20 April 2012, saya membawa jemaah untuk berjalan sekitar “Old City Of Jerusalem”.
Kami sampai ke “Wailing Wall” atau tembok ratapan bagi orang yahudi.
Di sini terdapat Rabbi (imam orang Yahudi) sedang mengajar kitab taurat (seakan sedang mengajar tafsir)
Saya memerhatikan, terdapat orang yang tidur di dalam kelas ini. Mmm, dalam konteks tidur dalam majlis ilmu, sama aje..
Selepas ini mungkin ada slogan..
“Jangan tidur dalam kelas macam Yahudi…”
Islam tidak menafikan kemanusiaan, jika kita hendak datang ke masjid mendengar kuliah, mandi dulu biar segar badan, bagi penceramah pula, tingkatkan cara penyampaian agar lebih interaktif dan menarik agar para pendengar lebih bertenaga ketika mendengar.
“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”
al-Faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah al-Amin
Ansar Goleden Madinah Munawwarah
24 April 2012 jam 12.15 tengah malam
3 comments:
assalam ustaz..
ahaha nice slogan ;)
'Jangan Tidur macam Yahudi'
Tapi kan ustaz, yg tidor tu biasanya org tua2. Fitrah org tua2 ni ustaz, mmg cepat ngantukkkkk. Wlu pun masa nak pi kelas tu siap mandi dsbnya.
Tak pe le kan ustaz, drp tak pi lansung. Nak harapkan org2 muda, mmg le agak susah. Tunggu tua baru suka pi kelas tu dah kira bagus.. drp masih hadap tv tengok bola, hiburan ke.. heh heh
Dicadangkan penceramah2/guru2 sambil mengajar tu, buat le jualan makanan berkhasiat utk hilang ngantuk & supaya bertenaga utk pi belajar spt habbatus sauda ke, kopi herbe ke, susu kambing ke. InsyaAllah laku, sbb yg jual guru2 depa. Tapi jgn le jual mahal sangat.
(t kasih ustaz atas post2)
Ade sorang guru saya sangat bagus, dia kuat amalkan makanan kesihatan esp yg sunah2, sbb nak ke sana sini mengajar, dia siap bawa suppliment tu pi kelas, klu anak murid dia ngantuk, dia beri percuma & minta depa telan jam tu juga (siap bancuhkan sekali).
Kira dia promosi le tu..lepas tu klu minat, sila le order, boleh bayar ansur2. Mahal sikit tak pe, masuk tabung amal.
Lagipun dia guru kita.
Post a Comment