Wednesday, April 11, 2012

Diari 340 – “Fatwa Imam al-Aqsa Merangkap Mufti al-Aqsa..”

Jika membawa rombongan ke sini, saya suka memperkenalkan mereka dengan imam nombor satu al-Aqsa merangkap mufti al-Aqsa.

“Apa pandangan tuan mengenai fatwa Yusuf al-Qardhawi yang mengharamkan orang melawat al-Aqsa?” tanya saya.

“Ya, memang ada fatwa demikian, tapi mereka ulama’ luar. Fatwa ulama’ Jerusalem pula, semua umat Islam perlu datang ke sini, ia selaras dengan hadis Nabi SAW, janganlah bersusah payah melainkan untuk pergi ketiga masjid iaitu masjid al-haram, masjid Nabawi dan Masjid al-Aqsa..”

“Umat Islam perlu datang untuk memakmurkan masjid al-Aqsa kerana Yahudi mahu masjid ini kosong, tapi fatwa ini adalah untuk masyarakat Islam bukannya pemimpin mereka” terangnya lagi.

‘Bagi pemimpin negara, saya tidak menggalakkan mereka datang kerana dengan datang ke sini bermakna mereka mengiktiraf negara Israel..” tambahnya lagi.

“Yakinlah, Allah pasti akan mengembalikan al-Aqsa pada umat Islam” katanya penuh yakin.

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Amman Jordan

10 April 2012 jam 6.40 petang

IMG_1998

Kenangan pertemuan dengan Syeikh Yusuf Abu Sunainah, imam satu masjid al-Aqsa

IMG_2001

Penuh yakin, beliau mengatakan bahawa Islam pasti akan dapat kembali al-Aqsa

IMG_2004 

IMG_2013

kenangan jemaah dengan Syeikh Yusuf

No comments:

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...