Saturday, November 29, 2008

Diari 12 - Keibubapaan

Hari ini 29 November 2008, saya dijemput untuk mengendalikan satu ceramah mengenai keibubapaan bersempena dengan Ihtifal Restu Kids di Yayasan Restu Shah Alam. Majlis di mulai dengan bacaan doa dan ceramah.

Ingin saya berkongsi point ceramah keibubapaan ini. Semoga ada manfaatnya untuk kita semua.

Ibu Bapa dan Anak
Anak merupakan amanah dari Allah. Setiap anak dilahirkan di dalam keadaan fitrah (bersih) Ibu bapalah golongan pertama yang bertanggungjawab membentuk hala tuju anak-anak.

Ada 8 kaedah melahirkan anak yang soleh

1. Ibu bapa juga perlu menjadi orang yang soleh.
Kisah Luqman al-Hakim ketika ditanya, bagaimana dia mendidik anaknya. Beliau menjawab, dia mendidik anaknya 20 tahun sebelum mereka dilahirkan. Bermakna didikan itu bermula dengan didikan dirinya dahulu

2. Menjaga adab di dalam pergaulan dan pernikahan
Larangan mendatangi isteri ketika haid
Larangan mendatangi isteri seperti haiwan
Anak yang soleh dan geniaus akan lahir dari benih yang di jaga adab di dalam pergaulan
Jangan bermain dengan lafaz talaq


3. Adab ketika mengandung
Banyakkan membaca al-Quran seperti surah yusuf, surah Maryam dan surah Luqman


4. Kelahiran
Kelahiran satu kesyukuran, hendaklah diberi nama yang baik, dipanggil dengan nama yang baik dan ia ibarat doa
Sunat menamatkan dengan nama Nabi dan orang yang soleh
Hendaklah diaqiqahkan
Hendaklah ditahniqkan
Hendaklah dikhatankan


5. Berikan anak kamu makanan yang halal
Hati ditempa dengan makanan
Hindarkan yang syubhat
Beri makan yang baik dan sunnah

6. Kaedah mendidik Anak
Hendaklah selalu ditegur dan diingatkan
Dedahkan dengan didikan agama

7. Carikan guru yang hebat
Di belakang orang yang hebat ada guru yang hebat- Muhamad al-Fateh, Imam as-Syafie, Ibn Sina, Ibn Haitham, al-Khawarizmi semuanya berguru dengan guru yang hebat.
Guru yang baik guru ada keberkatan

8. Doakan
Doa yang baik sebaiknya dari ayah
Bacakan fatihah padanya

Penutup
l1. Anak yang soleh menjadi penyejuk mata
l2. Anak yang soleh akan menyelamatkan kita di akhirat

Itu antara isi penting di dalam ceramah pada pagi ini. Mudahan ia memberi manfaaat kepada yang mendengar dan pembaca sekelian.
Ceramah keibu bapaan di Yayasan Restu
Antara ibu bapa yang hadir di majlis ini.

4 comments:

Analog said...

Salam ustaz...kalo nak buat tahniq tu, bapa bleh buatkan atau lebih baik org alim yg buatkan...mcm mana nak buat tahniq ikot zaman moden skrg...sekian...tq..

Ustaz Amin said...

Bapa juga boleh buatkan. Lebih-lebih lagi jika bapa memang orang yang baik.

Jika hendak meminta orang alim yang buatkan lagi baik.

Analog said...

terima kasih kerana meluangkan mase menjawab soklan saya nie ustaz...^,~..saya ade prnh terbace kisah Rasulullah yg baginda menguyah buah kurma kemudian mengambil sebahagian hasil kuyahan baginda untuk ditahniqkan ke bayi...kalo zaman skrg,misalnye, bapa atau org alim tu kene kunyah gak ker...terima kasih....

Ustaz Amin said...

Ia masih sama dari sudut apa yang Nabi buat.

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...