Wednesday, April 25, 2012

Diari 348 – “Pemandangan al-Quds Dari Jabal Zaitun..”

Di dalam surah at-Tin Allah berfirman :-

“Demi Buah Tin Dan Zaitun”

Di dalam tafsir Ibu Kathir, Demi buah Tin adalah merujuk kepada tempat ibadah Nabi Nuh di Syria dan buah Zaitun adalah di Baitul Maqdis.

Mt. Of Olive atau Jabal Zaitun mempunyai pemandangan yang luar biasa cantiknya terutama ketika waktu pagi.

Di pinggir Jabal Zaitun terdapat barisan kuburan Yahudi. Orang Yahudi memang meminta agar ditanam di kawasan ini kerana bagi mereka “Messiah” yang mereka tunggu nanti akan menghidupkan mereka dan mereka akan menjadi tentera “Messiah”.

Bagi kita orang Islam, yang akan turun adalah Dajjal dan memang di antara kelebihan yang Allah beri pada Dajjal adalah dapat menghidupkan orang yang mati.

Orang Yahudi bersembahyang menghadap ke arah Timur kerana mereka meyakini ‘Messiah” itu akan datang dari Timur.

Bagi kita orang Islam, akhir zaman Islam akan dipimpin oleh Imam Mahdi yang kemudian terkepung dengan Dajjal dah akhirnya Allah turunkan Nabi Isa dari menara putih di Syam membantu Imam Mahdi dan bersama tentera muslimin membunuh Dajjal. Tempat Dajjal di bunuh ialah di pintu kota Lud.

Saya pernah menulis perkara ini dahulu.

http://www.ustazamin.com/2009/05/universiti-kehidupan-64-nak-tahu-tempat.html

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah al-Amin

Ansar Goleden  Madinah Munawwarah

24 April 2012 jam 8.00 malam

IMG_2486

Al-Aqsa dari atas Jabal Zaitun

IMG_2500

Bersama ahli rombongan lelaki

IMG_2511

Ahli rombongan perempuan

IMG_2512

Mahmood, pemandu pelancong kami kala ini..

1 comment:

Zulhery Fahmy said...

Assalamualaikum Ustaz Amin, saya ada baca entry mengenai Imam mahdi yang dikatakan akan turun di negeri nusantara yakni malaysia dan juga bangsa melayu dan juga bangsa yahudi mempunyai hubungan.Adakah perkara ini betul/sah.Sekadar ingin tahu.Terima kasih, salam dari saya.

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...