Wednesday, April 25, 2012

Diari 349 – “Usrah Cuti Sebulan…”

Pada bulan April 2012 ini, saya banyak tiada di tanah air.

Bermula 4-11 April ke Palestin, selepas itu program bersama IKIM di Sabah dari 13 hinggaa 15 April 2012.

Pulang dari Sabah terus ke Palestin dan Umrah pula dari 18 April hingga ke 2 Mei 2012.

Dalam bulan April ini, tiada pengambaran bagi program Usrah TV9.

Bagi rakan pengacara, Ustazah Asni juga tiada di tanah air. Beliau juga menunaikan Umrah.

Sewaktu saya sampai di Madinah 22 April 2012, saya terus menghubungi Ustazah Asni dan suaminya Ustaz Nasir.

“Jom pekena kopi” ajak saya.

Kami minum di hotel Movenpick.

“Usrah kira cuti sebulan lah ye ustazah..” kata saya pada ustazah Asni.

“Aaah ustaz, tapi saya dah buat advance 2 episod” kata Ustazah Asni.

“Nampaknya penerbit kita rehat sikitlah ye..” kata saya tersenyum.

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah al-Amin

Ansar Goleden  Madinah Munawwarah

24 April 2012 jam 8.00 malam

IMG_2517

Bersama Ustaz Nasir dan Ustazah Asni..

No comments:

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...