Alhamdulillah, baru ada kesempatan untuk melihat persoalan yang diajukan
hanani salam ustaz...kalau kita baca al quran..dgn niat untuk dihadiahkan kepada arwah..arwah akan tahu ker tak.. 2010-06-29 3:21 AM
Bukan tahu itu yang menjadi persoalan, yang penting sedekah itu sampai
Jun as'kum utz, saya seorang ibu tunggal dan mempunyai 5 orang anak.Setelah 14 tahun peninggalannya, saya telah di temukan jdoh dgn orang yg tlh mempunyai isteri. Beliau telah merestuinya, jg pd anak2 beliau n jg pd anak2 saya. hanya pd ibu saya sj yg x merestuinya. bagaimana kah yg harus saya perbuat saya n anak2 telah sama2 brbncng dgn nya tetapi hampa jg utz. apa yg harus saya lakukan 2010-06-29 2:33 AM
Doa dan terus cakap baik-baik dengan ibu
Mohamad assalamualaikum ustaz..adakah sah mandi wajib jika tidak memasukkan air ke dalm kemaluan? 2010-06-29 2:17 AM
Mandi wajib kena sampaikan air pada anggota zahir, kalau dubur, yang zahir, tak perlu sampai kena korek yang dalam
Guest Ustaz apa makn a mimpi saya: saya bermimpi orang yang saya suka (dia ignore saya) berada di tempat yang sama tetapi dalam keadaan dia ignore saya? TQ. 2010-06-29 2:15 AM
Itu lebih pada perasaan
Guest susunan kitab: Zabur, Taurat, Injil & Quran. betul ke? 2010-06-28 2:12 PM
Ya, betul
irfan ASSALAMWALAIKUM SAYA SINI IRFAN BARU MASU ISLAM BOLE USTAZ BAGHI I ADVISE YANG I BOLEH DAPAT SENANG DALAM ISLAM,SAYA NI ORANG NEPAL.... 2010-06-28 1:47 PM
kalau ada masa rujuk PERKIM
Guest salam ustaz..bru2 ni sy ada mimpi ular..mimpi prtma ular 2 mggigiit org yg agak smar dlm mimpi sy..kali kedua sy hnya mimpi ular shj..apa mksud?sykran 2010-06-28 9:52 AM
Kalau belum kahwin maknanya jodoh, mimpi ular juga boleh memberi makna sihir
ina salam ustaz...sekiranya suami sy sudah menggauli perempuan yg bukan muhrim..dan dia ingin menggauli saya...sedangkan saya x nak..berdosakah saya?tq... 2010-06-28 2:41 AM
Ya, berdosa. Hukum dia berzina dengan orang lain dosa dia dengan Allah, bagi pihak puan wajib melayan suami meskipun dia seorang yang berdosa
Guest salam ustaz, ada seorag ustaz tu bagi ceramah, mengatakan bahawa perempuan yang sedang haid boleh baca quran dan pegang tafsir sekali? mohon penjelasa 2010-06-30 3:32 AM
Pendapat wanita yang uzur boleh memegang mushaf ada banyak khilaf. Tapi menurut pendapat yang kuat, wanita uzur haram memegang mushaf melainkan tafsir. Baca al-Quran tidak dibolehkan melainkan sebagai zikir dan niat untuk belajar
Guest salam ustaz, nk tnya betul ke majlis tahlil tu bidaah? 2010-06-30 3:31 AM
Ada khilaf, pendapat yang banyak dipegang tidak bidaah
SYM Apa hukum memakai wangian sebelum menunaikan solat dan adakah ia sunnah nabi?
2010-06-30 2:55 AM
Ya, kerana sunat memakai wangi-wangian
Guest salam ustaz..mcm mane nak susun kedudukan katil dalam bilik tidur.kedudukan tidur kaki melnjur ke kiblat,kpla ke kiblat.@ cara yg lebih afdal ustaz. 2010-06-30 12:18 AM
Elok kepala ke kiblat atau ketepi kiblat iaitu jika kita mengiring, kita akan menghadap kiblat
Guest Salam ustaz,saya nak tanya ape hukumnye suami menggunakan selain dari kemaluannye untuk memuaskan isterinye. contoh nye menggunakan objek2 . 2010-06-30 12:01 AM
Elok dijauhkan, boleh jatuh hingga haram
Faizah Salam ustaz..sy jd pnjmin personal loan sorang kwn. 5 thun yg lps tp sy bru tau nm sy blacklist mgu lps bl nk beli kereta. Td bnk call sy lau nk clear nm kn byr rm14500.00. Maslh sy apa pndangan ustaz smcm satu pnganiayaan. Sbb sy sbnrnya mmang x prnh tau prnan pnjmin.
2010-06-29 11:57 AM
Memang satu penganiayaan
Guest salam ustaz, sy nak tya ap maksudnya klu saya kerap kali mimpi sedang mengandung, menjaga anak yang baru lahir atau melahirkan..mohon penjelasan us.. 2010-06-29 7:31 AM
rezki
igin tahu kalau masa dulu banyak tinggal solat..solat2 yang sengaja ditinggalkan wajib diqadha semula ke ustaz n tdk tahu dh berapa solat yang ditinggalkan. boleh tak qadha solat stiap selepas solat 5 waktu ganti satu atau dua solat yang ttngal 2010-07-01 2:06 AM
Boleh
Guest salam ustaz..boleh ke x nk jamak solat ditempat asal kiter @ kampung halaman kite setelah pulang dr sesuatu tempat melebihi 2marhalah 2010-07-01 12:17 AM
Kalau sekarang sudah bermustautin di tempat lain, boleh
Zailani salam ustaz. Jikalau bersama isteri pada malam dan hanya mandi wajib sebelum sembahyang subuh, bagaimana dgn rambut yg gugur ketika tidur? B 2010-06-30 11:02 AM
Adabnya kena basuh sekali.
Guest Ust, apa hukum mandi ditempat2 awam seperti swimming pool, sungai & pantai yang selalunya ramai orang? 2010-06-30 7:54 AM
Harus, tapi boleh jatuh haram jika membuka aurat
Guest kalau kerap kali mimpi bogel apa petandanya?seolah puas sangat mencari kain pada ketika itu dan orang memandang kepada kita 2010-06-30 6:04 AM
Ada rasa bersalah atau takut kelemahan di ketahui orang
Guest slm, sy dgr tzkirh drp sorg ust mngatak' sebrg bntk amaln atau doa xkn smpi pd simati krn dlm quran da ckp hny 3 bnd sj yg blh slmt' simati. 2010-06-30 4:11 AM
Ada khilaf
Guest salam ustaz..betul ke amalan membaca doa setiap kali selepas solat bukan sunnah nabi & kita sbg umatnya x p'rlulah buat apa yg nabi x buat,btl ke? 2010-06-30 3:37 AM
Terpulang kepada kita, kalau rasakan berdoa selepas solat itu amalan yang baik lakukanlah, kalau tak nak doa lepas solat, berdoalah tempat lain, jangan tak doa langsung, kadang kala, seseorang melarang orang berdoa selepas solat akhirnya orang itu langsung tidak pernah berdoa dalam sehari itu.
riahld salam..serbuk inai yg dbli d kdai,pakai utk ubat gugur dn uban rambut bleh k dbawa solat? 2010-07-02 2:49 AM
Jika yakin bahannya dari yang halal, maka pakailah
peach bolehkah saya tahu selawat yg selalu dibaca oleh ustaz/pelajar secara beramai2 ? Saya mmg mengamalkan selawat setiap hari. 2010-07-01 9:58 AM
Dari kitab Dibaie
Nadiah sahkah penceraian jika isteri meniru tanda tgn suami??? mahkamah x tau,, tp tlh mengesahkan penceraian itu.... 2010-07-01 7:39 AM
Tak sah menurut syariat
zalina slam ustz betul ke apa yg saya dgr kalau dlm satu hr kite x boleh makan 2 jenis hidangan berasaskan daging dan ikan serentak.. 2010-07-01 6:47 AM
antara pendapat ulama
niza.b salam ustaz, saya bermimpi melihat spt kolam air/tasik cetek yg airnya mcm mengalir tenang. Kemudian ada mcm batu2x untuk melintas/berjalan. Cantik kemudian di atas batu tertulis nama Allah Ya Latif. Tapi xde orang la. Apa maksudnya? Tq 2010-07-01 5:12 AM
suruh banyak zikir
Guest salam ustaz,saya ada kemuhkilan di sini.apakah hukum isteri tidak tidur bersama suami yang tidak menunaikan solat? 2010-07-01 2:45 AM
Tidak bagus begitu
Soal Salam ustaz. Selepas suami, siapakah yg perlu diutamakan, ibu sendiri atau ibu mertua? tkasih. 2010-07-01 2:19 AM
Ibu sendiri
Guest salam ustaz, sy sedang mencari dalil quran ttg penyusuan susu ibu selama 2 tahun dan tentang ibu susuan. 2010-07-01 2:17 AM
Al-Baqarah 233
Guest Mana lebih baik, solat berjemaah dimasjid atau solat dirumah, suami jadi imam isteri jadi makmum? 2010-07-03 12:50 AM
Suami pun baik, elok suami kerap solat jemaah di masjid tapi dalam seminggu mesti ada sekali dua solat berjemaah dengan isteri di rumah
endy salam, nak tahu hukum pakai braces & meluruskan rambut yg sudah lurus..jazakillah~
2010-07-02 4:16 PM
Atas niat, boleh jatuh harus, boleh jatuh makruh dan jatuh haram
mawawa ustaz,di malaysia secupak beras RM1.75,Jikalau saya hendak fidyah di Indonesia,saya nakikut sukatan di Malaysia atau Indonesia. 2010-07-02 11:46 AM
Indonesia
mawawa apakah hukumnya seorang yang menikahi suami orang lain,sedangkan dia tahu itu akan melukakan atau menyakiti hati isteri lelaki itu?berdosa kah dia? 2010-07-02 10:10 AM
kalau suami itu mampu, tidak ada masalah
mawawa salam ustaz,apakah hukumnya jika suami menyakitkan hati isteri dengan menuduh isteriinya dengan perkara yang tidak benar.? 2010-07-02 10:04 AM
menuduh perkara tidak benar, berdosa
Guest Salam.. Ustz, mencukur kening hukm haram klau mencabut kening utk cntik tersusun kira haram jr ke ustz? TQ 2010-07-02 8:06 AM
Ya, haram
anisah salam ustaz,lepas sapu minyak angin pada dahi,terlupa nak basuh terus ambil wuduk smasa solat baru teringat,adakah batal wuduk saya 2010-07-02 8:00 AM
Jika minyak angin tersebut tidak menghalang air wuduk maka tidak mengapa
Guest020710 Salam ustaz. Saya nak tahu pasal duit EPF yg kita keluarkan untuk byr yuran belajar di universiti, samada kena zakat ke tidak. Wassalamm. Tq. 2010-07-02 4:47 AM
Banyak pendapat, bagi saya, keluarkanlah zakat
Rahmah Jari kanan anak saya lemah menyukarkannya mengambil barang. Dari kecil dia makan gdn tangan kiri. Boleh ke ustaz? Apa hukumnya? 2010-07-02 4:12 AM
Kalau penyakit tidak mengapa, tapi latih supaya dulukan kanan
riahld solat sunat rawatib dbuat sjurus waktu masuk atau spanjang waktu slagi blum buat yg wajib,dn tlng jlaskan klebihannya.tq 2010-07-02 3:09 AM
sepanjang waktu selagi belum solat, untuk kelebihan sila rujuk fadail amal
Guest salam ustaz kelirulah saya. kalau nabi muhd saw bawa ajaran agama islam, nabi len spt musa, isa dll tu bw agama apa? 2010-07-03 2:41 AM
Semua nabi membawa ajaran mengESAkan ALLAH YANG Satu, dari sejak Nabi Ibrahim telah disebut sebagai Islam dan penganutnya disebut muslim
ita sblm arwah nenek mningl, dia tlh menukrkan nm tnh atas nm kakak sy tanpa kerelaannya,slps 12 thn dia tlh mtk kkak sy untuk membhgkan sbhgn dr tnhnya kpd slh seorg cucunya..utk x kecikkan hati nenek, kakak sy bersetuju wlpn dlm hatinya x rela,slps arwah meninggal, kkak sy terus diam psl tnh tu dan ckp itu haknya,org lain tak boleh campur,sbb tnh tu mmg atas namanya..adakah mmg kakak sy berhak sepenuhnya atas tanah tu..tq 2010-07-03 1:55 AM
kalau akad awal dah hibah pada kakak, memang hak dia
zmz bagi isteri, yg mana lebih baik, solat mlm atau bersama suami? (waktu mlm lee...)
2010-07-03 12:57 AM
Dua-dua pun baik, lakukanlah mana yang lebih utama mengikut keadaan yang sesuai
Guest ustaz, perlukah saya mencukur bulu kaki sekiranya ia menyerupai bulu kaki lelaki? diikutkan saya x mahu cukur krn menggalakkan saya menutup aurat 2010-07-03 5:12 PM
Jika boleh mendatangkan fitnah elok cukur, tapi hukum tutup aurat tetap wajib
Aj salam.ustaz kalau boleh saya nak amik artikel ustaz untk tujuan dakwah2010-07-03 10:51 AM
Silakan
dindapau Salam ustaz amin, harap dapat tulis doa yg slalu ustz baca di ruangan ini. sy tak dpt tgk blok kak sue krn blog tu utk invited reader sj. Tk 2010-07-03 9:28 AM
Guest boleh tak saya nak membayar fidyah puasa saya kepada yayasan al-ijabah2010-07-03 9:02 AM
Boleh tapi maklumkan
Guest adakah mahkamah membenarkan suami berkahwin lain sdgkan suami tak mampu dlm semua segi melainkan nafkah batin sj, dan tanpa persetujuan dr pihak ister 2010-07-03 4:58 AM
Mahkamah akan memutuskan berdasarkan keadaan si suami. Kahwin lain bukan kebenaran isteri tapi kebenaran mahkamah
fiza nordin assalamualaiku,saya nak bertanya tentang harta pusaka.ibu kami telah meninggal dunia.beliau meninggalkan sebuahrumah yang di beli semasa perkahwinan ke 2.rumah itu hanya dinamakan atas nama ibu shj diatas sebab t'tentu.kami hasil perkahwinan ibu yang ke2 mempunyai 3 beradik permpuan. dgn perkahwinan ibu yang pertama,ibu mempunyai 4orang anak,2 lelaki dan 2 perempuan.ibu ada mewasiatkan rumah tersebut kpd kami 3 beradik dan berpesan agar rumah itu tidak dijual tanpa apa-apa surat pengesahan.hanya cakap mulut dengan anak2 dan jiran terdekat serta saudara mara yang mendengar.semasa hayatnya,anak hasil perkahwinan pertama tidak membantah.stelah ibu meniggal,mereka ber4 menuntut rumah tersebut dijual dan dibahagi samarata. pada pendapat ustaz.,apa yang perlu kami lakukan untuk mempertahankan amanah ibu dan hak kami. Wassalam 2010-07-03 3:56 AM
Wasiat ibu itu tidak sah kerana wasiat tidak boleh kepada waris. Kena pastikan ibu wasiat atau hibah.
Guest assalamualaikum.ustaz,saye pernah terbace satu article,kalau bulu kaki perempuan dah merupai lelaki,boleh dicukur bulunye.betul ke ustaz 2010-07-04 8:32 AM
Kalau mendatangkan fitnah, boleh
Islah salam..ustaz..apakah hukumnya kalo seseorang pemimpin itu menolak hukum Allah.Contohnya Hudud.. 2010-07-04 7:04 AM
Boleh jatuh kufur jika menolak dengan kesombongan,
Hamba Allah Slm.Tolong ustaz..Saya musykil sgt,2thn yg lps,bln puasa saya diarahkan suami utk melepaskan hawa nafsunye (onani).Suami terkeluar air mani tp saya x. 2010-07-04 4:07 AM
Jadi yang wajib ganti puasa adalah suami
guest87 ibu bapa salah pemahaman dlm agama. bagaimanakah cara terbaik utk menegur. bila ditegur katanya kita nak mengajar. atau mungkin x patut tegur langsung 2010-07-04 4:05 AM
kena cari orang yang mereka hormati untuk menegur
Guest Salam.Saya sdg mengandung & byk alahan.Antaranye selalu meludah,xbleh nk telan,klu telan nak muntah.Semasa solat saya baca dlm hati.Sah ke solat saya? 2010-07-04 4:02 AM
Bacaan solat mesti sampai didengari oleh telinga sendiri
Zul tlg jelaskan hukum mencari nafkah sebagai tukang gambar krn pernah dengar hukum haram berkaitan bergambar 2010-07-04 3:27 AM
Haram jika membentuk patung
izan salam ustaz,apakah hukum jika kita menerima elaun utk perkara lain tp digunakan utk perkara lain 2010-07-04 3:25 AM
tipu
Guest Assalamualaikum ustaz.Saya ade suami,dia selalu tengok video lucah.Apakah langkah yg terbaik utk memberhentikan tabiatnya itu? 2010-07-04 3:07 AM
Itu masalah mental tu, kena kaunseling
Guest slm ustaz, perlu ke kite menutup kepala bile nak membaca al-quran, & kalu terkentut ketike mbaca perlu ke ambik wudhu semule 2010-07-04 2:41 AM
Ya, wajib ambil wudu semula
Guest samb: saya yg tanya mengenai amalan utk halang kecurian, memg dh psg cctv, mslhnya org rmi tau bila ada kecurian report polis tunjukkan rkman cctv tu bukannya polis wat pape pun. org sekrg dah tak kenal dosa pahala, mcmmana ustaz? redha je ker? byk rugi tu 2010-07-05 2:41 PM
Polis ada prosidur siasatan, kalau berlaku lagi, jangan putus asa, report lagi. Selain itu, amalkan ayat seribu dinar
ali salam ustz, saya setiap kali mengajak isteri berjimak, pasti dia menolak,dgn alasan tak sihat lah, sakit2 lah, dah sampai naik bosan saya apakah hukum 2010-07-05 2:36 PM
Boleh jatuh kepada nusyuz, kalau memang dia sakit, dan tuan mampu, boleh rujuk mahkamah minta izin kahwin lagi
mawawa ustaz,apakah hukumnya jika jiran saya memburukkan saya pada orang lain,sedangkan dia yang bersalah? berdosakah dia jika saya takmaafkan kesalahan dia? apakah balasan jika jiran yang sebegitu? 2010-07-05 1:31 PM
Sebaiknya puan maafkanlah dia dan berdoa agar dia diberi hidayah dari Allah
IZAH ustaz...ape mkne nye skirenye sye bermmpi bumbung rumah saye pecah dibhgian dapur?2010-07-05 10:19 AM
Ada ujian terutama bab rezki
Nurul Salam.Suami mceritakan kpd pakcik makcik yg sy x masak utk dier.sy jrg masak semenjak berbadan dua.pening2 pd waktu mlm.sy sedih.apa yg patot sy buat? 2010-07-05 4:47 AM
Suami cerita tu betul, tapi tak patut diceritakan jika niat nak memburukkan, Tapi kalau dia cerita nak minta makcik tu carikan orang gaji, patut sebab untuk cari jalan penyelesaian
Guest Ust, wang ganjaran-hadiah x perlu zakat, bagaimana dgn wang bonus & insentif, perlu / tidak zakat? 2010-07-05 3:02 AM
Jika termasuk dalam pendapatan, maka kena zakat
Guest blh x byr fidyah puasa utk 2-3 org sekali gus dan jumlah wang dikumpulkan itu sy bank-in dlm akaun al-ijabah dgn akad dlm hati byr fidyah puasa? 2010-07-06 7:34 AM
Boleh dan maklumkan
Guest salam..ustz saya telah melakukan kesalahan besar terhadp isteri saya ..dia minta saya lepas kan dia tp saya benar2 taubat dan sayang dia n anak2 . aper yg harus saya lakukan ustz....harus kah saya lepaskan dia sedang kan saya x sanggup.... 2010-07-06 4:41 AM
Dah tak sanggup, tak payahlah lepaskan melainkan jika dengan meneruskan perkahwinan itu akan menganiayai pihak-pihak
anisah ustz,knp kita tak boleh meletakkan tangan keatas semasa tidur 2010-07-06 2:24 AM
takut terkena suami, nanti ganggu dia nak tidur pula…
anisah ustz,berdosa ke klu kita hendak membetulkan sejadah dgn menggunakan kaki sahaja2010-07-06 2:19 AM
Hanya kurang adab
Guest boleh dptkan email ustaz? 2010-07-06 1:59 AM
muhamadbinabdullah@gmail.com tapi nak tanya soalan, tanya dalam blog lagi cepat saya jawab.
mizan A'kum Ustz,blhkah duit dividen kwsp sy ambil sedikit & sbhagiannya di infaqkan memandangkan pelaburannya ada haram dan halal. Atau sy perlu infaqkan semua kerana pelaburannya telah bercampur dan kt tidak tahu peratus haram dan halalnya. Mohon pandangan ustaz. 2010-07-06 12:02 AM
infaqkan sebahagian
ima ustaz, suami saya 55 saya 40.tiap kali jimak selalu dia sampai dulu, boleh kah dia memasukan benda2 lain untuk memuaskan saya? 2010-07-05 2:43 PM
Tak boleh, suruh suami tu urut…
riahld salam ustaz,kiblat tepat pada matahari atau kena serong ke kanan sikit?tlng jlaskan ustaz.... 2010-07-07 1:08 AM
dia ada cara tengoknya, bukan pada matahari
zana salam ustaz.sy nak tanya kalau ayah tak sembahyang boleh tak jadi wali? abg sy pun x smbhg.sy nak kahwin dlm masa terdekat ni. 2010-07-07 12:21 AM
Wali tetapi pada ayah, cuma ayah wakilkanlah pada imam atau qadhi
mimi ustaz, adakah terdapat solat sunat sebelum fardu asar?jika ada berapa rakaat? apakah hukumnya membaca al-quran selepas masuknya waktu asar? 2010-07-06 2:55 PM
Ada solat sunat qabliah (sebelum) asar, harus hukumnya membaca al-Quran selepas asar
nak tahu ustaz, saya nak tahu mengenai air yasin, adakah amalan membuat air yasin ini ada pada zaman rasulluluah dahulu, dan apakah hukumnya.. 2010-07-06 2:48 PM
Zaman rasullullah tak ada sebab semua orang tak perlukan air yasin, sebab baik belaka, sekarang ni, kena usaha macam-macam untuk lembutkan hati, dari keberkatan quran, dari keberkatan selawat dan sebagainya asalkan tepat mengikut syarak
pemalu salam ustaz,kena dam tak kalau dalam keadaan ihram,saya mencuci alat kelamin saya yg ada melekat sedikit daki berwarna putih?TQ 2010-07-06 9:38 AM
tak asalkan tidak dengan menggunakan sabun atau wangian
Hetty Assalamualaikum Ustaz, saya nak btanya. Jika kita membeli barangan dr kedai runcit org bkn islam seperti bedak, sabun dan sebagainya. Setelah mbuat pembayaran, saya baru perasan yang tuan punya kedai membela anjing. Adakah saya patut samak barangan yg saya beli?Wlupn brg tu dletakkn dlm almari? 2010-07-06 8:36 AM
Tidak perlu
khar ustaz..tak bertegur sesama staf sebab tak sama cara berfikir..masing-masing ada prinsip dan mewujudkan puak di tempat kerja , apakah pandangan ustaz. saya tak mau bergaul dgn staf yang saya kurang suka sikap dan caranya?bolehkah? 2010-07-07 4:34 AM
Tak tegur dari awal tak apa, kerana tak tegur itu bukan sebab permusuhan, seeloknya sekali sekala, bertegur sapalah… jangan tak tegur sebab bertengkar
Guest salam ust. bolehkah seorang bayi diakikahkan dgn. seekor kambing dan sebahagian algi daripada daging lembu/kerbau 2010-07-07 4:32 AM
Sunnahnya kambing
Guest Jika sudah membayar fidyah bagi puasa yang ditinggalkan krn berpantang,perlukah puasa tersebut dighadakan? 2010-07-07 3:49 AM
Perlu
mimi Salam ustaz, perlukah seorg isteri membayar kaffarah jika dia disetubuhi suami yg xberpuasa (demam) dlm bln ramadhan sdgkan isteri dlm keadaan haid.. 2010-07-07 3:45 AM
Tidak perlu, Cuma lain kali cek, suami tu betul-betul demam atau ada agenda tersembunyi….
Wallahualam,
semoga menepati kehendak soalan, jika masih kurang jelas, boleh bertanya kembali.
“PERTANYAAN KUNCI PENGETAHUAN”
Al-Faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights
16 Sya’ban 1431/ 28 Julai 2010 jam 1.00 pagi
14 comments:
ya ustaz, bila ustaz akan masukkan 'search system' dalam blog ustaz? ini memudahkan saya/org ramai mencari maklumat secara terperinci.
Assalamualaikum. Saya solat istikarah untuk minta petunjuk sama ada perlu ambil peluang kerja sambilan atau tidak. Saya bermimpi melalui satu jalan bersama 2 dari 3 anak saya yang masih kecil. Sewaktu melalu jalan tersebut hujan turun dan cuaca bertambah buruk. Oleh kerana bimbang keselamatan anak, saya mengejar anak saya berlari didepan untuk membawa meraka berlindung dari hujan. Semasa berjaya mengambil dan mendukung mereka, kilat menyambar dan terkena mereka atau terkena saya sekali. Mohon uztaz tafsirkan mimpi tersebut dan perkaitannya dengan istikarah saya. Terima kasih
Salam, saya ada anak berusia 7thn, saya ajak dia solat tp dia xnak.. tp jika dia nak sesuatu atau saya nak bg imbuhan baru dia solat.. patutkah saya pukul dia jika dia xnak solat kerana saya khuatir dia x pandai bacaan solat n pergerakan solat.
Salam, saya ada ank tiri berusia 19thn, dia x bersolat sb alasan takut x ikhlas jika melakukannya. dia sblm nie pengkit, mak dia hntr sini sb nak elak dr kwn2nya tu. Kadang2 saya bg nasihat suruh solat dia cuma dgr tp xjuga solat.. sy tgk dia budak baik, perlukah jika saya/suami boikot dia spt x bg main internet/guna handphone.
Salam, apakah hukumnya jika saya nak bersolat mlm tapi x minta izin suami. saya ada ank kecil berusia 3bln lbh..
Saya menyusukan anak yg berusia 3bln lbh, x lama lg nak puasa. boleh x jika saya nak berpuasa juga tetapi suami x izinkan sb khuatir susu kurang, saya pun berbadan kurus tp saya rasa saya larat..
assalamualaikum ustaz.. saya skrg sdg mengandung 7bLn..& ank ini adalah hasil dr ketelanjuran sy b'sama pasangan, kami sudah bberapa kali mmikirkan utk mnggurkan kndungan ini & akhirnya keluarga masing2 tahu dan mnyuruh kami agar tidak melakukan dosa yg lebih berat Lg.. pihak keluarga tidak bersetuju utk saya dinikahkan kepada lelaki tersebut krn sedar bahawa lelaki itu tidak bertanggungjawab & memberikan pelbagai masalah kpd keluarga & sy juga sndiri bersetuju dgn tindakan tersebut.. ank ini pula akn diberikan kepada keluarga terdekat sy, adakah ini suatu tindakan yang tepat untuk saya ikuti demi masa depan saya & juga bayi ini nt kelak? sesungguhnya sy ingin bertaubat dan juga ingin menebus segala kesalahn yg tlh sy lakukan selama ini..
Assalamualaikum,ustaz. Ada tak sumber yg mengatakan slps Asar x digalakkan baca Yasin?? Sekian..
jika memakai braces sah ke tidak mandi wajib itu?
Askum WRT ya Ustaz Amin,
Saya berumur 33 taun skrg ni & masih lagi single, saya mempunyai seorang kawan lelaki yang berminat ingin memperisterikan saya tetapi hati saya dari dulu sampai skrg memang betul2 tawar untuk menerima dia.
Adakah saya menolak atau mengelak jodoh dengan berkelakuan begini?
Salam..sah tak mandi wajib sekiranya tak dahulukan anggota kanan cuma meratakan air seluruh badan.
asalamualaikum ustaz,saya nur liyana,ingin bertanya sekitar 6bulan yg lalu saya baru putus cinta,saya membuat solat hajat hampir setiap malam utk meminta petunjuk sama ada lelaki itu jodoh saya atau bukan,lebih kurang 3minggu,saya buat solat hajat,dan saya bermimpi seorang lelaki melamar saya,dan ibunya menyarungkan cincin di jari saya,malah saya dapat rasa sntuhan tangan ibunya,mimpi itu seakan-akan sangat nyata,dan saya melihat lelaki itu namun hanya melihat dari sisi wajahnya,dan dia ada berkata sesuatu'saya yakin allah memberikan saya jodoh yg ikhlas,awak akan tahu suatu hari nanti' itulah kata2 nya kpada saya tanpa memandang wajah saya,kelihatannya dia seorang yg soleh,kmudian dia berlalu prgi tanpa menoleh,dan saya juga tak melihat dgn jelas wajahnya,namun mimpi itu sangat nyata bagi saya,dan dalam mimpi itu saya mrasakan sgat sayang padanya,shingga saya tersedar dari mimpi tepat jam 4 pagi,adakah mimpi saya ini benar ustaz? dan adalah petunjuk bahawa lelaki yg saya putuskan itu benar2 bukan jodoh saya?dan bukankah jodoh itu rahsia ALLAH dan kita hanya tahu setelah slamat diijabkabulkan??wajarkah saya bermimpi ? adakah itu satu ptunjuk ?
mohon jawapan ustaz,
sekian terima kasih.
salam ustaz, saya bermimpi pakai telekung putih yg lengkap berjalan di khalayak ramai... ramai lelaki yang melihat-lihat..dalam mimpi tu sy pn baru prasan yg sy tgh pakai telekung putih jln di tempat awam...utk makluman sy mmg bertudung tp xdela alim sgt hehe..trima kasih..
Post a Comment