Friday, November 28, 2008

Jawapan Pada Persoalan 6

Alhamdulillah, setelah beberapa ketika barulah saya berkesempatan manjawab soalan yang diajukan.

? Siti Ustaz, rkn sekerja sy tlh menitipkan wang kpd sy utk beli makanan (snek). Dia tlh berhenti kerja scara tiba2. Sy x dpt hubngi dia. Apa ptt sy buat ? 2008-11-21 12:47 AM


+ Simpan duit itu sekadar mampu. Kita bukannya dikira sebagai mengambil barang orang. Jika terpakai dan satu hari nanti bertemu dengannya, lafazkan minta halal atau ganti balik


?miss salam,ustaz sy nk tahu doa utk lembut hati suami supaya dia rajin solat 2008-11-23 10:33 AM


+ Surah Taha ayat 1-5

? Guest assalamualaikum ustaz,benarkah jika kite ganti puasa wajib,kite x leh ganti & fidyah sbb berbuka sblm waktunya??? 2008-11-23 2:49 PM


+ maaf saya kurang faham solan ini. Puan boleh cuba tanya kembali


? afifah assalamualaikum ustaz saya ada 2 soalan..1)apakah hukumnya jika seseorang itu melakukan teknik rebonding? 2008-11-23 11:24 PM


+Ada sesetengah ulama mengharamkan di atas dasar ia merubah ciptaan Allah. Yang mengharuskan menganggap ia tidak merubah ciptaan kerana ia akan kembali normal setelah beberapa ketika. Walaubagaiman pun, untuk menjaga agama, tidak perlulah kita buat jika tidak ada darurat

? afifah 2)sahkah solat seseorang jika dia tidak sedar auratnya terbuka ketika solat seperti kaki dan orang yg ternampak auratnya iaitu kaki tadi lalu menutup?


+ Jika dia memang tidak sedar di maafkan.

?Insan Salam ustaz...kalo saya buat mufarakah mase solat jumaat,saya perlu buat empat rakaat atau teruskan dengan 2 rakaat, mcm mana dgn solat jumaat sy tu? 2008-11-24 1:31 PM


+Buat empat rakaat. Ini kerana syarat sah jumaat adalah dengan berjamaaah

?Musykil ustaz..ada babi hutan merosakkan tanaman sy, kalo sy bersihkan kawasan tanaman sy tu, perlukah sy menyamak diri sy setelah membersihkan kawasan itu.. 2008-11-25 9:17 AM


+ Jika ingin dijawab dari soal hukum, ia tidak perlu melainkan kita nampak depan mata kita babi itu, kita hambat dia dan bekasnya itu kita nampak. Jika bekas itu terkena badan kita maka kena samak kerana ia bersifat yakin. Jika tidak nampak depan mata tidak perlu. Walaubagaiman pun, jika hendak menjaga agama maka lebih baik kita samak.

? Peminat Salam ustaz...sy minat la ustz nye kuliah,mcm mane sy nak download video kuliah2 ustaz... 2008-11-26 1:58 PM


+ Setakat ini ia belum pernah diterbitkan secara rasmi. Insyallah akan datang


?Mohd Salam ustaz..kalo kite sukar nak solat,cnthnye bos tak benarkan kite solat zohor,solat zohor tu nak diqada'kan atau nak dijamakkan dgn asar...tq 2008-11-27 2:30 PM


+ Tidak boleh mentaati makhluk pada perkara mungkar. Solat kena dirikan apa keadaan sekalipun.


?student hai ustaz.. boleh ustaz huraikan lagi berkenanaan hukum menggunakan pil perancang keluarga. saye keliru bila sekadar membaca fatwa tersebut d e-fatwa


+Di sini saya sertakan Muzakarah tersebut. Jika kurang memahami lagi boleh kembali bertanya.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 22 Nov 1973 telah memutuskan bahawa:

Bagi negara dan mana-mana pihak, menggalakkan amalan rancangan kepada umum adalah haram, tetapi bagi orang perseorangan atas sebab-sebab tertentu, amalan rancangan keluarga adalah diharuskan.

Semoga menepati kehendak soalan. Jika sidang pembaca ada persoalan, bolehlah berkongsi. Insyallah, apa yang mampu saya berikan jawapan, saya akan sempurnakan. Sekian.

3 comments:

lokmanz said...

assalamualaikum ustaz, sy lokman dan merupakan seorang oku....sy keliru ttg pembacaan al-quran.sy pernah diberitahu bahawa, al-quran mesti dibaca dengan betul(tertil) jikalau tidak al-
quran akn mencela org yg membacanya.....kekeliruan sy adalah, sy tak dapat membaca al-quran dgn betul dr segi makhraj huruf dan tajwid...adakah sy akn berdosa krn sy xmembaca dgn tertil???sy sudah cuba utk menyebut kalimah dgn btul namun tetap sama.........

Ustaz Amin said...

Alhamdulillah, tuan telah berusaha membaca al-Quran dengan baik tetapi walapun telah berusaha masih belum dapat menyempurnakan dengan baik.

Kita usaha semaksima mampu. Yang tidak mampu Allah tahu dan akan menilainya.

Jika kita memang termasuk di dalam orang yang membaca al-Quran di dalam kekurangan walaupun telah berusaha, pahala tetap diberikan oleh Allah yang Maha Pengasih.

Teruskan membaca. Semoga saya, tuan yang bertanya dan semua yang membaca blog ini tergolong di dalam orang yang sering membaca al-Quran, amin..

gieza said...

ustaz..sy nk tnya..apkh status sy sekiranya sy telah 'bersama' dgn lelaki lain sdgkn pd waktu itu sy sdhpun bersuami..dn pd wktu itu jga sy mempunyai konflik terhadap suami..sy tahu sy berdosa tp ape yg terbaik yg perlu sy lakukan?adakah sy perlu berterus terang kpd suami?krn sy jga ada niat utk berpisah dgn suami sy..tolong jelaskn ustaz...

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...