“Sinar Baru” itulah tajuk bagi program TV Hijrah.
Penerbitnya menghubungi saya untuk melihat Yayasan al-Ijabah mengendalikan dua rumah iaitu rumah anak yatim al-Ijabah dan rumah HIV Darul Ukhwah.
“Ustaz, kami nak ikut ke mana ustaz pergi, nak ambil gambar” kata pembantu penerbit.
“Mmm, kalau nak ikut saya kena awal sikit, lepas subuh dan kena ada di Darul Ukhwah Petaling Jaya, sebab saya akan terus ke Klang” kata saya yang mempunyai program ceramah di SMK Bandar Baru Sultan Sulaiman Pelabuhan Klang pada hari ini iaitu Jumaat 7 Januari 2011 jam 8.00 pagi.
Kami sama-sama bersarapan pagi di Darul Ukhwah.
Warga SMK Bandar Baru Sultan Sulaiman Pelabuhan Klang gempar ketika saya memaklumkan bahawa TV al-Hijrah ingin bersama bertandang ke tempat mereka.
Sebenarnya, saya jarang menerima jemputan dari sekolah kerana kebiasaannya, “Sound System” di sesebuah sekolah kurang baik, jadi kebiasannya, ketika ceramah, para pelajar tidak dapat menumpukan perhatian pada ceramah kerana tidak dapat mendengarnya, hasilnya, penceramah terpaksa meninggikan suara supaya dapat didengar oleh pelajar, tetapi pelajar tetap juga bising.
Kalau perkara ini berlaku, pelajar pun kurang dapat manfaatnya, penceramah pun akan letih kerana terpaksa memekik sepanjang ceramah.
Tetapi, “sound system” SMK Bandar Baru Sultan Sulaiman ini memang terbaik….
Barangkali, ada cikgu atau anggota PIBG yang mahir di dalam hal-hal pembesar suara ini.
Satu lagi yang saya puji sekolah ini ialah kadar kebersihannya yang baik. Tak ada sampah sana dan sini.
Ketika anak buah saya bertanyakan pada salah seorang guru di sini mengenai rahsia kebersihan, guru ini menjawab:-
“Entahlah, tak ada apa rahsia, cuma cleaner (tukang cuci) sekolah ni memang rajin buat kerja”.
Jawapan ini benar-benar membuatkan saya tersenyum menahan gelak tapi kita dapat mempelajari satu perkara…
“Mmmm.. betul juga tu, jadi kalau nak suasana sekolah sentiasa bersih, carilah tukang cuci yang amanah di dalam tugas mereka” kata saya sambil tersenyum.
Memang, nilai sebuah amanah sangat penting. Kita akan sentiasa maju kalau setiap anggota masyarakat menjaga amanah yang diberikan.
Di dalam hadis, Nabi SAW pernah mengatakan bahawa di antara ciri orang munafiq ialah apabila dia diamanahkan sesuatu maka dia akan mengkhianati amanah itu.
Bayangkan, jika hanya dengan tukang cuci yang amanah dapat mencerikan sebuah sekolah, bagaimana jika pemimpin amanah, pekerja amanah, penguatkuasa amanah, pendakwa amanah, dan semuanya sentiasa amanah, sudah tentu akan membentuk sebuah tamadun yang luar biasa hebatnya.
Sekecil tugas sebagai pencuci pun nampak hasilnya secara zahir, apatah lagi jika tugasan yang lebih besar.
Apa pun, tahniah pada SMK Bandar Baru Sultan Sulaiman Pelabuhan Klang di atas segala usaha menjadikan sekolah anda cemerlang dan tahniah juga pada krew TV al-Hijrah kerana kedatangan anda menjadikan warga sekolah ini lebih bersemangat.
“Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Zaman”
Al-Faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Shah Alam
8 Safar 1432/13 Januari 2010 jam 2.20 pagi
Krew al-Hijrah yang bersama pagi ini.
Tajuk ceramah ini ialah “Hijrah Nabi”
Tajuk “Hijrah”, TV Hijrah, kalau anak di sini tak dapat hijrah lagi, tak tahulah….
Kalau “sound system” baik, pelajar akan dapat menumpukan perhatian dengan baik dan banyak manfaat dapat dikongsikan.
Penceramah pun tidak letih kerana tidak perlu memekik untuk berusaha orang belakang mendengarnya
Kenangan di SMK Bandar Baru Sultan Sulaiman
No comments:
Post a Comment