Friday, September 2, 2011

Universiti Kehidupan 207 – “Rahsia Kebersihan Tanah Haram..”

Saya boleh golongkan orang miskin pada dua kategori menurut keadaan mereka.

1. Orang miskin kerana ketentuan

2. Orang miskin kerana memilih untuk menjadi begitu

Golongan pertama adalah orang miskin yang rajin berusaha, tetapi memang tidak ada apa yang boleh diusahakan. Seperti orang rajin yang duduk di negara susah. Walaupun berusaha sedaya upaya, tetapi keadaan sekeliling menjadikan dia tetap begitu.

Golongan kedua ialah orang miskin kerana tahap pemikirannya menjadikan dia memilih untuk begitu. Walaupun duduk di negara kaya, tetapi kerana malas berusaha menjadikan dia memilih untuk miskin.

Walaubagaimanapun, kesemua itu di bawah ketentuan ilmu Allah.

Sekarang kita sentuh mengenai kebersihan, Saya juga boleh golongkan pada dua.

1. Orang yang mentalitinya terhadap kebersihan bagus, cuma duduk di dalam suasana yang kotor seperti di padang pasir yang sentiasa berdebu, kawasan lumpur dan sebagainya.

2. Orang yang memilih untuk duduk dalam keadaan kotor.

Golongan pertama tidak menjadi masalah kerana sikap dan sifatnya akan membawanya sentiasa mencari kebersihan dan kesucian, mengutip sampah, membasuh baju dan sebagainya.

Golongan kedua agak bermasalah kerana mentalitinya memang begitu.

Saya melihat di Madinah dan Mekah, ada orang yang memang mentalitinya tidak tahu apa erti kebersihan, sendiri makan, sendiri tidak reti untuk buang di tong sampah, padahal tong sampah itu bukannya jauh.

Akhirnya dapat kita fahami bahawa manusia adalah apa yang ada di dalam fikirannya, caranya berfikir dan cara dia memandang sesuatu.

Para pembaca boleh membaca artikel saya di bawah ini.

http://www.ustazamin.com/2011/08/universiti-kehidupan-203-kebersihan.html

Walaubagaimanapun, saya memerhatikan sekeliling kota Madinah dan Mekah, walaupun seluruh dunia manusia datang, kenapa kota ini bersih dari sampah. Apa rahsianya?

Rahsianya ialah wujudnya orang yang selalu membersihkan kota ini. Mereka dari syarikat Ben Laden Group, sebuah syarikat yang mendapat kontrak membersihkan kota Mekah dan Madinah.

Bayarannya dari sudut dunia tentu tidak terfikir dek akal kita, kerajaan Saudi hanya membayar Saudi Riyal 1, untuk setahun dan memang itu pun yang Ben Laden mahu. Pada mereka, khidmat untuk dua tanah haram lebih membahagiakan dari tidur di dalam timbunan wang tetapi hati yang tidak tenang.

Tetapi, orang yang mengejar akhirat, dunia akan bersamanya, bukan sahaja pahala di akhirat yang dapat malahan keberkatan hidup sehingga menjadikan Ben Laden Group antara yang terkaya di rantau ini dengan projek-projek lain yang dia dapat.

Saya pernah menulis mengenai kewujudan golongan  yang membersihkan ini jika mentaliti masyarakat belum dibentuk, pembaca boleh melayari tulisan di bawah.

http://www.ustazamin.com/2011/01/universiti-kehidupan-183-amanah-si.html

Alangkah baiknya, jika kita dapat melahirkan golongan yang peka terhadap kebersihan, rasa bertanggungjawab ke atas setiap sampah yang dilihat di hadapan matanya dan berusaha mengutip dan menjaga suasana sekeliling dari kotor.

Atau, kalau pun masyarakat sekeliling belum benar-benar menjaganya, maka ada satu golongan yang menjaganya.

Sesungguhnya, kebersihan itu sebahagian dari Iman, dan tuntuan kebersihan itu merupakan sebahagian dari ajaran Islam yang syumul. Semoga kita menjadi umat Islam yang sentiasa menjaga kebersihan.

“Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat”

al-Faqir ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Mekah al-Mukarramah

3 Syawal 1432/2 September 2011 jam 9.00 pagi

IMG_4547

Tong-tong sampah kota Mekah, pun masih ada yang membuang sampah di luar tong  ini..

3 comments:

Anonymous said...

InsyaAllah ustaz, ana dah didik diri & keluarga ana ttg kebersihan ni, contohnya, klu kami pi makan di kedai2 R&R ke atau restoran ke, kalau meje kami tu lambat dibersihkan oleh pekerja, kami berlapang dada menyusun pinggan2/gelas2 ke ke tepi supaya senang dipungut, lepas tu kami don't mind lap meja tu dgn tisu kami atau sedia ada. Sbb kami tahu tiap2 pebuatan tu yg diniatkan kerana Allah semata2 akan dinilai olehNya. Memang seronok.

Termasuk le menyorong kerusi2 yg bersepah2 ke bawah meja, mana2 yg kami mampu.

Tapi kami perhatikan, ada kalanya ada mata2 memandang dgn rasa pelik. Tapi tak pe, biar luar biasa & agak pelik, asalkan baik, lama2 jagi biasa pada majoriti org. Sebenarnya nilai2 ni mmg amalan org dulu2, tapi hampir pupus, sama2le kita hidupkan perkara2 baik ni semula..

Ustaz Amin said...

Alhamdulillah...

hasnah haji ariffin said...

Assalamualaikum,sy tabik dgn tukang cuci di masjidilharam.kadang2 dpn mata mrk org buang sampah tp mrk x merungut terus ambil smpah dn buang.siapa lbih tgi nilainya ketika itu ? pengajarannya pd sy, jga kebersihan dn pnting,buat kerja jgn merungut.NsyaALLAH.

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...