Friday, July 16, 2010

al-Ijabah 63 – “Jom… Bersatu Kita Berbakti..”

Pada 31 Julai 2010 ini, bermula jam 9.00 pagi, Darul Ukhwah Yayasan al-Ijabah akan mengadakan program “Jangan Tinggal Daku” di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.

Ia program anjuran bersama Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.

Turut bersama pada hari itu ialah Abang Ramli Sarip yang akan bersama-sama menjayakan majlis ini. Saya menjemput semua pembaca untuk datang bersama-sama di dalam program ini.

Saya juga berterima kasih pada rakan media yang sejak dari awal mengikuti perkembangan Darul Ukhwah ini.

Sempena dengan program pada 31 Julai ini, pagi tadi jam 11.00 pagi, saya dikunjungi oleh rakan media dari Utusan.

Terima kasih saya ucapkan di atas kerjasama yang diberikan.

Antara objektif utama program ini ialah untuk memberikan kesedaran pada masyarakat agar membuang stigma yang buruk pada golongan HIV ini.

Saya teringat pesanan Mufti Brunei pada saya ketika saya mengunjungi beliau pada bulan Mei lalu,

“Bukan kita yang patut menghukum mereka dengan meminggirkan golongan ini, kalau gereja telah mengambil peranan menyediakan tempat untuk mereka, bermakna wajib hukumnya kita membela mereka”

Sesungguhnya, Islam itu agama kasih sayang, dan ia bukan semata-mata diucapkan di atas pentas ceramah, ia mesti diterjemahkan di dalam perlakuan.

Bagi para pembaca yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai program ini, bolehlah menghubungi pejabat Darul Ukhwah Yayasan al-Ijabah di talian 03-77813040.

Bersatu kita berbakti, semoga ia menjadi ladang amal untuk bekalan kita di akhirat, amin…

“al-Ijabah, Landang Amal Memburu Keredhaan”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

4 Syaaban 1431/ 16 Julai 2010 jam 1.50 pagi

IMG_0709

Bersama AJK yang sentiasa berusaha merealisasikan matlamat Darul Ukhwah

IMG_0711

Terima kasih pada rakan Media yang sentiasa membantu

IMG_0713

Pada Ogos ini, genaplah setahun Darul Ukhwah Yayasan al-Ijabah

IMG_0718

Bersama sahabat dan saudara seIslam kita. Sesungguhnya, Islam agama kasih sayang…..

1 comment:

boxhousestudio said...

salam ustaz amin

tarikh tersebut saya berada di selatan tanah air...moga ada lain kali ya ustaz...

saya sentiasa menyokong usaha murni al-ijabah yang di ketui oleh ustaz..Alhamdulillah....

salam hormat dari saya..
BHS

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...