Perjalanan ke 7 Palestin kali ini tidak lama kerana hanya 3 hari sahaja di sini.
Ini kerana selepas di Palestin, saya dan rombongan akan ke Mekah dan Madinah.
Ingin saya kongsikan detik-detik ke Hebron kali ini
Dalam perjalanan ke Hebron, saya melihat satu belon, rupanya ia adalah kamera belon yang dihadapkan ke Jerusalem untuk memantau orang Islam di al-Quds
Anak-anak kecil di Hebron agak lebih agresif, menjual hadiah dan meminta sedekah, kehidupan di Hebron adalah antara yang susah kerana ia adalah wilayah di bawah Hamas.
Polis dan tentera yang mengawal masjid al-Khalil di Hebron
Kawalan di sini lebih ketat dibandingkan dengan Jerusalem kerana masjid Khalil al-Rahman telah dibagi dua antara orang Islam dan orang Yahudi.
“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”
al-Faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah al-Amin
Ansar Goleden Madinah Munawwarah
24 April 2012 jam 12.00 tengah malam
No comments:
Post a Comment