Saturday, November 29, 2008

al-Ijabah 4 - Terima kasih pada yang memandang rendah

Pada awal bulan November baru-baru ini, saya bertemu dengan seorang wartawan dari akhbar Sinar. Dia bertanyakan pada saya mengenai rumah anak yatim yang saya kelolakan. Beliau seorang yang baik hati, peramah dan perihatin. Dia menemuramah saya dan bertanyakan apakah keperluan yang saya perlukan untuk anak-anak ini.

Saya menyatakan, beza rumah anak yatim kita dengan anak yatim orang lain ialah kita menumpukan kepada pembentukan akademi dan akhlak. Kita bukan menjaga makan dan minum mereka semata-mata. Jika ada sesiapa yang berminat ingin serta di dalam perjuangan ini, marilah sama-sama menjadi sukarelawan memberi tuisyen atau pun khidmat mengajar pada anak-anak kita ini.

Selama saya mengendalikan rumah Ijabah ini, saya tidak pernah berkempen meminta derma sana dan sini. Semua keperluan di cari sendiri. Hanya anak murid saya yang rapat atau individu yang tahu sahaja membantu dari sudut kewangan. Untuk keluar dari mulut saya insyallah, setakat ini, saya tidak akan ucapkan.

Pada 19 November 2008, keluar di Akhbar Sinar mengenai rumah Ijabah. Apa yang saya nyatakan mengenai sukarelawan memang ada disebut. Cuma tajuk akhbar ialah "Rumah Anak Yatim Perlu Sumbangan Orang Ramai".

Saya terharu dengan usaha wartawan ini yang ingin membantu. Tetapi tajuk artikel ini mungkin agak gimik sehingga ramai orang yang kenal menghubungi saya. "Ustaz, apa dah jadi, tengah susah ke rumah Ijabah sekarang".

Di tengah-tengah orang yang perihatin, tetap ada yang menjelak. Tidak kurang orang yang menyindir dengan kawan-kawan saya, "amacam Ustaz Muhamad sekarang, minta sedekah nampak". Ini antara perkataan yang sampai pada saya.

Belanja anak-anak ini sangat besar. Ia lebih 20 ribu sebulan, bermula dengan sewa 3 buah rumah, sewa bas, gaji warden, gaji guru-guru dan tuisyen mereka dan lain-lain lagi. Kita akan mengusahakan sendiri dengan cara tersendiri, namun untuk meminta ke sana sini insyallah akan dihindarkan.

Apa yang kita mahu lihat ialah, anak-anak ini berjaya seperti mana orang ada ayah. Insyallah, saya bersama kawan-kawan rapat akan mengusahakan yang terbaik.

Terima kasih yang bersama di dalam perjuangan ini, dan terima kasih yang memandang rendah dan mencemuh. Yang bersama semoga dirahmati Allah, yang mencemuh semoga Allah mengampunkan kita semua.
Artikel dari Akhbar Sinar pada 19 November 2008.

5 comments:

Shahabudeen Jalil said...

Tak apa ustaz. Kita bersama Insya-Allah.

Azri said...

Jangan lah kecik hati ustaz. Apa salah nya kalau ustaz mintak tolong semua. kan tu lebih baik. lebih ramai orang boleh buat amal juga.
ana rasa ramai orang nak membantu tetapi tidak tahu dimana yang tak kena songlap.

dari pandangan mata kasar saya, cara ustaz2 urus tak efficient. patut ada satu networking bantu membantu. kat sini nampak dhoif yang sana pun nampak tenat. yang sana nampak berlebih lebih etc. kenapa tak buat satu kooperasi yang mengurus dan mencari dana rumah rumah anak yatim. semua bergabung dalam satu kooperasi yang sah. banyak benda yang boleh dibuat secara ekonomi of scale. misalan dapatkan contrac supply barang makan, pakai , buku,etc secara pukal kan lebih murah. ada independent auditor yang mengesah kan tak ada fund yang di slah guna..orang lebih percaya , ada pengurusan collection dana yang senang ...lihat MAKNA..dia boleh kolek sejuta sebulan, ada skim tolak cukai etc ...dan macam macam lagi lah kalu diurus secara professional. apa pendapat ustaz ?

Ustaz Amin said...

Terima kasih di atas idea. Sama-sama kita cuba yang semaksima. Di dalam menguruskn al-Ijabah ini, memang ada organisasinya. Insyallah, perlahan-lahan perkembangannya saya akan ceritakan di dalam blog ini.

Hunny said...

Salam ustaz,

Insyaallah, saya bersamamu..

semangat said...

Usah dirisau. Mmg adat manusia. Ada yg puji, ada yg 'kenen'.
Sy suka cara anda.

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...