Tuesday, September 6, 2011

Jom Kongsi Pengalaman 86 – “Mehrab Nabi Zakariya..”

Kisah Nabi Zakariya dan  ibadahnya ada disebut di dalam al-Quran surah Maryam.

IMG_4639

Di satu sudut bahagian barat al-Aqsa terdapat sebuah tempat bernama Mehrab Zakariya. Di atas Mehrab ini terdapat potongan ayat al-Quran dari surah Maryam mengenai baginda Zakariya ini.

IMG_4641

Ramai ulama pernah mengajar di Mehrab ini dan ke sini. Antara yang terkenal adalah Imam al-Ghazali. Beliau memulakan karangan Ihya Ulumiddin di dalam al-Aqsa ini selama 8 tahun sebelum menyempurnakannya di Masjid Umawi di Damsyiq, Syria.

IMG_4643

Ketika perang Salib, orang Kristian pernah meletakkan salib besar di sini.

“Pengalaman Asas Hikmah”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Jerusalem

7 Syawal 1432/ 6 September 2011 jam 6.30 pagi

2 comments:

Anonymous said...

salam..ustaz,tolong saya ustaz..saya ada masalah..saya kurang yakin dengan sesuatu hal berkaitan agama. dan ini menyebabkan saya tidak melakukan solat dan semakin hari keyakinan saya semakin pudar.saya sering membangkang pendapat sesama muslim krn dalam fikiran saya setiap perbuatan teman2 seagama saya adalah salah.saya takut ustaz.adakah hati saya tertutup dari hidayah ALLAH.saya ingin mati sebagai muslim dan saya percaya ALLAH adalah Tuhan yang satu.saya sangat sedih ustaz,..

Anonymous said...

Anon 8.31, saya berbaik sangka sebenarnya dgn sdr menulis tu, bermakna Allah dah buka jalan hidayahNya (bukan sebaliknya).

Sdr mesti sering mengikut blog ustaz ni kan? Tu pun salah satu tandanya. Syukur, banyak manfaatnya blog ustaz & blog2 lain yang mengajak kita kepada Allah.

Cuma lepas ni perlu disusuli dgn tindakan, antaranya klu sdr lelaki, & dekat dgn tempat ustaz, berjumpa le face to face. Klu jauh, jumpa ustaz2 yg dekat. (ramai sekarang ni). Klu perempuan pula, cari le ustazah..

InsyaAllah. saya positif & doakan.