Sunday, July 4, 2010

Jawapan Pada Persoalan 111

Alhamdulillah, kesempatan ini dapat saya berkongsi jawapan pada soalan yang diajukan

mama ipoh saya n kakak selalu mimpikan arwah mak..mengapa ustaz? sy selalu sedekahkan ayt quran, kdg2 sedekah atas nama mak, tp masih mimpi arwah.. tlg jelaskan 2010-06-21 2:12 AM

jika selalu teringatkan orang yang telah meninggal, ia salah satu tanda kita hampir dijemput Allah, jika selalu bermimpi si mati, ada perkara yang perlu kita selesaikan urusan si mati 

salma saya nak tanya bagi pihak kawan saya,dia kahwin setelah dia mengandung 5 bln,adakah anak dia besar nnt blh terbatal air sembahyang? 2010-06-21 7:52 AM

batal pada siapa?

sarah salam,ustaz, saya ingin bertanya berhubung dgn hak2 wanita dan harta pusaka. blh sy dapatkan nombor telefon ustaz?2010-06-21 7:04 AM

P.A saya Aleeya 019-6003643

A'in ustaz,wang hantaran perkahwinan bolih dgunakn utk belanja kenduri tak,bgaimna dgn wang maskawin 2010-06-21 6:58 AM

Boleh

Guest ustaz,boleh ke kite percaye bila dapat message yang kena forward.kalu tak forward akan ditimpa bala.contohnya dapat 9 nama ALLAH 2010-06-21 5:32 AM

Tak payah percaya

liyana salam,ustaz...sye nk mintak pandangan ustaz tentang konsep makan halal menurut islam dan kesan kpd fizikal dan rohani manusia lagi 1 sye nak mintak pendapat ustaz tentang keruntuhan akhlak remaja masa kini saye harap ustaz dpt menerangkan dan email pd sye dimail....terima kasih ustaz amin 2010-06-21 10:27 AM

Buat saudari Liyana, diharap saudari dapat bertanya terus dari ruangan chat box, ini berikutan kesibukan ustaz Amin yang menyebabkan ustaz agak jarang membuka email

ipin saya solat isyak kul 4.30 subuh, kemudian solat tahajjud dan witir. betul kah cara amalan saya in?i 2010-06-21 10:22 AM

boleh

Guest ustaz,sy nk tnya apekah hukumnya sekiranya kwn kiter ingin berkahwin da kiter hadiahkan alquran kepadanya 2010-06-21 8:48 AM

Itu sebuah hadiah yang bagus

Rejab SALAM, mimpi adalah mainan tidur. Dlm keadaan mana mimpi mempunyai maksud tertentu spt yang selalu ditanya pembaca kpd ustaz? 2010-06-21 8:29 AM

Jika mimpi dalam keadaan baik seperti ada air sembahyang

soniczez Salam Ustaz.apa amalan yg terbaik jika kit abru msuk ke rumah baru.sekian2010-06-22 2:58 AM

Baca surah al-Baqarah

Us Salman minta no telefon ustaz 2010-06-22 2:08 AM

P.A saya Aleeya 019-6003643

Guest salam ustaz,blhke ustz buat prgrm tyalh ustz mgenai pkhwinan rasul.ada yg menegakkan pkahwinan nabi dan mariatul qibtiyah tanpa nikah dan dia msh dara 2010-06-22 12:52 AM

Itu kena syorkan pada penerbit

zairin Salm ustaz,saya nak tanhya tentang perkahwinan,suami saya selalu mengatakan `pergilah kau balik ke kg ' adakah perkataan ayat pergi tu umpama jatuhkan 2010-06-21 4:02 PM

Kalau ucapan sedemikian disertai dengan niat untuk talak maka jatuh talak

mama salam ustaz....saya nk tnya apakah bacaan utk. lembut hati anak yg. degil2010-06-21 3:24 PM

Amalkan baca surah al-Inysirah

Myra Ayat apa yg prlu sy amalkn utk mhilngkn skp panas baran dan pmarah sy? blhkah ustaz tlg doakan agar sikap buruk saya ini hilang.. 2010-06-21 12:32 PM

Kekallan wudhuk

wanita ingin tahu salam, sy sedikit keliru dlm p'soalan 109 ustaz ckp leh bersalam dgn org ppuan bkn islam tp setahu sy aurat dgn ppuan bkn islam kne ttp 2010-06-22 9:28 AM

Persoalan aurat lain, kerana ia boleh mendatangkan fitnah, tapi wudhuk tidak batal jika sama jantina

umi din a'kom ustaz,setiap kali saya pejamkan mata samada ketika hendak tidur,baring2 atau sambil duduk di kusyen,saya akan terbayang air smda tenang/brgelora 2010-06-22 7:49 AM

Wallahualam

anisah salam,batal atau tak puasa semasa mandi wajib memasuk jari ke dlm lubang pusat2010-06-22 7:31 AM

Tidak batal sebab pusat bukan rongga

Mohamad salam ustaz,adakah sah mandi wajib sekiranya tidak memasukkan air ke dalam kemaluan 2010-06-22 7:06 AM

Kita bukan masukkan ke dalam kemaluan air itu, ia cuma dibasuh

guest Salam uztaz. Ketika d Masjidil Haram, ketika menunggu solat Isyak, saya terlelap seketika, sekilas selepas itu, muncul muka bertaring, tlg tafsir. 2010-06-22 11:23 AM

suruh bangun tu….

shaukiAassallamualaikum..ustaz..apakah hukum mengaminkan doa ketika khatib baca khutbah yg. kedua pada hari jumaat. 2010-06-22 11:07 AM

Dua pendapat, 1. hukumnya sunat 2. Tidak sunat kerana doa itu doa wajib

iyza taza salam ustaz, bagaimana untuk menyambut tetamu perempuan yang tidak menutup aurat dan pakaiannya agak menjolok mata,terima kasih 2010-06-22 10:59 AM

sambut dengan baik, kalau dia dah baik dengan puan, baru cuba tegur dengan penuh hikmah dan bijaksana

wanita ingin tahu harap ustaz berikan penjelasan ini..betul ker aurat kt ppuan islam dgn bkn islam kne tutup..maaf jika tersalah. 2010-06-22 9:29 AM

Wajib tutup, kerana jika aurat wanita muslimah dilihat oleh wanita non muslim takut-takut dia menceritakan tentang keaiban wanita muslimah itu tadi kepada orang lain

ibuzahra, PJ Asma Ul-Husna selepas Tanyalah Ustazhttp://www.youtube.com/watch?v=R9Pkl-VFEHs&feature=related 2010-06-22 4:47 PM

ummu zaid salam ust, apa hukum beli barang secara ansuran yang bayarannya melebihi dengan harga secara tunai? 2010-06-22 1:39 PM

jika lebihan itu sebagai faedah, maka haram, ia riba

Mairaa salam ustaz, setelah kematian ibu ayah saya telah membuat solat Istikharah untuk menikah isteri baru. tetapi beliau mendapat mimpi buruk dan teruskan juga perkahwinan. Masalahnya skrg hidup dia tidak diurus dgn baik oleh isteri beliau. Apakah penyelesaian perlu dibuat oleh anak2? 2010-06-22 1:37 PM

doakan

ckin salam..suami sy curang. blehkah sy jumpa ustaz @ org alim untuk ambil air jampi dan sebagainya sbg alternative slain solat n doa 2010-06-22 1:36 PM

paling baik buat sendiri, bacakan fatihah dan surah taha ayat 1-5 niatkan untuk suami

ummu zaid apa hukum org yg daim hadath atau istihadhah buat solat jamak dan qasar ketika musafir? 2010-06-22 1:35 PM

dalam hadas tak boleh solat, kena bersuci dulu, dalam istihadah boleh jika setelah berwudhuk

peach Salam.Blhkah isteri pergi mnunaikn hj setlh mmbritau suaminya tet.suaminya x mnyatakn jwpn secara lisan.suami hanya berdiam diri. 2010-06-22 1:35 PM

kebiasaan, diam tanda setuju

ummu zaid ayah saya meninggal dunia tapi belum habis bayar fidyah puasa, bolehkah kami bayar fidyah drp harta pusaka kemudian baki baru faraid 2010-06-22 1:34 PM

Memang kena tunaikan fidyah dulu baru harta pusaka

Guest Salam ustaz,sy telah bt solat istikharah dan bermimpi bkawen dgn ppuan A sedgkn mak sy xsuke.cmne tu ustaz? 2010-06-23 2:23 AM

Kalau benar istikharah itu, insyaAllah, lama-lama ibu akan suka

Guest salam ustaz, apakah amalan yg boleh dilakukan untuk lindungi kedai saya, kini bila bisnes makin maju, tapi kerap pula kehilangan barang. 2010-06-23 2:20 AM

Pasang cctv

Guest Assalamualaikum Ustaz . Ana nak tahu adakah dibenarkan syarak nama anak angkat digabungkan dgn nama ayah angkat tanpa guna bin/binti. 2010-06-23 1:38 AM

Kalau untuk tujuan dokumentasi sahaja tidak mengapa, jangan sampai untuk menyembunyikan nasab atau mengelirukan

Guest ust,dlm satu rukun solat kita tak boleh lbih dr 3 kali gerak besar ya?jika lbih wpun tak bturut batal ke? 2010-06-23 1:15 AM

Kalau lebih dan tidak berturut-turut maka tidak batal

Guest Istiwa' A'dzam, dlm setahun ada 2x dimana kedudukan matahari berada betul2 di tengah kaabah. Diwaktu waktu ini kita boleh menentukan kedudukan arah k 2010-06-23 12:58 AM

28 Mei pukul 5.16 petang waktu Malaysia dan sekali lagi pada 16 Julai pukul 5.28 petang

sharifah salam..ustaz,saya menjual kain pasang utk buat baju kurung.customer pilih yg cantik.apabila dia pakai, org puji cantik dia akan merasa bangga. ada pula yg beli kain dan buat pakaian yg ketat. terdpt juga kain saya yg agak jarang.adakah sy ni dikira bersubahat?

2010-06-22 11:48 PM

Puan menjual kain, tetapi urusan buat baju itu urusan orang itu, tidak ada kena mengena dengan puan

shah salam ustaz, kalau menyentuh bayi yang bukan muhrim, adakah terbatal wuduk? tq2010-06-23 4:10 AM

Tidak batal

Guest ustaz..nak tanye..sekirenye kte terlanjur, adakah kte perlu memberitahu bakal suami kte bahawa kte sudah terlanjur?..dan apakah hukumnya? 2010-06-23 3:50 AM

Nak beritahu pun boleh, tak nak pun boleh,

Guest slm...adakah diterima lelaki lain sekiranyakita dianiaya n terlanjur dgn lelaki yangtak bertanggungjawb...dh buat solat sunat taubat nasuha??clip_image001 2010-06-23 3:35 AM

Semoga taubat itu diterima

jang Salam ustaz, ape hukumnye jika saya mengambil komisen diatas penjualan kereta untuk syarikat 2010-06-23 3:01 AM

boleh jika tidak ada unsur penipuan

Guest slm ustz,ada keringanan tak aurat dgn ipar duai? 2010-06-23 2:52 AM

Tidak ada keringan

syahida salam ustaz,,,nak tanye,sblm tok sy skt dia sdh memberi brg2 kmsnya kpd ibu sy,,,apabila nenek meninggal wajib kah brg2 kms itu dibahagikan kpd adk beradik mak yg lain??? 2010-06-23 5:36 AM

kalau dah beri sebelum meninggal sebagai hibah, tidak perlu

wulan ustaz..sy bt istikharah ptunjuk jodoh. namun dlm sy bermimpi di gigit lintah yg byk..dr kaki ke pangkal paha.apa mksdnya ustaz? 2010-06-23 5:09 AM

tak bagus..

hamba AllahGuest salam.bgimana jika duit k kematian arwah bapa sya, sya dermakan utk pembangunan sek KAFA. dgn niat duit itu sumbangan arwah. 2010-06-23 5:09 AM

boleh jika selesai pembahagian faraidh

Guest askm ustaz..saya nk minta pdpt ustz..sya isteri ke2,hdp sy tertekan sbb suami sentiasa lebihkan isteri pertamanya dan ank2nya. 2010-06-23 5:00 AM

Sabarlah….

khar kalau bekerja di tpt yg sama tetapi tidak bertegur sapa adakah berdosa ustaz?2010-06-23 4:36 AM

Kalau tidak tegur kerana sedang bergaduh maka berdosa

RAZ Saya bekerja & seelah tahu, saya x lg bantu dia sara keluarga & minta dia penuhkan tggungjawab sbgai suami/ayah. Dia marah & lafaz cerai pd saya. Saya tlh failkan di Mahkamah & dia mahu rujuk semula tp agendanya ttp sama nak saya buat mcm dlu tlg tggung kluarga & dia tggung sebelah lagi. Pada saya suami sebenarnya x mampu dr segi nafkah zahir cuma pada batin sj. Apa pandangan & nasihat ustaz. 2010-06-23 7:23 AM

Pilihannya sama ada terus sabar atau teruskan prosiding mahkamah itu, sebaiknya istikharah mana satu pilihan

Guest Slm Ustaz, Apakah cerai jd 'rujuk' lps isteri letakkn ubat di alat sulit suami? Lps solat, suami-isteri bersalaman & suami cium dahi isteri spt biasa 2010-06-23 7:21 AM

Kalau dalam mazhab syafie, kena lafaz

mohamad gurun datuk sebelah ibu mninggalkn hrta pusaka,adakah ibu sya brhak mnrima bhgiannya setelah mninggal dunia tlebih dahulu dri datuk sya utk dwariskn kpd sya2010-06-24 1:27 AM

tidak

Zatul Salam, ustz. Apakah maksud bermimpi kawan yang kita x sukai berbogel di depan saya dan adik beradik saya? Ketika dalam mimpi tersebut, saya amat malu 2010-06-24 1:24 AM

Sedang melihat keaiban atau diaibkan

Guest Isteri enggan bersama suami kerana suami tidak sembahyang, adakah ia dikira dosa besar?. 2010-06-23 5:16 PM

Boleh jatuh kepada berdosa kerana mengingkari perintah suami, suami tak solat bab hubungan dia dengan Allah, sebagai isteri, merasa tidak suka melihat suami tidak solat itu adalah harus, lebih cantik jika perasaan tidak suka itu disulami dengan teguran dan doa yang khusus untuk suami agar ia bertaubat

raihan salam uztaz, saya nak tanya perlu ke samak kalau terpegang kasut yg diperbuat drpd kulit babi? saya yakin tangan saya dan kasut tu kering. 2010-06-23 4:19 PM

tidak

Guest Salam ustaz, saya naka tanya tentang sembahyang hadiah dan adakah ada sembahyang dua ibu bapa. Saya tahu sembahyang hadiah dilakukan pada malam pertam kematian dan bagaimana dengan sembahyang dua ibu bapa 2010-06-23 1:57 PM

Sebenarnya, setiap amalan jika diniatkan hadiah untuk ibu ayah maka pahalanya sampai

sharifah intan rafidah bt syed bulat adakah batal wuduk sekiaranya adik kpd si a dgn anak2 ibu susuannya. T.ksh 2010-06-23 11:12 AM

maaf, saya kurang jelas soalan ini

bonda Betul ke suami tidak boleh kerjakan haji selagi ibunya belum lagi dan wang yang ada untuknya wajid diberi kpd ibunya 2010-06-23 8:05 AM

kewajipan ke atas diri sendiri dulu baru pada yang lain

bonda bonda akan bersara bulan okt 10.adakah wang ganjaran yg diperolehi kena kelarkan zakat2010-06-23 7:51 AM

Wang ganjaran bukan pendapatan, ia hadiah, tak perlu zakat, tapi kalau nak sedekahkan lagi baik, untuk keberkatan

azah Ada mengatakan bhw membca alquran dikubur, bidaah. Adkah ini termasuk membaca surah yasin atau alfatihah juga bidaah. Minta penjelasan ustaz. 2010-06-24 7:04 AM

baca quran di mana-mana pun boleh asalkan jangan diniatkan sesuatu tempat itu, wajib hukumnya dibaca di situ

Guest salam ustaz,apa hukumnya kalau saya berniat tak nak kahwin.kerna takut tak mampu pikul amanah seorang isteri dan tak yakin dengan lelaki zaman sekaran 2010-06-24 7:00 AM

Berkahwin itu sunnahku, sesiapa yang menolak sunnahku bukan dari golonganku – maksud hadis

Guest Salam Ust boleh saya tau bila Ust akan jawab semua soalan yg tertera disini? Syukran jazilan. Jazakallahu khairan kathiran 2010-06-24 3:39 AM

Bila saya mempunyai kelapangan masa dan dizinkan Allah

Kak Nor Slm Ustaz, lama tak buka blog ni. Sy mimpi arwah mak dtg & ucap t.k krn slu doakan utknya. Apa maknanya? 2010-06-24 3:17 AM

Alhamdulillah, tanda anak baik..

Guest Ustaz, bolehkah terima sumbangan dari majlis amal yg ada unsur haram?2010-06-24 2:20 AM

Terima boleh, cuma cara membelanjakan kena betul, duit haram hanya boleh dibelanjakan untuk tujuan manfaat umum

Guest Ust, kawan saya bercerai kerana bekas isteri nya dakwa byk hutang tapi pelik bila bekas isteri tuntut nafkah yg diluar kemampuan bekas suaminya. 2010-06-24 2:16 AM

Bekas isteri ada penasihat…

Guest Ustaz, adakah baitulmal sedia ada tidak menguruskan harta syubhat? kalau baitul mal boleh urus perlukah institusi lain ditubuhkan? 2010-06-24 2:14 AM

Baitul mal yang ada telah berperanan demikian, kalau baitul mal telah uruskan sebaiknya, tidak perlu lain institusi

Wallahualam,

Semoga menepati kehendak soalan, kalau masih ada kekaburan boleh tanya kembali

“Pertanyaan Kunci Pengetahuan”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

21 Rejab 1431/ 4 Julai 2010 jam 1.00 tengah hari

6 comments:

MohdArshad said...

Salam ustaz apa kabar...Cik Li safwah tower ada balek bercuti...

Anonymous said...

salam ustaz amin.. saya pernah bermimpi melihat langit pada waktu malam..dan terlihat seakan bintang-bintang membentuk kalimah "ALLAH".subahallah amat cantik.. lagi satu ustaz.. saya juga pernah bermimpi..langit yg cerah..tiba2 diselubung awan yg amat gelap dan menakutkan..keadaan di bumi amat kucar kacir..tetiba.. seakan sebuah ambulans @ van mayat berwarna putih naik tergantung ke langit.. dan van itu ada tulisan kalimah "LA ILAH HAILALLAH" apa maknanya ya ustaz..jazakallah..

Anonymous said...

assalamualaikum.
ustaz, adakah terdapat solat sunat sebelum fardu asar?jika ada berapa rakaat?

apakah hukumnya membaca al-quran selepas masuknya waktu asar?

tq

Anonymous said...

Assalamualaikum Ustaz. Sy ada seorg rakan perempuan yg baik orgnya,dia mnutup aurat dgn baik, punya kerjaya, ada paras rupa yg elok serta dia punya ramai sahabat lelaki ttp dia bukan yg jenis melayan (gedik dsbg)dan cara dia bkawan adil sama ada rakan lelaki mahupun perempuan. Pd suatu hr tdetik rs ingin btanya pd rakan sy ttg tdkkh dia mahu brumah tgga dan punya keluarga bahagia kelak? Lalu dia mjwb dia tdk lg punya keinginan utk bkahwin malah tdk punya perasaan pn cemburu mlihat rakan-rakan kami yg lain sdh bkahwin dan ada keluarga. Bila sy tanya, kenapa? Dia jwb, entah la,dia pun tak tahu kenapa. Sy juga seorang perempuan ustaz, kdg2 sy kasihan mlihat dia tlg org lain kesana kemari, smpi diri sdiri tdk t'urus,malah dia juga sakit sekarang ini. Bila dtanya sakit apa yg dialami, dia jwb takpelah. Dia juga amat payah bkongsi masalah. Kalau boleh masalahnya biar dia seorang yang tanggung ttp bila masalah orang lain, dia sentiasa tlg. Oleh sbb itulah sy bcadang utk mcarikn calon utk rakan sy ini. Sekurang-kurangnya dia punya teman utk kongsi masalah dan tmpt bgantung.Soalan sy, sekiranya dia btl2 tdk mahu bkahwin smpi bila-bila, adakah rakan sy itu bdosa besar, krn dia tahu bhw mdirikan rumah tangga adalah sunah Nabi.

Terima kasih Ustaz.
Assalamualaikum.
Hamba Allah

adreanna alia said...

salam ustaz,
adakah wajib seseorang itu memberitahu bakal suaminya sekiranya dia sdh terlanjur?sekiranya diberitahu adakah itu dikira sebagai membuka aib sendiri?pada pendapat ustaz apakah perlu diberitahu atau tidak.
terima kasih.

Hamba Allah said...

Assalamualaikum ustaz.. Ustaz.. apakah makna mimpi saya ini..saya telah hampir banyak kali membuat solat istikharah mohon petunjuk membuat keputusan samaada: 1. untuk terus bekerja di syarikat saya bekerja sekarang atau tidak. dan 2. untuk terus duduk bersama suami atau tidak. Hampir setiap malam, saya akan solat tahajud. tetapi bila saya solat istikharah (saya lakukan pukul 430 pagi) dan saya selalu tidur sekejab sebelum subuh dan saya terus bermimpi melihat bayi sakit (bayi keluarga terdekat spt anak saya, anak adik saya) bayi itu sakit yang sama..iaitu sesak nafas dan setiap kali mimpi bayi itu, saya cuba untuk selamatkan..sudah hampir 7 kali..saya mimpi yang sama... saya hanya akan mimpi bila saya solat malam..dan tidur sekejab sementara menunggu solat subuh.. tolong beritahu saya..apakah maknanya..saya sangat-sangat terdesak.. saya memang sedang sgt terdesak memohon petunjuk..dan petunjuk tersebut yg saya dapat..saya baru balik umrah..saya masih mimpi yang sama.. boleh ustaz bantu saya.. semoga Allah merahmati ustaz.

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...