“Sebelum ini ada tak mana-mana orang TNB datang?” tanya pengerusi Badan Kebajikan dan Sukan TNB pada saya.
“Ada” kata saya ringkas.
“Dia bawa surat merah” kata saya lagi bergurau.
“Itu orang datang nak potong api…” kami semua tergelak.
Hari ini Sabtu, pagi 3 Julai 2010, anak-anak Ijabah di kunjungi oleh Badan Kebajikan dan Sukan TNB. Mereka datang membuat program motivasi pada anak-anak Ijabah. Majlis dibuat di Maahad Sains al-Quran al-Amin, Kompleks 3 C, Bandar Baru Sunway.
Saya hanya dapat bersama mereka pada hujung majlis kerana pagi ini saya memenuhi undangan di Puncak Alam, sejam perjalanan dari Sunway.
Alhamdulillah, semua yang ada begitu gembira dengan program yang dianjurkan.
“Jika ada kelapangan, bolehlah buat program untuk rumah HIV kita pula” kata saya tidak melupakan rumah HIV di bawah Yayasan al-Ijabah ini.
“InsyaAllah ustaz, kita buat buka puasa sekali” kata salah seorang dari mereka.
“Ok juga tu, saya memang suka kalau mana-mana pihak dapat buat program bersama mereka, paling kurang mereka rasa mereka tidak dipinggirkan oleh masyarakat” kata saya lagi.
Majlis di sudahi dengan jamuan makan tengah hari bersama-sama anak yatim dan tahfiz al-Ijabah.
Terima kasih saya ucapkan pada sahabat-sahabat dari TNB, semoga kalian terus diberikan kesihatan untuk terus bersama-sama membantu mana-mana pihak yang memerlukan.
Maghrib hari ini pula, saya bersama anak Ijabah di sebuah ofis baru di Putra Heights. Yang mempunyai hajat meminta untuk dibuat majlis bagi perpindahan pejabat barunya.
Setelah membaca yasin, semua anak ijabah membacakan selawat. Saya suka membacakan bait-bait selawat kerana memang selawat penuh keberkatan.
Nabi menyatakan jika kita berselawat pada Nabi, Allah akan berikan selawat dan keselamatan pada kita. Jika Allah sendiri telah jaminkan keselamatan pada kita, sudah tentu tidak ada lagi apa pun yang boleh memudharatkan kita.
Semoga, amalan selawat terus diamalkan bagi anak-anak yatim dan tahfiz al-Ijabah ini, buat bekalan mereka di dalam mengharungi hidup satu ketika nanti.
“al-Ijabah, Ladang Amal Memburu KeredhaanNya”
Al-Faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights
21 Rejab 1431/ 4 Julai 2010 jam 10.45 malam
Pagi ini, saya memenuhi undangan di Puncak Alam
Kemalangan di jalan menuju Puncak Alam
Jalan di sini yang lurus kadang kala menyebabkan pemanduan agak laju dan kurang berhati-hati
Program bersama TNB
Saya hanya sempat bersama di hujung majlis
Warga TNB yang menjayakan program Motivasi bersama anak Ijabah
Kenangan selepas tamat program
Salam perpisahan
Magrhib bersama majlis bacaan yasin dan selawat di Putra Heights
Selawat mempunyi 1001 keberkatan…
No comments:
Post a Comment