18 April 2012, saya bersama 44 orang ahli kembara Universiti Kehidupan al-Quds kali ke 7 bertolak ke KLIA jam 10 malam.
19 April 2012, turun di Amman jam 6.00 pagi, kami sarapan dan terus ke Allenby Bridge, dan kami sampai jam 11.00 pagi.
Hari ini adalah hari dalam sejarah kerana 13 ahli rombongan saya tertahan sehingga jam 3 petang, tapi Alhamdulillah semuanya dibenarkan masuk ke Palestin.
Sementara menunggu, saya memerhatikan sekeliling, hari ini bendera Israel di pasang separuh tiang.
“Kenapa ye?” bisik hati saya.
Setelah selesai semua urusan pemeriksaan, saya bertanyaa kepada Mahmud, pemandu pelancong yang telah menunggu kami sejak jam 9.00 pagi.
Rupanya hari ini adalah hari peringatan “Holocaust” satu peristiwa yang berlaku pada peperangan dunia kedua, seramai 6 juta orang Yahudi dibunuh secara sistematik oleh tentera Nazi German.
“Apakah tiap-tiap tahun harinya adalah 19 April? tanya saya pada Mahmud.
“tak, sebab hari peringatan tersebut mengikut kalender Yahudi” jawabnya ringkas.
Pada jam 10.00 pagi, seluruh Israel akan berhenti selama 10 minit, berdiri dan bertafakkur mengingati peristiwa ini.
Biasanya, jika bicara mengenai kejadian Holocaust, orang akan mengetengahkan 3 individu iaitu :-
Ann Frank, seorang budak yang mempunyai dairinya dan menulis saat-saat akhir sebelum dia dibunuh. Diarinya itu telah diterbitkan menjadi buku.
Elie Wiesel, seorang yang terselamat dari pembunuhan “Holocaust”, menulis banyak buku mengenai kejadian ini dan mendapat Nobel Keamanan.
Simon Wiesental, seorang yang terselamat dari peristiwa “Holocaust” dan membina pusat memburu kembali para jeneral dan tentera German yang terlibat dengan peristiwa ini.
Apa pun kata Hitler,
“Ku tinggalkan sedikit orang yahudi ini untuk kamu tahu siapa mereka..”
“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”
al-Faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah al-Amin
Ansar Goleden Madinah Munawwarah
23 April 2012 jam 6.00 petang
Kenangan bersama ahli rombongan di masjid Khalil al-Rahman, masjid makam Nabi Ibrahim di Hebron Palestin.
No comments:
Post a Comment