010

Diari 232 – “Ingatlah Mati Untuk Hidup…”

Jumaat 16 Julai 2010 jam 7.00 petang, saya menerima kunjungan dari Ustaz Hanafi dari Pertubuhan Kebajikan Sahabat Insan dan Iman (SIDIM) (http://sidim.nas.my) di Maahad Sains al-Quran al-Amin (MASAA) Kompleks 3C Bandar Baru Sunway.

Progam malam ini di atur oleh sahabat-sahabat dari AJK Darul Ukhwah Yayasan al-Ijabah. Beliau memberikan ceramah mengenai “Sakaratul Maut” bersama penghuni Darul Ukhwah dan juga anak-anak yatim dan tahfiz al-Ijabah.

Bagus ceramah beliau, memberikan kesedaran kepada yang lalai dari mengingati mati.

Pelajar-pelajar MASAA dan para penghuni Darul Ukhwah ditunjukkan gambar-gambar kematian dan juga tayangan mengenai kematian.

Ada orang yang berpendapat:-

“Apalah nak tayang bab mati pada budak-budak tu, nanti jadi takut pulak…”

Sebenarnya, orang yang mengingati mati, akan dianugerahkan dengan kehidupan. Orang yang melupakan mati akan mati sebenarnya. Mati hati sebelum mati jasadnya.

Dengan mengingati mati, kita akan sentiasa bersedia untuk meningkatkan amalan, memelihara diri dari dosa dan juga akan sentiasa mengajak orang lain membuat kebaikan. Orang seperti ini akan sentiasa berusaha menyahut seruan Allah dan Rasul, dan jika kita menyahut seruan Allah dan Rasul, maka kita akan dianugerahkan dengan kehidupan sebenar. Di dalam al-Quran Allah menyatakan bahawa:-

Wahai orang-orang yang beriman, penuhilah seruan Allah dan seruan Rasul apabila Rasul menyeru kamu kepada suatu yang memberi kehidupan kepada kamu, ketahuilah bahwa sesungguhnya Allah membatasi antara manusia dan hatinya dan sesungguhnya kepada-Nyalah kamu akan dikumpulkan (surah al-Anfal ayat 24).

Hari ini, kenapa banyak manusia yang hidup tetapi jahat? Ia disebabkan dia tidak hidup sebenarnya, pada hakikatnya dia mati dan tidak memberikan apa-apa manfaat kepada orang lain.

Itu yang berlaku hingga terjadinya kes pembuangan bayi, rogol, bunuh dan sebagainya.

Selagi mana mereka tidak menerima panggilan Allah, selagi itulah mereka tidak akan memperolehi kehidupan yang baik. Di dalam al-Quran Allah menyatakan lagi:-

Barangsiapa yang mengerjakan amal saleh, baik laki-laki maupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik (839) dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan. (an-Nahli ayat 97)

Kita akan diiktiraf hidup oleh Allah jika kita beriman dan beramal soleh.

Semoga, kita sentiasa dianugerahkan hidup oleh Allah, dan jangan sampai kita mati sebenarnya, tetapi tidak perasan kita sedang mati.

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah
Putra Heights

6 Sya’ban 1431/ 18 Julai 2010 jam 11.50 pagi

IMG_0743

Bersama Ustaz Hanafi dari SIDIM

IMG_0742

Ceramah Multimedia Sakaratul Maut

IMG_0747

Selepas program hari ini, saya bersama AJK Darul Ukhwah Yayasan al-Ijabah di dalam mesyuarat program rumah terbuka HIV Darul Ukhwah di Universiti Malaya pada 31 Julai ini bermula jam 9.00 pagi, semua dijemput hadir….

1 comment:

Hariz said...

terima kasih atas ingatan ustaz.
Izin Copy

New Entry Prof-Hariz
Buku Baru

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...