1. Dengan izin Allah, saya akan terlibat dengan penerbitan sebuah majalah yang berjudul FIQH. Majalah ini seperti majalah biasa yang membincangkan tentang kehidupan masyarakat. Ia akan membincangkan mengenai isu semasa, keluarga, undang-undang, kesihatan dan sebagainya. Bezanya ialah setiap perbahasan akan dikaitkan dengan Islam. Insyallah, di dalam membahaskan isu semasa, Dato’ Mufti Selangor akan membicarakannya.
2. Di kesempatan ini juga, saya sempat berbincang dengan Dato’ Mufti satu permasalahan mengenai korban terutamanya korban untuk orang yang telah mati. Menurut Dato’ Mufti ia harus. Mulakan dengan niat untuk orang Islam amnya kemudian barulah kepada siapa yang kita ingin niatkan.
3. Perbincangan ini ditutup dengan cadangan menerbitkan fatwa-fatwa yang telah digazetkan untuk bacaan umum. Ini kerana, banyak fatwa-fatwa yang telah diputuskan tidak sampai kepada masyarakat.
Semoga setiap usaha bagi memartabatkan Islam akan mendapat bantuan dari Allah dan mendapat sokongan dari semua.
1 comment:
Salam, rasanya itu qawl tsani dalam mazhab.
Yang mu'tamad, tidak dibenarkan jika tanpa wasiat atau izin kerana setiap amalan memerlukan niat pelakunya.
Mungkin alternatifnya untuk keluar dari khilaf mengamalkan hadiah pahala.
Post a Comment