9 April 2012, kala ini saya berada di Jordan, baru berkesempatan melihat blog saya.
Di tepi blog ini telah dimasukkan rancangan Usrah “Bumi Mesir..”
Saya tergelak sendiri bila melihat rancangan ini, bukan kerana rancangan ini tetapi teringat di sebalik tabir pengambaran di sini.
Pengambaran ini dibuat bermula 9 Febuari 2012 hingga 19 Febuari dan dalam masa sepuluh hari ini, kami berjaya menyiapkan 9 episod dengan berbagai tajuk.
Jauh perjalanan pengambaran kami ialah lebih1500 km. Dengan keadaan musim sejuk di Mesir, terasa malas nak bergerak ke sana dan sini.
Secara terus terangnya, walaupun nampak saya memakai baju sehelai sahaja, tapi sejuk Allah sahaja yang tahu…
Banyak perkara yang dapat kami kupas, dari sudut sejarah Nabi, sejarah sahabat sehingga kepada perkara yang mungkin belum dikupas oleh mana-mana rancangan.
Ketika di Semenanjung Sinai, kami membuat rakaman di tempat periuk api yang masih lagi aktif.
Setiap perjalanan akan diiringi oleh tentera, kerana tentera yang tahu mana tempat yang selamat dan mana tempat yang masih mempunyai periuk api.
Bagi yang mungkin tidak berkesempatan untuk melihatnya di TV, bolehlah melayarinya seperti di bawah.
Sesungguhnya, pengambaran di bumi ambiya banyak memberi pengajaran buat kami dan insyaAllah, akan kami kongsikan bersama semua..
“Ilmu Asas Amal”
al-Faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Hotel Jerusalem International
Amman Jordan
9 April 2012 jam 6.00 petang

No comments:
Post a Comment