Wednesday, April 11, 2012

Diari 341 – “Bergaduh Di Masjid al-Aqsa..”

Nak harapkan orang Arab untuk mengembalikan al-Aqsa? entahlah..

Jam 4.00 pagi, Sabtu 7 April 2012, saya dan berjemaah telah berada  di al-Aqsa untuk qiamullail.

Hampir waktu Subuh jam 5.00, masjid menjadi gempar dengan dua orang berebut saf pertama belakang imam di al-Aqsa.

Imam subuh ketika itu, Syeikh Ali mendamaikan mereka.

Semua mata tertumpu di tengah-tengah masjid, melihat sang Imam mendamaikan mereka.

Menjadi budaya orang di sini mereka akan meletakkan rehal, atau kerusi untuk kawan mereka yang datang lambat bagi merebut saf pertama walaupun kawan mereka datang lambat sebenarnya.

Jadi, orang yang benar-benar datang awal akan mengalihkan kerusi yang diletakkan. Akhirnya, ketika hampir waktu subuh, orang yang “dibookingkan” tempatnya itu datang, dia menuntut tempat itu, dan berlaku pertengkaran.

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Amman Jordan

10 April 2012 jam 6.15 petang

IMG_2025

Imam Ali mendamaikan mereka

IMG_2026

Nak harapkan orang Arab ke? entahlah..

No comments: