Friday, November 21, 2008

Jawapan Pada Persoalan 5

Alhamdulillah, setelah beberapa ketika, barulah saya ada kesempatan untuk menjawab persoalan yang diajukan. Semoga ia bermanfaat kepada kita semua. Semoga Allah memberi kita hidayah dan bimbingannya..

? Siti Ustaz, kebnykan hotel & restoran ada bufet utk berbuka puasa & mjlis prkahwinan. Jika tmpt itu tiada sijil halal dari JAKIM, blh kah kita mkn disana? 2008-11-10 5:19 AM
+Boleh tapi syubhat. Jika kita hendak menjaga kemurnian agama kita elok elakkan

? Nia Ustaz, bolehkah perempuan yg sedang uzur memotong kuku dan rambut? 2008-11-10 5:21 AM
+ Memotong boleh. Cuma ingin menguruskannya ada dua pendapat. Pendapat pertama, kuku dan rambut yang dipotong hendaklah dibasuh sekali ketika mandi hadas. Pendapat kedua kata tak perlu.

? deenkoi ustaz cuba ustaz hurai pasal pengebom berani mati yang kene tembak tu. 2008-11-10 10:34 AM
+ Takrifan syahid ialah mati di dalam medan peperangan melawan orang kafir untuk meninggikan kalimah Allah. Kesannya pada hukum ia tidak perlu dimandikan dan dia hendaklah dikebumikan dengan menggunakan pakaian ketika mati itu. Bagi orang yang mati memperjuangkan agama Allah, tetapi tidak di dalam medan peperangan secara langsung seperti dipenjarakan kemudian ditembak mati, semoga Allah memberi kelebihan mati syahid kepada mereka. Tetapi, kita yang hendak menguruskan jenazahnya, hendaklah menguruskan seperti orang yang mati biasa.

? nora salam ustaz, berdosakah jatuh hati pada suami orang yang baik budi pekertinya dan berdoa utk jadi isterinya 2008-11-10 11:56 AM
+ Tidak berdosa rasa berkenan di hati dan tidak salah berdoa untuk menjadi isterinya. Yang berdosa apabila mengusahakannya dengan cara yang salah.

? Bakal Pengantin Salam ustaz...ape hukum bersanding? 2008-11-14 2:22 AM
+ Walaupun ada pendapat yang mengatakan boleh, saya ingin detailkan lagi. Ia mestilah tidak mendedahkan aurat, di kalangan ahli keluarga sahaja dengan tujuan untuk mengenalkan, tidak menyebabkan percampuran lelaki dengan perempuan, tidak berlaku pembaziran seperti melempar beras dan sebagainya.

Walaubagaimana pun, jika dapat, elakkan. Kita boleh buat cara lain yang lebih baik seperti, pasangan datang ke meja hadirin (sekadar mampu) untuk mengenalkan isteri atau suami di dalam majlis, atau buat ucapan bersama di atas pentas.

? AINOON assalamalaikum wbt. saya nak tahu lebih lanjut pasal fidyah puasa. sila balas di email saya , 2008-11-15 12:51
+Fidyah dikenakan pada tiga golongan, orang yang tidak mampu puasa kerana sakit, orang yang tidak sempat mengganti puasa Ramadahannya sedangkan Ramadhan baru telah datang dan orang yang membatalkan puasa kerana orang lain seperti seorang ibu yang membatalkan puasa kerana takut susunya kering dan memudharatkan bayinya. Bilangannyan bagi satu hari ialah 700 gram beras yang biasa kita makan.

? adilah ustz,mana perlu didahulukn?aqiqah atau qurban?ini krn,waktu kecil dahulu ayh sy xsmpt bwtkn aqiqah utk sy.jd skrg,sy mampu mmbuatnye sendiri 2008-11-15 10:58
+ Aqiqah adalah sunat dibuat oleh ayah menyatakan kesyukuran mendapat anak. Jika kita sendiri yang hendak buat, lebih afdhal qurban.

? Guest salam ustaz,mcne klu kite berdoa utk dptkn ssuatu, kmdian prkara 2 mndekti kita,adkh ia bnr mlik kita @ hya ujian.ini brkaitn dgn jodoh.. 2008-11-16 8:34 AM
+ Jika perkara itu semakin mudah untuk kita uruskan, itu bermakna jodoh kita. Nabi mengatakan "setiap kamu akan dimudahkan apa yang ditetapkan baginya" (HR Ibnu Majah)

? Syaizul Salam Ustaz Amin, boleh saya tahu perkembangan proram BaitulMal yang dirancangkan itu? Saya mungkin boleh bawa sponsor. mail 2008-11-19 10:24 PM
+Setakat ini masih di dalam perbincangan pihak Majlis Agama. Jika tuan boleh mendapatkan sponsor dialukan kerana kita memang kekurangan sponsor program Agama di TV.

? afifah ustaz,sahkah solat seseorang apabila setelah selesai solatnya baru ia sedar bahawa auratnya terbuka. 2008-11-19 11:02 PM
+ Jika dia yakin bahawa auratnya terbuka ketika solat seperti terdapat koyak pada mana-mana tempat, maka tidak sah solatnya dan dia kena ulangi lagi solat tersebut.

Semoga jawapan menepati kehendak soalan. Jika kurang jelas teruskan bertanya, insyallah saya akan cuba menjawabnya. Doakan saya agar terus diberi kekuatan dan kesihatan untuk terus berkhidmat pada Agama, amin..

3 comments:

myra said...

Assalamualaikum......
Ustaz, apa kah berdosa jika saya mengahwini suami orang tanpa izin isteri pertamanya?isteri pertamanya pernah mengatakan tak akan memaafkan saya sampai mati kerana mengahwini suaminya....

Soalan kedua apa hukum isteri lari dari suaminya kerana suaminya berkahwin seorang lagi sedangkan suaminya melarangnya berbuat demikian.

Ustaz Amin said...

1. perkahwinan kedua dibenarkan jika seorang lelaki mampu. Perkahwinan itu tidak perlu izin isteri kedua. Di dalam undang-undang pun, seorang lelaki yang hendak berkahwin lagi dia perlu mendapat kebenaran mahkamah. Jika isteri pertama beri sekalipun, mahkamah boleh melarang perkahwinan tersebut jika dia tidak mampu.

Berbalik pada soalan, mungkin isteri pertama tidak memaafkan ialah dosa mengguris hati. Ada sesetengah perkahwinan tidak dilaksanakan dengan betul. Ketika seorang lelaki ingin mengambil hati bakal isteri kedua, dia memburuk-burukkan isteri pertama. Perbuatan ini tidak betul dan boleh mendatangkan dosa. Lebih-lebih lagi, bakal isteri kedua menyampaikan aib isteri pertama pada orang lain. Jika kesalahan seperti ini yang dibuat maka kena minta maaf. Jika isteri pertama tidak mahu memaafkan, carilah jalan untuk terus meminta maaf.

2. Haram hukumnya seorang isteri lari dari rumah. Biasanya, dia lari dari rumah supaya hatinya tenteram. Satu perkara yang ingin saya katakan di sini, Allah tidak akan menjadikan maksiat itu ubat bagi hati. Jika dia lari dari rumah supaya hatinya tenang, dia akan semakin gelisah dan terhimpit jiwanya. Untuk mencari kebahagiaan perlu kembali pada Allah. Kita tidak akan mendapatkan kebahagiaan sekalipun kita empunya dunia ,tanpa Allah.

Sekian, semoga menepati kehendak soalan

Anonymous said...

Assalamualaikum......
Ustaz,bagaimana pula jika suami mengunakan cara yang salah untuk menambat hati isterinya?cth sblm bkahwin dia ada mengunakan minyak2x spt pengasih atau mcm2x lg untuk si isteri suka padanya hingga satu tahap ilmu tu mula pudar dan isteri dapat tahu dan melarikan diri kerana rasa dia telah di guna2xkan?

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...