Dalam hadis, Nabi SAW bersabda:-
“Ajarkan anakmu berenang, menunggang kuda dan juga memanah…”
Dengan masih mengekalkan sunah ketiga di atas, kita boleh qiaskan sukan di atas dengan beberapa perkara dalam konteks dunia moden sekarang.
Mungkin kita boleh qiaskan berenang dengan ilmu scuba diving, menunggang kuda dengan mengambil lesen kereta atau motor dan memanah dengan menembak ataupun sukan paint ball.
Ketiga sukan di atas sebenarnya bukan sahaja sunnah malahan ia satu cara untuk menguatkan otot badan dan ketahanan minda.
Kita juga dapat melihat ketiga sukan di atas sebagai jalan untuk dakwah. Ketika anak-anak muda meminati sukan-sukan lasak, maka para pelajar dari sekolah agama juga perlu menceburinya untuk mewarnai sukan ini dengan roh Islam.
Dengan izin Allah, saya terlibat dengan scuba diving dalam beberapa tahun lepas. Banyak anak-anak muda yang mula meminati sukan ini. Ini menjadikan saya meminati untuk mendalami sukan ini dengan lebih bersungguh-sungguh. Ia salah satu medium dakwah bagi golongan yang meminati sukan-sukan lasak.
30 Mac 2012 lalu, bermulalah kelas scuba diving saya di peringkat Dive Master (DM). Menjadi pembantu instructur menjadikan pergaulan ini lebih luas lagi, lebih ramai anak-anak muda yang boleh didampingi.
Kalau bersama mereka menyelam di mana-mana, waktu malam dapat digunakan untuk berdiskusi mengenai Islam.
Setelah menceburi bidang ini, saya ingin menyeru kepada sahabat-sahabat dari bidang agama agar masuk ke dalam sukan ini, kerana banyak anak-anak muda yang dapat kita dampingi untuk Islam.
“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”
al-Faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Hotel Jerusalem International
Amman Jordan
9 April 2012 jam 6.00 petang.
Bersama para diver di Pulau Mabul Sabah
Kenangan bersama para Diver di sini, banyak ruang dakwah di sini..
Kelas Dive Master pertama saya..
Semoga bermanfaat untuk agama, amin..
2 comments:
Assalam ustaz,
Semuga dalam kasih sayang Allah.
Saya suka dengan pendekatan ustaz. Semuga dipermudahkan Allah dan di beri ilham berdakwah kepada anak anak muda/remaja masa kini.
Semuga dalam rahmat Allah.
Assalamualaikum ustaz,
Nama saya Md Sadiq. Saya nie pun diver, dan ada soalan tentang scuba diving dalam Islam.
Wet suit kan ketat ustaz, jadi adakah ia menutup aurat dengan betul? sebab setahu ilmu saya yang cetek nie...
Aurat lelaki dari pusat hingga ke lutut, tetapi sama juga dengan wanita, tak boleh pakai pakaian jarang dan ketat yang menunjukkan aurat seseorang itu.
so... dalam perfahaman saya merujuk balik kepada diving dengan wetsuit adalah tidak boleh pakai pakaian yang fitting dari part lutut sampai ke pusat.
Adkah perfahaman saya ni salah atau ada perkara perkara lain tentang aurat dan diving yang saya tidak tahu.
Saya tak dapat jumpa jawapan untuk soalan saya ini. Jadi harapan saya tinggi menggunung pada ustaz sebagai seorang yang berilmu dan para diver boleh dapat membantu dengan kemusykilan saya. :)
Syukran Jazilan ya ustaz... Assalamualaikum.
Post a Comment