Alhamdulillah, kesempatan ini dapat saya berkongsi jawapan pada soalan yang diajukan
Guest salam ustaz,ank lelaki saya m'punyai ank lelaki yg xsah taraf,adakah t'btl wuduk saya klo bsentuhan ngan cucu saya ini? buat pengetahuan ustaz ank lelaki saya ini xmenikahi ibu kandung cucu saya itu 2010-06-19 12:12 AM
Ada beberapa perbahasan di sini.
Pertama, anak yang lahir dari seseorang di dalam keadan tidak wujud perkahwinan yang sah di sisi syarak, anak itu tidak boleh dinasabkan kepada bapanya tetapi tidak boleh dikahwini oleh waris-waris kerana dianggap sebagai keturunan. Jika takrifan pertama ini, maka puan boleh bersentuhan dengan cucu ini tanpa batal air sembahyang. Ini pandangan sebahagian dari mazhab syafie.
Kedua, anak yang lahir dari seseorang di dalam keadan tidak wujud perkahwinan yang sah di sisi syarak, anak itu tidak boleh dinasabkan kepada bapanya dan dia dianggap asing hingga bapanya termasuk waris-waris nasab boleh menikahinya. Jika takrifan kedua ini, maka puan tidak boleh bersentuhan dengan cucu ini dan batal air sembahyang, Ini pandangan sebahagian dari mazhab hanafi.
Bagi kita di Malaysia, kita memakai pandangan mazhab syafie.
bob a"kum saya nak bertanya bab berkahwin lari dan menentang cakap ibubapaapa hukumnye?hukum dan syarat yg dikenakan di malaysia kawin lari.2010-06-18 10:40 PM
Tidak ada keberkatan, jika ini berlaku, balik dari Thailand, usahalah untuk mendapat restu kembali. Bagi hukum di Malaysia, ia kena daftarkan dan kena denda.
Guest 2911 slm ustz,apakh btl wduk jk bsnthn dgn bukn islm(pmpuan sma pmpuan)2010-06-18 3:57 PM
Tak batal
Guest salam.blh x ustaz citekan pasal bangkit islam di nusantara 2010-06-18 3:24 PM
Insyallah, kalau lapang ikuti ceramah saya khas mengenainya
izan askum,doktor mngesahkn lebih kromosm pmpuan tp buang air melalui kemaluan lelaki,jd khunsa apekah 2?bgmn batas pergauln dgn khunsa pmpuan? 2010-06-18 1:06 PM
Ia dikira perempuan kerana pengesahan dari pakar mengatakan demikian
roziyah ustaz,bolehkah kita pakai jasut croc walaupun telah dkikis gambar buaya?2010-06-19 1:10 AM
Boleh
Guest8107 salam ustaz, cara untuk beristinjak menggunakan batu segi2010-06-19 12:42 AM
Sapu pada batu tiga kali di tempat berbeza
Guest ustaz jika tak keberatan atas diri ustaz blh tak saya dapatkan number telephone hp @phone number rumah,,,ada permasalahan yang ingin saya ajukan 2010-06-19 12:42 AM
Hubungi P.A saya Aleya 0196003643
Guest saya nk berinteraksi ngan ustaz dalam permasalahan keluarga,,,ustaz blh tak berikan email ustaz untuk soalan2 yang saya ingin ajukan. 2010-06-19 12:41 AM
Ni email saya muhamadbinabdullah@gmail.com tapi lebih elok Tanya saja diruangan blog ini. Ini berikutan masa saya yang agak sibuk, kalau email agak lambat saya balas
Guest8107 adakah invesment unit teras public mutual sah dr hukum syariah2010-06-19 12:40 AM
Jika ada Syariah Advisory Council dalamnya, maka sah..
Guest salam maulana..saya nk dptkn doa yg ustaz baca diakhir rancangan tanyalah ustaz pd 19/6/2010 2010-06-19 12:25 AM
Cuba lihat di jawapan pada persoalan 79, seorang bernama kak sue telah tuliskan
Ingin tahu Salam ustaz. Waktu takbiratulihram BOLEH KER kita baca Allah sampai 8 atau 9 harakat sbb nak tumpukan lintasan niat dlm hati "shj aku solat....."? 2010-06-19 1:56 AM
Boleh
Guest salam ustaz, saya ada masalah dari segi nafkah tak culup suami ber, sedangkan dia ada dua isteri dan isteri kedua bekerja, tapi dia tak izin saya bekerja. Bolehkah saya kekerja saja atas niat menampung keperluan diri dan rumah 2010-06-19 1:51 AM
Kalau dah sampai mudharat, boleh tetapi tetap kena beritahu suami
BUNGA RAYA Salam ustaz. Kalau saya bayar zakat pd Al Ijabah, adakah Lembaga Hasil akan terima zakat saya tu spt saya bayar zakat ke PPZ? Perlukah saya pergi ke Al Ijabah utk dapatkan resit? 2010-06-19 1:47 AM
Untuk LHDN, sedang diurus
Guest Ustaz, apa hukum nya menaruh hati pada suami org (suami yg baik pada org lain). Padahal lelaki tersebut, tidak berniat utk berkahwin lagi satu. 2010-06-19 1:41 AM
Bercita-cita tak salah asalkan di dalam landasan syarak
Guest ustaz,saya nak tanya maksud mimpi saya mengandung? 2010-06-19 7:31 AM
rezki
A'in ustz,sy dapti ada bberapa gumpalan seakan2 bulu anjing pd cili kering lalu sy buang semuanya.patutkh ustz,jika tgn trkena dn basah perlukh dsamak 2010-06-19 5:11 AM
Kalau yakin itu bulu anjing maka wajib samak
Guest adakah wanita tudung tidak boleh bersanggul unta spt yg dikatakan hadith?2010-06-19 3:53 AM
Ya jika tujuannya untuk menarik perhatian
Guest dlm hadith ada menyatakan ttg berpakaian tetapi bertelanjang dan bersanggul unta. boleh ustaz terangkan maksud hadith ini? 2010-06-19 3:53 AM
Wanita yang berpakaian tetapi menampakkan susuk tubuh badan, dan yang mengikat rambut sehingga seakan rupa bonggol unta
Guest assalamualaikum ustaz. kalau ibu paksa anak perempuan kawin, anak x mahu, derhaka ke? 2010-06-19 3:48 AM
Boleh jatuh derhaka kalau pilihan ibu itu elok dari segi agama dan sekufu
kkk pandangan ustaz tentang nikah mutaah dn syiah.. 2010-06-19 3:44 AM
Nikah mutaah dalam ahli sunnah tidak dibenarkan, syiah pula pandangan yang bertentangan dengan ahli sunnah, lihat fatwa-fatwa di Malaysia..
4 kawin di thailand tanpa pengetahuan ibu bapa, jarak dari johor ke kedah dikira sah tanpa perlu dapat persetujuan wali..betul ke ustaz 2010-06-19 3:41 AM
Kalau dah dua marhalah, dan ada imam yang bertauliah bertaraf wali hakim, maka sah pernikahan walaupun tanpa persetujuan wali
Guest suami ada 4 isteri dan suami hanya sayang seorang isteri sahaja dan tidak adil.pandangan ustaz 2010-06-19 3:28 AM
Tidak bagus dan seharusnya ia perlu cuba untuk belajar berlaku adil
miera askom ustaz sy nak tanya bagaimana sy nk pohon ampun dari allah atas dosa sy kepada ibu sy yg telah meninggal dunia. 2010-06-19 10:43 AM
Istighfar banyak-banyak dan sentiasa meminta ampun Allah dan berdoa agar ibu memaafkan dosa anda, berbuat baik dengan orang yang ibu kenal
ct ustz dulu ms sy keje sy x byr zakat,tp skrg sy dah berhenti dan jd surirumah,perlukah sy byr jumlah zakat yg tdk dibyr itu,tp sy dah x keje... 2010-06-19 9:08 AM
kalau mampu kena bayar, kerana ia hutang agama
nak tahu ustaz duit pencen perlukah dizakatkan? 2010-06-19 9:05 AM
Kalau ia melebihi dari keperluan maka wajiblah zakat
shareefah ustaz bolehke perfume beralkohol dibwk dlm solat? 2010-06-19 9:04 AM
Banyak perbahasan, yang seeloknya tak payah dibawa solat
ingin tahu ustaz saya slalu doa namun x dikurniakan hajat saya , knp ustaz....2010-06-19 8:45 AM
Cuba kaji hubungan anda dengan Allah, ibu bapa dan masyarakat.
hamba dhaif ustaz,adakah jika kita xdeanak di dunia di dlm syurga nanti dikurniakan anak?2010-06-19 8:43 AM
Mudah-mudahan…
hamba Allah ustaz saya dah 4 thn kawin xde anak, adakah itu ujian atau balasan dosa2 kita...2010-06-19 8:42 AM
Wallahualam, yang pasti ada hikmahnya..
zalina salam ustz bolehkah kite mendoakan kepada arwah begini"ya allah ampunkanlah dosa anaku, lapangkan kuburnya,kurangkan azab kubur baginya dll" bolehkah? 2010-06-19 8:27 AM
Boleh…
izzati assalamualikum.. ustaz saya nk tanye.ape maknanya kening bercantum? dan benarkah kening rasullullah juga bercantum?n ape keistimewan kening cntum? 2010-06-19 6:22 PM
tanda kebesaran Allah yang menjadikan makhluk itu berbagai bentuk…
bob hukum kawin lari?hukum dimalaysia jika berdaftar 2010-06-19 5:45 PM
hukuman atas negeri, ia tak sama
sue salam ustaz. blh ke dipercayai kata2 seorg ustaz yg mengatakn suami sy ada hubungan dgn pompuan lain. seolah2 dia seorg bomoh pulak. 2010-06-19 4:45 PM
Elok jangan percaya melainkan ada bukti
ummi salam ustaz...soalan saya bapa saya terlalu mudah beri hutang dengan itu ramai yg. kesempatan tak mahu bayar kerana dia tak pernah minta apakah hukum 2010-06-19 4:12 PM
Bapa puan seorang yang baik hati namun sering-seringlah mengingatkan dia agar meminta hutangnya pada yang berhutang
Rose bila lailatul qadar sama ke malamnya di M'sia sdg pd waktu itu di negara lain sdg siang? Malam siang tak sama waktu, spt M'sia mlm, USA siang. tk utz. 2010-06-19 4:00 PM
Kalau lailatul qadar di Malaysia, US tak malam lagi, tak berlaku lagi lailatul qadar di US, kalau dah malam barulah ada lailatul qadar, sama atau tak sama, wallahualam, ia satu rahsia yang Allah sembunyikan
Piyan saya xtau jwb bila anak tanya berapa ramai ade malaikat mungkar nangkir, orang mati ramai setiap hari, cukup ke bilangan mereka? 2010-06-19 3:56 PM
Kalau kita menyalin satu muka surat al-Quran, 10 minit pun belum tentu siap, tapi kalau kita bawa ke mesin potostat, satu minit boleh sampai 50 helai, itu baru tugas manusia dan mesin, dengan malaikat lagilah hebat, jadi jangan bandingkan tugasan itu dengan manusia yang memang lemah…
ummul jannah Salam ustz. Sya trlwt bgun pgi.Da hmpr syuruk. pa yg prlu dlakukn. Sgera solat ktika mathari sdg naik/tnggu dlu.krna da yg mgatakn ia sprt mymbh sytan 2010-06-19 2:38 PM
Solat sahaja terus
zie Salam.ustaz,boleh x kita baca yassin fadilat?yassin tu dari indonesia.org yg jual yassin tu kata bagus.tp di akhir surah yassin ada tambahannya. 2010-06-19 11:35 AM
Tambah yang bagaimana?
mala salam..ust nak tnaya pasal tuntuan nafkah anak2 setelah bercerai,saya ada masalah ttg adek saya yag bercerai kerana selama kawin 13thn suamai tak beri nafkah,bila tanya kat mahkamah syriah klang..dia kata kalau bekas suami tak bekerja tak len nak wat tututan..so mcm amna anak2 nak hidup ngan ibu yang hanya bekerja ngan pendapatan tak sampai 900 sebulan2010-06-20 12:03 AM
Tuntut tetapi kena tuntut, kalau suami tak mampu, biarkan, adik puan usahakanlah, rezki anak-anak bukan kita yang beri, Allah akan datangkan dari sumber yang kita tak sangka
NURUL USTAZ, JIKA PAKAI DIY DAN IANYA HALAL, BOLEHKAH DIPAKAI USTAZ? ADAKAH TELUS AIR KETIKA MANDI WAJIB ATAU SAMAPAI AIR WUDHU? SAYA MUSHKIL.. 2010-06-19 11:03 PM
Tengok jenisnya, kalau ia macam inai, maka ia tidak menghalang air
NURUL USTAZ, KETIKA MANDI WAJIB TIBA2 TERKENTUT ATAU TERKENCING ADAKAH BATAL MANDI WAJIB ITU DAN KENA ULANG SMEULA? 2010-06-19 11:00 PM
Mandi wajib tidak batal,
NURUL USTAZ, APAKAH TAHI MATA. HINGUS ADALAHH NAJIS? KETIKA SELESAI BERWUDHU BARULAH TERNAMPAK ADA TAHI MATA ATAU HINGUS KELUAR DAEI HIDUNG ADAKAH BATAL WUDHU USTAZ? 2010-06-19 10:58 PM
Tidak batal
NURUL ASSALAMUALAIKUM. USTAZ, SAYA NAK TANYA TENTANG ACARA BUAT HAJAT DAN TIUP LILIN KETIKA HARI JADI.. APAKHA BOLEH DI AMALKAN DALAM ISLAM USTAZ? TIDAKKAH MENGIKUT BUDAYA BARAT USTAZ? ATAU SEBENARNYA MEMANG BOLEH DI LAKUKAN? TERIMA KASIH USTAZ..2010-06-19 10:51 PM
Tidak boleh dilakukan
Guest adakah suami boleh menuntut harta sepencarian kalau dia sendiri tak tanggung nafkah isteria dn anak dan harta itu dari gaji isteri? 2010-06-20 12:18 AM
Suami boleh tuntut, mahkamah akan tentukan dia layak dapat atau tidak
Guest Kalau selama berumahtangga suami melunaskan tanggungjawab hanya kurang dari 1 peratus, boleh mohon fasah? 2010-06-20 12:16 AM
Boleh kalau dapat dibuktikan ia telah memudaratkan, tapi kalau boleh jauhkan penceraian
REHAN USTAZ, saya diberi hak keatas rumah setinggan ayah yang membolehkan saya memohon rumah oleh pihak pemerentah, dan saya telah mendapat memiliki rumah masaalahnya ,ibu & adik beradik menuntut hak keatas rumah tersebut, satelah kematian ayah. adakah mereka berhak 2010-06-20 12:09 AM
Tengok lafaz ketika ayah hidup dulu
Guest Latif Ahmad: Ustaz, mengapakah sembahyang berjemaah zohor dan asar imamnya tidak boleh meninggikan suara seperti solat berjemaah bagi waktu2 yg lain 2010-06-20 12:06 AM
Kerana memang sejak asalnya dari Rasullah lagi
nash salam,ustaz sy ada hutanh kredit card konvensional.bgaimana sy nak lari dari riba.adekah perlu sy pindahkan ke krdit card yg Islamic 2010-06-20 12:05 AM
ya..
katy sya slau brmimpi brada di mdan prang apakh mksud mimpi sya itu ustad2010-06-20 2:59 AM
Ada amanah yang perlu dilaksanakan
Ziah Suami tinggal di luar negara. Saya sudah 5 bulan seorang diri. Sudah suci 3 kali. Ingin bercerai. Soalannya ADA EDAH ATAU TIDAK ATAS SAYA. 2010-06-20 1:43 AM
Kalau pernah bersama suami dahulu, tetap ada eddah
faezah ust..de ulama ni ckp sebenarnya haram hukum bg salam pd yg bkn muhrim..btl ke??bgaimane plak klu yg berceramah..sume org bg salam kn?? MUSYKIL 2010-06-20 1:38 AM
Kalau bagi salam untuk mengorat maka haram
bakalibu Sy ada 3 hari yg belum diganti puasa atas keuzuran. sy hampir bersalin dan sy kurang darah. Sy risau tak sempat ganti puasa kerna rmdhn dh dkt. bgmn? 2010-06-20 12:52 AM
Cuba semaksima mungkin untuk menggantikan, jika tidak mampu juga maka berfidyahlah
nur salam ustaz.. saya ada mimpi yang saya mengaibkan diri saya depan org. Apa maknanya ustaz? 2010-06-20 9:01 AM
baiki diri..
Guest Salam ustaz,bolehkah sy berkahwin dgn wanita pilihan sy sedgkn ibu sy tidak bersetuju kerana keluarga wanita tersebut miskin? 2010-06-20 8:18 AM
Persoalan kufu juga di ambil kira dalam Islam, cubalah sebaik mungkin dalam persoalan mencari jodoh ini jangan sampai derhaka kepada ibu
rozi salam ustaz, yang manakah lebih afdal mengaji atau menghadiri majlis ilmu2010-06-20 5:41 AM
Menghadiri majlis ilmu
zainon salam ustaz, bagaimana org yg yg istihadah nk buat solat jamak, blhkah gunakan sekali wudhuk je 2010-06-20 4:03 AM
Ya sekali wudu sahaja
mama Salam ustaz. Pagi tadi 20/6 ustaz ada mengata untuk melembutkan hati seseorang sedekah Fatihah. doa semasa selepas menbaca atau sebelum membaca Fatihah. Bagaimana pula jika bukan seorang kita hendak sedekahkan Fatihah tu perlukah dibaca setiap sorang tau cukup hanya sekali. 2010-06-20 3:30 AM
doa selepas fatihah dan cukup satu fatihah untuk semua
jane ustaz apakh k gunaannya doa yasin dan masa bila bleh d baca 2010-06-20 3:07 AM
Doa yasin dibaca selepas membaca yasin, itu susunan ulama, kalau nak baca bila-bila pun boleh
jane apakah bacaan mandi slepas dtang haid 2010-06-20 3:03 AM
kalau dalam tandas, cukup niat sahaja
Guest salam,apakah perbezaan hibah dan wasiat? cara-cara melakukan hibah melalui borng atau surat bertulis? 2010-06-20 10:38 AM
Hibah berlaku pembahagian sebelum kematian, wasiat, berlaku pembahagian selepas mati, caranya sebaiknya, bertulis
az-Zahrah salam ustaz... saya selalu mimi kapal laut, kadang2 menuju ke sebuah kapal laut di tengeh laut yang bergelora, kadang2 berada di atas laut yang sedang berlayar laju. saya selalu mimpi ttg kapal laut.. ape maknanya ustaz? 2010-06-20 10:19 AM
ilmu..
ingin tahu apa hukumnya lelaki yg berpoligami mlyan terus2an isteri muda yg mmg muda sbaya ank,tpi yg tua sebgai tmpat prsinggahn sja sbb lbih kurg sebya lelaki tpi tmpat sdp selera perut,naluri n prasaan x d endahkn.ia trus bersbar ttap melyn mkn minum dgn baik wlupun mkn ati n redho dgn yg berlaku.. 2010-06-20 10:08 AM
itulah kelemahan orang yang kurang ilmu apabila berpoligami
ibu ikut adat,klu langkau bendul,bakal pengantin llelaki dikenakn byarn skian2 or bg brg2 berupa pakaian utk yg dilngkau tu.Apa hukumnya mkn duit trsebut? 2010-06-20 10:01 AM
kalau diberi dengan redha, tak ada masalah
Guest assalamualaikum ustaz solat sunat isyrak pada pukul berapa?kerana saya kurang pasti.dan habisnya waktu itu pada pkul brpe? 2010-06-20 9:48 AM
Dari terbit matahari hingga sampai matahari segalah, dalam taqwin solat ada waktunya
Guest assalamualaikum ustaz,boleh atau tidak terima duit dari tetamu yang datang semasa majlis nikah atau sambut menantu 2010-06-20 9:01 AM
Boleh
mama ipoh salam ustaz, gaji suami saya, saya yg pgg semuanya atas permintaannya, setiap hari sy akan beri dia rm10 tuk belanja pgi kerja, mcman dgn nafkah sya sy jelaskan semua bil, utg kami, tanpa tunggak, blhkah begitu ustaz? sy wife yg bekerja. gaji saya pun begitu, saya gunakan utk kami n simpanan sket tanpa pengetahuan suami saya, adakah saya berdosa ustaz' setiap bln sy masukkan duit dlm acc mertua saya, drp gaji suami saya, sbb itu tanggungjawap dia, ibu mertua dah bercerai. suami saya anak bongsu. 2010-06-21 1:56 AM
bagus kalau atas redha suami, kadang kala, jaga kewangan memang bagus orang perempuan
Guest salam ustaz, apakah hukumnya suami memaksa isteri melakukan persetubuhan sedangkan isteri sedang haid. 2010-06-21 1:14 AM
Haram
Guest ustaz, apakah hukumnya isteri menolak pelawaan suaminya untuk bersama kerana isterinya sedang haid? 2010-06-21 1:13 AM
Si isteri tidak berdosa
Guest suami saya kahwin kt thailand, bila nk daftar mahkamah panggil saya, bolehkah saya minta mahkamah beri arahan kpd majikan suami membuat potoingan gaji 2010-06-20 2:53 PM
Boleh
Guest assalammualaikum wbt ustaz.camne nk lembut kan ati isteri sya kerana saya dlm kes untuk menerima sya kembali..dan sya benar2 telah insaf ustaz.. 2010-06-21 4:52 AM
Sering-sering berdoa dan cuba yakinkan dia, bacakan fatihah dan naitkan agar Allah lembutkan hatinya
Ustaz Salman ana yg jumpa kat JAWI tadi..lupa minta no telefon. Saya nak buat program nak jemput ustaz minta no telefon ustaz....sms kat ana atau msg di sini. TQ 2010-06-21 4:31 AM
Ok ustaz, hubungi PA ana 019 6003643
haa salam. ustaz, saua ibu tinggal...nafkah tak di beri lansung, mintak dia kata tak ada duit..sukar...apa nasihat ustaz 2010-06-21 4:08 AM
terus minta sampai dia meninggal
zahrin Pendapat saya cuba elakkan bertanya ttg makna mimpi, coz banyak lagi persoalan berkaitan agama yang perlu ustaz jawab. 2010-06-21 3:54 AM
“Betul-betul-betul…..”
mama ipoh smi kakak sya hutang mas kahwin, masa nikah tunai sbb pinjam duit family, lps nikah dia mtk pd kakak n janji nak byr, tp tak byr dah 2 thn 2010-06-21 2:23 AM
Hutang wajib dibayar sekalipun tidak dituntut
Wallahualam,
Semoga menepati kehendak soalan, kalau masih ada kekaburan boleh tanya kembali
“Pertanyaan Kunci Pengetahuan”
Al-Faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Shah Alam
18 Rejab 1431/ 1 Julai 2010 jam 3.00 petang
11 comments:
Asalamualaikum ustad, saya ingin bertanya jika seorang itu perempuan rakyat malaysia ingin berkahwin dengan seorang hamba Allah YANG BERAGAMA ISMAILI Syia. Apakah hukumnya ustad? sila jawab ustad terima kasih.
salam..ustaz sy ingin bertanya ttg permasalahan jodoh.situasi di mn si anak bercinta dgn pasangan yg diyakini terbaik baginya krn stlh dilakukan solat istikarah,hanya muka pasangannya ye terbit di dlm mmp.permaasalahnnya disini,tidak mendapat restu oleh ibu bapa krn pasangannya seorg duda beranak 1..pertanyaannya ustaz,perlukah si duda itu meneruskan hubungannya dengan pasanganya itu walau diyakini itulah jodoh yg terbaik baginya?apakah semua jodoh yg ditentukan oleh ibu bapa walaupun menentang syarat2 dlm memilh jodoh adlah yg terbaik? terima kasih ustaz..
salam ustaz, saya nak bertanya bagaimana cara menasihati suami saya agar solat 5 waktu. sesungguhnya suami saya amat tidak mendengar kata saya.hanya ada kadang-kala sahaja sembahyang solat Jumaat.terima kasih.
Assalamualaikum Ustaz. Saya ingin bertanya. Patutkah perempuan mencukur bulu keningnya yang bercantum ? walaupun ia semula jadi ? Bukankah mencukur bulu kening itu haram di sisi islam ? Ada yg berkata, perempuan yg mempunyai bulu kening yang bercantum patut mencukur nya kerana menyerupai syaitan..adakah benar ? Saya ingin mengetahui nya. Terima kasih.
assalamualaikum...ustaz sy nk tny jika kentut ketika mandi wajib adakah sah atau tdk?...dan sy kdg2 sentiasa kentut dan kdg2 membuat sy rasa ingin keluarkan angin dgn sengaja kerana terlalu was2 n tabiat ketika mandi wajib ..adakah sah atau tdk??sila jwab ustaz..terima kasih
Asslmualaikum.sy ada kemusykilan.berwuduk-mengangkat hadas kecil dan mandi wajib-mengangkat hadas besar.terkentut ble membatalkn wuduk tp mandi wajib bila terkentut mandi wajib tetap sah.ble jelaskan dan ada bukti hukum tersebut.tolong ist jelaskan
As salam utz. Adakah saya berdosa kerana sering qada solat disebabkan anak saya yang baru lahir sering meragam di siang hari. Membuatkan saya tidak senang untuk solat dan tinggalkan bayi saya menangis berpanjangan...tolong la utz. Saya buntu sangat.
As salam utz. Adakah saya berdosa kerana sering qada solat disebabkan anak saya yang baru lahir sering meragam di siang hari. Membuatkan saya tidak senang untuk solat dan tinggalkan bayi saya menangis berpanjangan...tolong la utz. Saya buntu sangat.
Assalammualaikum, ustaz bolehkah sesorang menjamakkan solat maghrib dan isyak pada waktu ketika itu waktu asar. Sebab sy pernah lihat ada yg berbuat demikian ketika di surau airport. Bolehkah atas alasan utk perjalanan yg jauh. Bagaimana pula sekiranya waktu tersebut sy menjadi makmum beliau yg sedang solat jamak itu. Mohon penjelasan ustaz.
Assalamua'laikom ust.selesai berwudhu'saya melihat cermin untuk memakai kopiah dan mndapati ada tahi mata di luar tepi mata tetapi saya mengikisnya dan meneruskan solat.adakah wudhu'saya td sah?tahi mata menghalang air wudhu'ke?mohon pencerahan.
Post a Comment