Tuesday, April 10, 2012

al-Ijabah – Sayap-Sayap al-Ijabah

Pejam celik kita telah melalui suku tahun 2012.

Saya bersyukur pada Allah kerana dalam kesibukan harian, satu yang terus dibahu adalah dua sayap rumah kebajikan al-Ijabah iaitu rumah tafiz dan anak yatim dan juga rumah HIV muslim.

Dari sudut rumah tahfiz dan anak yatim, yang paling menggembirakan ialah apabila melihat peningkatan hafalan al-Quran dan akademi mereka terutama anak-anak yatim. 

Dari sudut rumah HIV muslim, yang paling menggembirakan ialah melihat mereka sihat dan dapat pulang kepangkuan keluarga. Kewujudan rumah HIV muslim adalah satu tanggungjawab agama kerana sebelum ini, tidak ada rumah HIV muslim dan mereka duduk digereja.

Saya merakamkan terima kasih pada semua yang membantu.

Bagi rumah HIV muslim, terima kasih pada Majlis Agama Islam Selangor dan Lembaga Zakat Selangor yang sama-sama membantu keperluan bulanan Rumah HIV ini.

Hujung Mac 2012, Alhamduillah, saya telah berbincang dengan beberapa pihak dan insyaAllah, kita akan mewujudkan satu lagi bahagian iaitu bahagian muallaf.

InsyaAllah kita akan namakan ia sebagai Awakening Center (AC).

Dua matlamatnya iaitu dakwah kepada non-Muslim dan menjaga kebajikan mereka.

Semoga niat yang baik diperbaiki Allah dan semoga Allah membantu setiap usaha.

Pohon di doakan bersama…

“Ijabah, Bersama Kita Berbakti”

a-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullaha

Amman Jordan

10 April 2012 jam 8.00 pagi

IMG_1792

Gotong royong rumah tafiz dan anak yatim al-Ijabah

IMG_1970

Rumah HIV muslim Darul Ukhwah.

Terima Kasih Allah..

No comments:

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...