Friday, July 23, 2010

Bicara Ilmu 19 – “Tanyalah Ustaz “Arah Kiblat”

Rabu 21 Julai 2010 jam 2.00 petang, saya memenuhi program rakaman “Tanyalah Ustaz” di Sri Pentas.
Bersama saya petang ini pelajar-pelajar kejururawatan dari kolej MAHSA. Petang ini saya membawakan tajuk “Arah Kiblat”.
Ingin saya kongsikan sedikit mengenainya.
1. Sejarah pembinaan.
Sejarah Kaabah bermula ketika zaman Nabi Adam lagi. Diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Allah s.w.t telah mengutuskan Jibril kepada Nabi Adam a.s serta Hawa membawa firman kepada keduanya: Binalah untukKu sebuah rumah.
Walaubagaimana pun, pembinaan oleh Nabi Adam tidak terdapat dalil yang kuat. Dalil dibangunkan kaabah yang tersebut di dalam al-Quran ialah yang dibangunkan oleh Nabi Ibrahim AS.
2. Perpindahan kiblat ke kaabah.
Pada permulaan Islam, kiblat orang beriman ialah Masjid al-Aqsa yang berada di Jerusalem. pada bulan Sya’ban tahun 2 H, bertepatan dengan bulan Januari 624 M, Allah mengarahkan kiblat solat bagi orang beriman diarahkan ke kaabah yang berada di Mekah.
Barra bin Azib ra. berkata, “Saya solat bersama Rasulullah saw.menghadap ke Baitulmaqdis selama 16 (enam belas) bulan sampai turun ayat 144 surat Al Baqarah: "
3. Berakhirnya sejarah kaabah.
Menurut hadis, di akhir zaman nanti, sebelum kiamat, Allah telah mematikan dahulu semua orang yang beriman. Yang tinggal di dunia ini hanyalah orang kafir. Pada ketika itu, akan datang orang kafir dari Habsyah, memecah-mecahkan kaabah dan dibuang kaabah itu ke laut.
Sekarang mari kita kongsikan beberapa perkara mengenai kiblat pula.
1. Seseorang yang solat hendaklah di menghadap kiblat denga yakin atau zhon. Dengan yakin apabila dia berada di dalam Masjid al-Haram dan dapat melihat kaabah, dengan zhon apabila tidak dapat melihat kaabah.
2. Kaabah yang dimaksudkan ialah hanya kaabah yang berada di dalam Masjid al-Haram berdasarkan hadis “Nabi bersabda “Inilah kiblat” sambil menunjukkan kepada ain kaabah itu.
Jika ada orang mengaku dan mengatakan bahawa kaabah ada di tempat lain, maka orang itu dusta lagi sesat.
3. Jika berlawanan dua kewajipan iaitu berdiri pada solat fardu dan menghadap kiblat, maka menghadap kiblat di utamakan.
4. Menghadap kiblat wajib bagi semua solat kecuali solat khauf (solat di takut iaitu ketika bersolat di dalam suasana perang).
6. Jika sembahyang di dalam kenderaan, maka hendaklah menghadap kiblat ketika takbiratul ihram. Jika selepas itu kenderaan itu bergerak, maka tidak mengapa.
7. Jika seseorang itu solat di dalam kaabah, maka hendaklah dia menghadap ke dinding kaabah dan tidak boleh menghadap ke pintu yang terbuka.
8. Antara yang paling kuat dari segala kalam imam kita syafie, bahawa cara yang terlebih kuat untuk melihat arah kaabah ialah dengan melihat bintang. Di dalam rancangan ini, saya kongsikan bagaimana melihat kaabah melalui bintang.
9. Melihat arah kiblat dengan matahari. Jika di Malaysia, kita boleh mengetahui arah kiblat dengan melalui matahari pada dua tarikh iaitu pada 28 Mei jam 5.16 petang dan pada 16 Julai 5.28 petang. Ketika ini, matahari betul-betul di atas kaabah. Maka kita boleh pancangkan kayu, dan arah kiblat adalah arah yang bertentangan dengan baying-bayang kayu tersebut.
10. Jika seseorang sedang solat dan dia yakin bahawa kiblatnya salah, maka batal solatnya dan hendaklah dia bersolat menghadap kiblat yang dia yakini.
Inilah antara isi perbincangan. Untuk selanjutnya, insyaAllah kita akan bersama di dalam rancangna “Tanyalah Ustaz” nanti.
Semoga apa yang dikongsikan memberi manfaat kepada diri saya dan kita semua. Sesungguhnya, ilmu Allah itu luas dan beruntunglah orang yang sentiasa mencarinya.
“Ilmu Pelita Hati”
Al-Faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Shah Alam
11 Sya’ban 1431/23 Julai 2010 jam 12.00 tengah hari
IMG_0824
Bersama penerbit
IMG_0822
Penonton studio petang ini dari pelajar kejururawatan kolej MAHSA
IMG_0825
IMG_0826
Guru pengiring
IMG_0828
taklimat pejalanan program
IMG_0834
Kamera ready
IMG_0844
Praktikal menghadap kiblat dan kesalahan berkaitan dengannya
IMG_0845
IMG_0863
mempelajari melihat kaabah melalui bintang

1 comment:

Anonymous said...

syeikh rapat yg sorang tu bahaya...goyang iman ustaz pun...hehe mabruk!!!

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...