21 April 2012, seperti biasa, pada hari-hari akhir, saya akan usahakan agar semua ahli jemaah dapat bertemu dengan imam nombor satu al-Aqsa, Syeikh Abu Yusuf Sunainah.
Sebagai imam nombor satu al-Aqsa, banyak sejarah al-Aqsa dan tempat-tempat ditunjukkan pada kami yang orang lain tidak dapat bawa.
Salah satunya ialah makam Nabi Sulaiman a.s dan bekas singgahsana baginda Sulaiman ini. Hanya beliau sahaja yang ada memegang kunci makam ini.
Para jemaah melawat makam Nabi Sulaiman.
Kami mendengar kuliah pendek Imam Abu Yusuf. Beliau optimis dengan kebangkitan Islam di akhir zaman ini.
“Cuba lihat apa belaku di Libya, Mesir, Syria lain-lain tempat, anak-anak muda mahukan pengamalan Islam yang lebih sempurna” kata beliau.
Di akhir pertemuan saya meminta izin pada Syeikh Abu Yusuf untuk meminta batu al-Aqsa. Ia boleh diambil kerana bukan tanah haram.
“Ya, boleh, kamu boleh ambil apa sahaja, tapi kalau di imigresen tentera Israel tanya, jangan kata batu ini dari al-Aqsa” kata Syeikh Abu Yusuf.
“Kenapa?” tanya saya.
“Kerana tanah dari al-Aqsa mampu menaikkan semangat umat Islam” tambah beliau.
Sebenarnya, membawa batu dari al-Aqsa bukan asli dari saya. Ia telah dibuat oleh Sunan Kudus (Salah seorang Wali Songo). Beliau meletakkan batu asas masjid dan madrasahnya dari batu al-Aqsa.
Saya juga ingin meletakkan batu asas rumah HIV yang dibina, rumah anak yatim al-Ijabah, dan tapak pusat pendidikan al-Amin yang dirancang dengan batu dari al-Quds ini, paling kurang tanah ini diberitahu oleh Allah sebagai tempat yang Allah berkati sekelilingnya.
Saya ada bawa lebih, sapa nak boleh jumpa saya :)
Saya menterjemahkan kuliah yang disampaikan pada Jemaah
Di akhir majlis, Imam Syeikh Abu Yusuf berdoa untuk semua agar semua yang hadir diberikan kebaikan dan juga kepada zurait-zurait kami yang hadir.
Batu-batu al-Quds, Allah berfirman bahawa kami berkati sekeliling masjid al-Aqsa ini.
“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”
al-Faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah al-Amin
Ansar Goleden Madinah Munawwarah
24 April 2012 jam 7.20 pagi
5 comments:
Assalamualaikum wbt,
Ustaz,
alhamdulillah... best nya dapat menziarah ke al-aqsa.
Semoga Allah sampaikan saya ke sana suatu hari nanti. Insya Allah.
p/s: boleh ke kalau saya nak batu extra tu? :-)
Nanti ustaz bagitau macam mana boleh dapatkan ya,
terima kasih
Assalamualaikum wbt,
Ustaz,
alhamdulillah... best nya dapat menziarah ke al-aqsa.
Semoga Allah sampaikan saya ke sana suatu hari nanti. Insya Allah.
p/s: boleh ke kalau saya nak batu extra tu? :-)
Nanti ustaz bagitau macam mana boleh dapatkan ya,
terima kasih
Alhamdulillah atas maklumat2 ustaz. Bertuah ustaz dapat menziarahi banyak tempat2. Saya berdoa semuga satu hari dapat ikut rombongan ustaz.
Assalam ustaz,
Very informative kerana tempat yang ustaz lawat seperti Al Aqsa entah bila agak nya boleh berkunjung ke sana. Semuga Allah perkenankan.
Semuga ustaz dan keluarga dirahmati Allah.
Jazakaullah
AJ
assalammualaikum wbt,
ustaz,
syukur alhamdulillah ustaz telah memberi penerangan yang bermakna buat saya ..
dan lagi satu boleh ke tak kaualu saya nak batu extra tu?
nanti ustaz maklumkan yer bagaimana ingin dapatkannya (:
Jazakaullah
Post a Comment