Monday, July 12, 2010

Diari 230 – “Pengurusan Harta Syubhat…..”

10 Julai 2010 jam 11.00 pagi, saya dijemput untuk menyempurnakan mini forum sempena “Hari mesra pelanggan MAIS dan anak Syarikat 2010”.

Forum ini bertajuk “Wang Tidak Patuh Syariah, Konsep Dan Perlaksanaan. Tajuk ini berbetulan dengan kajian Phd saya sekarang.

Moderator pada hari ini ialah Ustaz Mohammad Farid bin Mohammad Zainal (Lembaga Zakat Selangor) dan rakan ahli panel ialah En. Roslan bin Abdul Razak (Pengarah Jabatan Latihan dan Pembangunan Modal Insan, Islamic Banking and Finance Institute Malaysia (IBFIM).

Saya tidak mahu mengulas panjang mengenai forum ini, yang saya mahu ulas adalah di dunia ini, tidak ada lagi satu institusi yang mengendalikan harta syubhat secara sistematik.

Apa yang boleh saya ucapkan ialah, MAIS adalah satu-satunya badan yang telah memulakan langkah untuk menguruskan wang syubhat ini.

Berdasarkan kepada beberapa fatwa ulama terkemuka seperti Dr. Yusuf Qardawi, sudah sampai masanya sekarang, harta syubhat diuruskan dengan sistematik berlandaskan syarak. Ini kerana, wang syubhat orang Islam yang disimpan di negara barat telah sampai berbilion dolar.

Jika ia tidak diuruskan, ia akan mencambahkan lagi dana di dalam bank-bank konvensional.

Bagaimana ingin menguruskan wang syubhat?

Ia mestilah diuruskan untuk kepentingan umum seperti membuat jalan, membuat tandas, jalan, jambatan dan sebagainya.

Ia tidak boleh digunakan untuk kepentingan peribadi.

Beginilah Islam. Kita dilarang untuk terlibat dengan aktiviti harta haram dan syubat, tetapi jika telah ada harta syubhat, ia hendaklah digunakan untuk kegunaan umum.

Dalam konteks Malaysia sendiri, jika ia dapat diuruskan dengan baik, saya yakin, jika dibayar pada konsesi tol, maka kita akan memiliki lebuh raya tanpa bayaran.

Kita akan dapat membuat jambatan kedua bagi Pulau Pinang dan ke Singapura dengan tanpa mengenakan apa-apa bayaran pada pengguna. Ini kerana memang, harta syubhat hendaklah digunakan bagi faedah umum.

Apa pun, semoga pengurusan ini dapat dilaksanakan dengan baik dan semoga ia terus memberi kesedaran pada masyarakat bahawa, harta syubhat, hendaklah diurus dan tidak boleh ditinggalkan begitu saja.

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

30 Rejab 1431/12 Julai 2010 jam 11.00 malam

IMG_0617

IMG_0621

IMG_0622

No comments:

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...