Wednesday, April 11, 2012

Jom Kongsi Pengalaman 97 – “Majlis Ilmu Bersama Ulama Jerusalem..”

8 April 2012 jam 9.00 malam, hari ini hari terakhir saya di al-Aqsa bagi perjalanan kali ini. Setelah menguruskan semua jemaah, malam ini saya menghadiri majlis ilmu di al-Aqsa di Zawiyah al-Afghani.

Syeikh Abdul Karim, ulama al-Quds menyampai ceramahnya. Majlis ilmu dan zikir ini selalu diadakan.

Satu perkara yang ingin saya kongsikan dari Syeikh Abdul Karim..

“Isilah hatimu dengan cintakan Allah dan Rasul kerana hati yang ada cinta tidak akan masuk ke dalamnya azab penderitaan, lihatlah bagaimana jika seorang sedang bercinta dengan makhluk, walaupun orang lain melihatnya menderita membuat sesuatu, tetapi dia tetapi tenang dan senang membuat perkara itu pada orang yang dicintainya. Itu baru cinta pada makhluk, banyangkan jika orang telah jatuh cinta pada Allah, tidak ada lagi rasa penderitaan yang akan ada di hatinya, dia akan sentiasa tenang dan senang di atas apa yang Allah takdirkan padanya…”

Ayat ini cukup menyentuh hati saya, dan sebab itulah saya suka duduk di majlis-majlis ilmu kerana perkataan orang Alim selalunya menjadi ubat bagi jiwa kita..

Setelah habis majlis, kami semua bersalaman, Syeikh Abdul Karim memegang tangan saya sambil melihat pada anak muridnya.

“Hidupkanlah al-Aqsa, kerana jika kamu semua tidak menghidupkannya, Allah akan datangkan orang lain yang akan menghidupkannya, lihat saudara kita ini, datang dari jauh untuk sama-sama memakmurkan al-Aqsa..”

Semoga Allah datangkan orang muslimin dari mana sahaja ke al-Aqsa untuk memakmurkannya, kerana al-Aqsa bukan milik orang Arab, tetapi milik semua orang Islam…

IMG_2215

Majlis ilmu bersama Syeikh Abdul Karim, ulama’ al-Quds

IMG_2216

Sebab itulah Rasullullah selalu menyuruh kita duduk di majlis ilmu kerana kata-kata orang Alim, menjadi penyembuh buat kita

IMG_2217

Kenangan bersama Ustaz Sharhan, penyampai bagi program al-Hidayah TV3 kali ini.

4 comments:

Mohd. Asri Ubaidullah Rabbani said...

Perkongsian ilmu yg sgt hebat ttg cinta, mohon dikongsikan di fan page kami ustaz.

yayayuyu said...

syukran ustaz..smoga Allah menmbahkan lgi ilmu buat ustaz krn sudi bkgsi dgn kami ttg dunia islam.

Anonymous said...

Assalam ustaz,

Semuga dalam kasih sayang Allah.

Membuat hati sebak membaca catatan ustaz kali ini.

Semuga kita menjadi hamba NYA yang bertaqwa. Amin.

Jazakaullah

Anonymous said...

Assalamualaikum,uztaz macam mana nak berhenti tengok video lucah?