Tuesday, July 6, 2010

Jawapan Pada Persoalan 112

Alhamdulillah, pada kesempatan kali ini, baru dapat saya jawab soalan yang diajukan di tempat komen. Bagi soalan yang mungkin terlangkah, minta pembaca tanyakan kembali.

Saya telah memilih untuk menjadi surirumah dan berkhidmat utk r/tangga kerana Allah. Saya telah meninggalkan pekerjaan yg bergaji lumayan dan mendapat keizinan suami dan mertua(walaupun tak perlu). Soalannya, suami kurang berpuas hati(seolah2 terpaksa) kerana masalah kewangan dan bila tertekan dia menuduh saya pentingkan diri. Saya berdiam tapi saya tak tahu nak beritahu dia pengorbanan saya membuktikan sebaliknya dan rezeki ditangan Allah. Bagaimana harus saya terangkan t/jawab memberi nafkah terletak di bahu suami kerana dia seorg yg baran.

June 18, 2010 8:21 AM

Menurut pengalaman saya di dalam bidang undang-undang keluarga ini, di dalam rumah tangga, jika berlaku ungkit mengungkit, sebenarnya bukan perkara ungkit itu yang mahu disampaikan suami, tetapi ada perkara lain yang perlu kita perhatikan kenapa dia berbuat demikian. Sebagai contoh, seorang suami yang kurang mendapat layanan batin, dia akan mengungkit perkara lain yang serba tak cukup. Sebab itu, fahamilah hasrat suami untuk kerukunan rumah tangga

Assalamualaikum,
Saya seorang balu yg baru kematian suami. Saya masih dlm edah.. lalu hanya ke tempat kerja dan menunaikan hak anak2. Masalahnya rakan2 sering mengajak ke kelas2 pengajian, majlis kahwin atau menziarahi jenazah. Saya memaklumkan bahawa saya tidak dapat turut serta kerana masih dalam edah, tetapi ada yg bertanya, "nak buat kebaikan pun tak boleh? Tolong Ustaz terangkan perkara yg boleh dan tidak boleh dilakukan apabila dalam edah?
terima kasih

June 18, 2010 12:13 PM

Sebenarnya, sunah yang diajarkan pada kita ialah seorang yang dalam edah tidak digalakkan keluar bagi sebab-sebab yang tidak darurat

Salam ustaz amin...
Saya berusia 33tahun dan masih belum berkahwin.. Masalahnya adalah berkenaan wali.. Ayah saya sudah meninggal, dan saya mempunyai 3 org abg and seorg adik lelaki.. Saya difahamkan sekiranya ayah sudah meninggal, abanglah yg akan menjadi wali.. Soalan saya, bolehkah saya mengambil pakcik (sblh bapa) sbgai wali..dan bukan abang2 saya? Adakah akan sah perkahwinan saya?
Jazakallah...

June 18, 2010 12:24 PM

Wali itu kena turutannya, jika abang ada, maka pakcik tak boleh, jika abang enggan, maka boleh terus meminta perwalian hakim

Assalamualaikum ustaz.
Seorg suami memilih utk menikahi isterinya yg diketahui pernah melakukan maksiat sblm berumahtangga.Suami juga pernah melakukan maksiat sblm berkenalan dgn isteri. Kedua2nya telah mengetahui kslhn masing2 & bertaubat. Bagaimanapun,suami kerap mengungkit & menghina isteri akan keterlanjuran isteri dahulu.Adakah suami berhak melayan isterinya begitu sedangkan isteri tdk pernah mengungkit akan kslhn suami?

June 18, 2010 2:57 PM

Tidak patut, tapi itulah masalah kalau kurang ilmu dan tarbiah

salam ustaz. saya dan tunang telah berkongsi membeli sebuah rumah, separuh harga rumah tersebut saya yang bayar manakala separuh lagi dibayar oleh tunang saya. atas persetujuan kami berdua, rumah tersebut akan dijadikan sebagai hadiah perkahwinan kami kepada saya di hari pernikahan kami kelak. jadi, seandainya kami bercerai adakah rumah tersebut menjadi hak mutlak saya sahaja atau suami boleh menuntutnya sebagai harta sepencarian. harap dpat penjelasan ustaz tntng hal ini mengikut hukum syarak. sekian. wassalam dan terima kasih.

June 18, 2010 3:28 PM

Suami boleh tuntut harta sepencarian melainkan jika dapat dibuktikan suami telah menghibahkan harta itu kepada puan.

 Qaseh Bonda said...Salam ustaz...
Samada lelaki maupun wanita masing2 punya hak yang telah ditentukan. Sama2 kita merebut peluang untuk membawa buah tangan masing2 bila bertemu Allah nanti.
Benarkah ustaz, ada amalan khusus seperti membaca 70,000 surah Al ikhlas dapat menebus kedua ibu bapa kita ke syurga.
Sekadar inginkan kepastian, Selagi hayat dikandung badan, selain berdoa dan beramal, dengan kepastian ini membuatkan hati tak putus2 nak baca Qul ini supaya dapat bersama2 dengan insan2 yang saya cinta dan yang bakal saya tinggalkan.
Assalamualaikum ustaz.

June 18, 2010 4:35 PM

Sebenarnya, apa-apa amalan pun, jika disedekahkan kepada ibu dan ayah, ia akan membuatkan kedua orang tua di dalam kubur mendapat kebaikan. Ia berdasarkan hadis bahawa amalan seorang hamba itu terputus melainkan dengan tiga keadaan, antaranya ialah doa anak yang soleh. Cuma, dalam bab amalan, lagi banyak, lagi bagus. Jadi kalau surah ikhlas dibaca sebanyak 70 ribu kali, ia bermakna, kita telah memberi sedekah pahala khatam al-Quran sebanyak 23 333 kali. Amalan itu amat bagus untuk diri sendiri dan untuk ibu dan ayah kita. Tetapi, tidak boleh menyakini, ia satu-satunya amalan yang wajib kita buat untuk selamat, ia hanya berdasarkan dalil yang umum dan bukannya dalil yang khusus.

Zumika said...Adakah saya dikira isteri yang tidak baik hanya kerana saya menggantung perintah mahkamah terhadap perintah yang membenarkan suami saya berpoligami sedangkan banyak lagi hak-hak saya sebagai isteri tida terlaksana baik nafkah zahir atau batrin.

June 19, 2010 8:44 AM

Sepatutnya, ketika perbicaraan lagi, puan kena ketengahkan isu tidak terlaksananya nafkah zahir dan batin. Mahkamah memberikan keputusan berdasarkan keterangan yang diberikan oleh pihak-pihak yang dijemput sebagai saksi termasuk puan. Baik atau tidak baik keadaan puan, terpulang pada Allah yang menilai…

noryati said...assalamualaikum ustaz
saya ialah isteri kedua. suami adalah cinta sejati saya sejak di bangku sekolah. 16 tahun lalu suami berkahwin dengan isteri pertama kerana memenuhi permintaan kedua ibu dan bapa. suami seorang yang baik, bertanggunjawab dan menitikberatkan keagamaan dalam kehidupan harian. dapat menjadi isterinya adalah satu rahmat dan kurniaan Allah terbesar dalam hidup saya.

pernikahan kami mendapat restu isteri pertama dan ibu suami. kami bernikah di sempadan setelah menanti hampir 2 tahun dan mengikut prosedur di mahkamah. sebaik pulang, kebenaran berpoligami baru kami terima. masa yang lama di ambil oleh mahkamah, takut berlaku maksiat dan bimbang tidak dapat kebenaran kerana dalam undang2 tidak ada alasan cinta sejati untuk berpoligami, maka kami pergi ke sana.


masalahnya sekarang, pernikahan kami belum didaftarkan kerna bimbang dengan dengan denda yang akan kami terima.
masalah keduanya, selepas pernikahan,madu sering membuat perangai. kadangkala dia tidak bertegur sapa dengan suami dan sering membuat muka dengan suami. dalam banyak perkara, saya sering beralah dengannya. masa dan material, suami lebih utamakannya kerana saya wanita berkerjaya. kadangkala timbul ketidakpuashatian dalam diri saya dengan perangai dan tingkahlakunya. suami pula amat menjaga hatinya. baru2 ini saya kemalangan,namun rutin suami pulang kerumah tetap seperti biasa dan madu pula tidak bertanya khabarpun kepada saya. saya amat terasa hati dan suami mansihatkan saya agar bersabar. kadang2 saya rasa suami tdk adil kerana takut menegur sikap isterinya yg begitu.


apakah komen ustaz dan bagaimana hak saya sebagai isteri kedua dalam hal ini. adalkah saya harus mengalah kerana saya hanya isteri kedua untuk menjaga hubungan dengan madu. terima kasih

June 19, 2010 9:02 AM

Ada lima perkara yang ingin saya katakan…

Pertama

Puan menang kena banyak bersabar kerana biasa terjadi isteri pertama akan mula terasa hati setelah berkahwin walaupun perkahwinan itu diizinkan. Poligami itu kebanyakkanya ada ujian, kalau tidak di awal, ditengah, kalau tidak ditengah, dihujung. Sabarlah..

Kedua

Di dalam Islam, Ikhlas tidak menafikan hak seseorang. Dan hak pula tidak boleh dipelajari tanpa ihsan.

Memang kita semua mempunyai hak, tetapi kadang kala, mengorbankan sedikit hak kita untuk keharmonian yang lebih besar, itulah yang terpuji. Insyaallah, Allah pasti akan ganti balik hak yang kita korbankan, di dunia lagi pasti akan diganti balik. Bagaimana caranya? itu yang kadang kala kita tidak perasan.

Ketiga

Sesayang mana kita pada suami, jika kita mati kita tidak balik pada dia. Kita balik pada Allah. Jadi, yang Allah nak lihat, bukannya pergaduhan dan ketidakpuasan hati yang panjang. Yang Allah nak lihat adalah semakin kita diujiNya, semakin kita menghampiri tuhan.

Dirikanlah solat, banyakkan baca al-Quran, banyakkan berdoa, bacalah surah yasin dan kahfi kerana ia akan menjadi ubat hati yang lara, dan ingat Allah banyak-banyak. Sesungguhnya, dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.

Keempat

Mengenai hal madu puan, doakan, saya yakin, jika puan doakan dengan menyebut namanya, pasti dia akan berubah. Doa dengan menyebut nama adalah sunnah. Nabi pernah berdoa, “Ya Allah, islamkan antara dua Umar”..

Jadi, sebutkan namanya, doakan khusus.

Kelima

Bagi suami puan, saya yakin, dia sedang berusaha mengharmonikan keadaan yang puan tidak tahu. Kasihani dia dan doakan dia. Mungkin, ada perkara yang dia tidak mampu katakan pada puan apa yang sedang dia hadapi. Doakan dia dan jangan putus asa.

Semoga Allah bersama puan sekeluarga.

Wallahualam

Semoga menepati kehendak soalan.

 

“Pertanyaan Kunci Pengetahuan”

al-Faqir ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

Selasa 24 Rejab 2010/6 Julai 2010 jam 11.40 malam

3 comments:

razak said...

salam. ustaz, saya ada 2 soalan.

1: saya bermimpi melihat saya meninggal dunia dan melihat jenazah saya diuruskan. apa maksudnya?

2: saya kurang pandai membaca Al-Quran, adakah sah solat saya jika tersalah sebut ayat-ayat dalam bacaan?

terima kasih.

pijo said...

Salam Ustaz Amin.
ada satu kemusykilan sikit, apa hukum anak angkat(lelaki) Islam tapi dijaga oleh ibu bapa yang bukan Islam. disusukan sejak kecik,tetapi tidak di-Hindu-kan (beragama Islam)
keluarga itu ada anak perempuan,
maka apakah hukum hubungan anak angkat itu dgn ibu dan anak perempuan ibu angkat dia?

Anonymous said...

Assalammualaikum ustaz,sy ingin meminta pandagan ustaz.bru2 ni suami sy ingin merujuk semula dgn bks istri nya yg tlh cerai slma 4thun dmi ank.mereka.masalah nya. Bekas istrinya sering memgungkit kisah lalu dan kdg2 xberi suami sy melihat ank merka sekiranya khendaknya tidak dituruti. Tp suami sy igin menebus ksilpan lalu dan demi ank untuk rujuk tmbhn pula baru2 ini dia dpt bjumpa dgn ank dia stlh sekian lma tpisah. Untuk makluman ustaz. Gji suami biasa saje bwh 2k. Kini mereka kerap. Bhubung dan bicara dn slalu gduh apbila ugkit kisah lama dan suami sy xmahu ikot khndak nya. Skrg suami sy dalam dilema bla memikirkan anknya yg x kenal.dia.trima kasih ustaz

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...