Saturday, November 1, 2008

Jawapan Pada Persoalan 3

Alhamdulillah, pada kesempatan kali ini dapat saya menjawab beberapa persoalan yang diajukan di dalam ruangan shout. Saya ulangkan kembali soalan dan tarikh soalan.

Kek^Lapis Assalammualaikum ustaz, kalo org india mintak derma utk sami2 kat kuil utk upacara keagamaan ape hukum kalo kita tak bagi derma?
2008-10-30 1:08 AM

Hukum menahan diri dari memberi itu mendapat pahala. Ini kerana, jika kita beri, ia seolah-olah kita menjayakan upacara yang sudah tentu bertentangan dengan agama kita.

syamsul bleh x sy btahlil atas mtr tuk sedekah phala kt nenekmoyang n musliminmuslimah sbb sy ni despatch slalu atas mtr
2008-10-30 2:39 AM

Tahlill maknanya ucapan kalimah “la ilaha illallah” kita boleh baca di mana-mana dan boleh dihadiahkan kepada muslimin muslimat, lebih-lebih lagi pada ibu dan ayah sendiri.

nz Salam ustaz, apa hukum bela ikan puyu utk menjauhkan sihir/terkena buatan orang.
2008-10-30 7:03 AM

Terpulang kepada kita untuk memilih cara menghindarkan sihir dengan cara Islam atau cara tidak Islam selagi tidak bertentangan cara itu. Tapi, dahulukan cara Islam sebab ia akan menyelamatkan kita dari sihir dan menyelamatkan akidah kita. Dalam Islam, untuk elak sihir banyakkan baca ayat-ayat tauhid seperti ayat kursi dan empat Qul.

Guest Salam ustz...jika saya menang cabutan bertuah,katakan dpt sebiji motor,pastu saya jual motor tu kat org lain mengikut harga pasaran..boleh ker ustz?..
2008-10-30 8:12 AM

Boleh sebab itu telah harta kita.

Nak tny Ustz...aqiqah tu wajib ker?..pastu kene ker buat kenduri bile berlaku kematian..cnthnye, kenduri mlm ke-7,100 dan sebagainye..
2008-10-30 8:14 AM

Aqiqah hukumnya sunat. Ia sunat dibuat oleh kedua ibu dan ayah kita menandakan kesyukuran mendapat kita. Jika mereka tidak buat dahulu kita boleh buat, Cuma lebih afdhal ialah kita buat korban. Ini kerana jika datang dari harta kita, afdhalnya korban. Mengenai tahlil, ia boleh dibuat jika tidak berlaku pembaziran, tidak berlaku percampuran lelaki dengan perempuan dan tidak menyebabkan fitnah berlaku. Adapun susunan 7 atau seratus hanya amalan orang tua kita. Supaya ada tarikh ingatan.

mr gollywood assalammualaikum ustaz kalau saya buat korban raya haji dikampong tapi saya tak balik kampong dan wakilkan saja bolehke taceh
2008-10-30 12:58 PM

boleh

Norhayati Assalammulaikum ustaz, ustaz perfum yg saya pakai ada mengandngi alcohol denat sah ke solat saya selama ini?
2008-10-31 2:26 AM

Sah jika bahan alcohol itu dibuat dari perkara yang tidak najis. Ulama kita dahulu pernah menghukumkan alcohol itu haram kerana mereka menyangkan alcohol adalah arak.

Semoga, memenuhi kehendak soalan. Sidang pembaca boleh bertanya melalui ruangan shout di sebelah kanan. Insyallah, saya akan menjawabnya dengan sebaik yang mampu. Jika ada di antara pembaca yang ingin menambah, saya mengalukan asalkan sahaja menjaga adab di dalam perbahasan ilmu.

Akhir sekali, doakan saya agar sentiasa sihat dan dapat berkhidmat untuk semua kerana Allah, amin..

3 comments:

FauzyCaterers said...

aslamkum...
(feedback drpd soalan terdahulu)

So kita tak boleh pinjam kat TEKUN NASIONAL tu.. bukan kah ia badan yg ditubuhkan oleh kerajaan..
Ia juga ditubuhkan untuk orang melayu yg kekurangan modal...

So saya harap penjelasan secara detail tentang produk kewangan yg ditawarkan oleh TEKUN... sy tidak tahu tentang fiqh muamalat sangat...saya tidak mahu penjelasan secara umum yg ustaz jawab dahulu...

harap maaf jika sy soalan sy keterlaluan...

Ustaz Amin said...

Akad di dalam pinjaman TEKUN ialah Qardhu Hassan. Ia merupakan satu kaedah pinjaman dalam Islam tanpa mengenakan bunga. Jika dilihat dari akad ini, maka ia dibolehkan. Kemudian, TEKUN mengenakan caj pengurusan.

Di dalam perjanjian akan disebutkan sebagai contoh, "pinjaman RM 30 ribu dan pengurusan sebanyak RM 6 ribu". Caj pengurusan inilah yang banyak dibahaskan adakah dia wajar atau tidak sebanyak itu.

Daripada akad ia boleh, soal tidak puas hati dengan caj pengurusan itu satu perbahasan lain.

Sekian.

shanana said...

salam ustaz,

bagaimana sekiranya kita berdoa didekatkan dengan sesuatu dan kemudian perkara itu seolah-olah menghampiri kita..adakah doa itu telah dimakbulkan Allah dan sememangnya adalah milik kita ataupun hanya sebagai ujian pada kita?untuk pengetahuan ustaz, hal ini berkaitan dengan jodoh..

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...