8 April 2012, saya membawa ahli rombongan melihat al-Aqsa dari satu sudut di bahagian tembok ratapan Yahudi.
Di sini ramai pelancongan. Ada pelancong Kristian dan pemandu pelancong mereka bercerita mengenai al-Aqsa versi Kristian, ada rombongan Yahudi dari US dan pemandu pelancong mereka bercerita mengenai al-Aqsa versi Yahudi.
Ketika ahli rombongan saya sibuk mengambil gambar, saya duduk hampir dengan pemandu pelancong Yahudi yang membawa rombongannya dan dia menceritakan mengenani al-Aqsa.
Memang secara terang-terangan, mereka beranggapaan bahawa al-Aqsa adalah kuil ibadah mereka. Dan memang mereka bercita-cita untuk membangunkannya kuil mereka di atas al-Aqsa.
Saya saja mendengar penerangan orang Yahudi pada rombongan mereka
memang mereka bercita-cita membangunkan kuil mereka di atas al-Aqsa. (gambar adalah kuil idaman Yahudi di atas al-Aqsa)
Kawasan galian di al-Aqsa
Betul-betul di tengah adalah tembok ratapan dan kita boleh lihat kawasan galian di belakangnya.
“Pengalaman Asas Hikmah”
al-Faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights
17 April 2012 jam 7.50 pagi
No comments:
Post a Comment