Tuesday, July 20, 2010

Coretan Santai 9 – “Seorang tua bernama aku…”

Saya suka bergurau satu perkara. Kalau orang tanya saya, “Apa khabar ustaz?” saya akan jawab….

“Alhamdulillah, sihat-sihat orang tua, macam nilah”

Dan setiap kali jawapan itu diberikan, maka biasanya, yang bertanya akan berkata:-

“Iskh ustaz ni, kalau ustaz dah tua, saya ni lagi tua…..”

Tapi hari ini 18 Julai 2010, saya benar-benar rasa tua….

Saya memenuhi jemputan ceramah Israk dan Mikraj di Gombak jam 3.00 petang. Petang ini, Gombak agak redup dilitupi awan dan akhirnya hujan.

Petang ini juga, saya membawa isteri saya dan anak kecil kami yang berumur 5 bulan ke majlis. Turun sahaja dari kereta, beberapa AJK sambutan majlis menyambut saya.

Melihat isteri saya meletakkan anak kecil kami di kereta roda baby, salah seorang AJK bertanya saya dengan penuh ikhlas.

“Ala ala comelnya, ustaz… cucu ye?....

Saya agak terkejut dengan soalan ini.

“Eh, taklah, anak…” jawab saya ringkas.

Kali ini kakak ini pula terkejut dan spontan memberi komen.

“Oh… masih ada anak kecil lagi ye…”

Rombongan yang bersama saya tidak henti-henti gelak walaupun cuba dikawal.

“Aii,… nampak tua sangat ke?” bisik hati saya.

Hari ini, saya rasa berumur, kerana ada orang yang melihat saya dan menyangka saya telah menjadi datuk.

Sebelum ini, saya biasa ke ceramah membawa  sahabat-sahabat dan ada orang bertanya,

“ustaz, anak ye?...

Di Hospital Klang, pernah saya mengendalikan program di sana, seorang doktor bertanyakan satu soalan. Setelah itu beliau bertanya mengenai pengalaman saya itu dan ini termasuk pengalaman kerja. Saya katakan bahawa saya muda lagi, baru awal 30an. Doktor ini terkejut kerana menyangka saya hampir 50 tahun.

Tapi, dalam banyak-banyak pengalaman di sangka sebagai tua, di Gombak ini paling pecah rekod.

Apa pun, saya rasa sangat gembira bercampur terharu memberikan ceramah di sini. Pendengar hari ini, rata-rata berumur 40 tahun ke atas dan rata-rata cukup menghayati ceramah Israk dan Mikraj hari ini.

Ceramah saya menjadi majlis air mata ketika menceritakan kisah Nabi. Hinggakan pengerusi majlis ketika menutup majlis tersekat-sekat suaranya menahan sebak mengenangkan Nabi.

Subahanallah, sayang betul pada Rasullullah hingga rata-rata boleh menitiskan air mata. Semoga terus dipimpin Allah dan bersama Nabi nanti di akhirat, amin…

“Santai Itu Menghiburkan”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

8 Sya’ban 1431 / 20 Julai 2010 jam 12.30 tengah malam

IMG_0810

“Cucu ke ustaz?” macam mana nak jawab tu….. :)

Gambar: Kenangan bersama AJK program sambutan Israk dan Mikraj

6 comments:

S said...

salam ustaz,

tak nampak tua lah. muda lagi....

Anonymous said...

assalam ustaz,
ilmu, kematangan , and alhamdulillah pencapaian ustaz buat orang tak sangka ustaz masih begitu muda.. masyaallah.

kak ita

Anonymous said...

salam ustaz, dah puas saya cari dlm internet alamat maahad sains al-quran al-amin ni tapi tak berjumpa. website pun tak ada. mohon jasa baik ustaz untuk beri alamat website maahad ini atau no telefon agar saya senang menghubungi sekolah ini. saya berminat untuk mengetahui tentang sekolah tahfiz ini dan berminat untuk menghantar anak kesini.

terima kasih. wslm

cucu said...

saya pun dpt komen sedemikian shingga sekarang..dpt anak umur 30an. sedeh jugak. tapi terpaksa terimalah muka tua :)

Shahabudeen Jalil said...

jawab camnie.. bkn cucu la.. nie anak bini keempat..

Anonymous said...

sedara anon

Darul Ukhwah Yayasan al-Ijabah di talian 03-77813040.

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...