Monday, September 5, 2011

Diari 333 – “Catatan Perjalanan Ke al-Quds..”

4 September 2011, saya bersama Jemaah melintasi sepadan Jordan – Palestin melalui Allenby Bridge. Pada bulan Julai 2011 lepas, ketika sampai di sini bersama rombongan TV9, tidak banyak yang sempat saya kongsikan mengenai Palestin.

Rombongan kali ini tertahan di border selama empat jam suku. Tapi syukur, semuanya selamat melintas.

Kesempatan kali ini, saya hanya nak kongsikan apa yang kita akan jumpa dalam perjalanan ke al-Quds dari border.

IMG_4570

Setelah melintas, kita akan melalui Jabal Nebo, iaitu pergunungan tempat Nabi Musa melaluinya setelah ditinggalkan oleh kaumnya. Di pergunungan Nebo ini jugalah kalau mengikut kepercayaan kristian, Nabi Isa di Babtiskan oleh Nabi Yahya. Di tengah-tengah gambar ini kita dapat melihat kubah kecil berwarna emas, di situlah orang Kristian mempercayai tempat kejadian.

IMG_4574

Kita akan melalui “ ’En Hajlah”, bermaksud mata air burung kecil,

IMG_4575

Kemudian persimpangan antara Jerusalem ke laut mati

IMG_4580

Tidak lama kemudian, kita akan menemui “an-Nabi Musa” iaitu masjid yang dibina untuk memperingati Nabi Musa yang hilang di kawasan ini setelah ditinggalkan oleh kaumnya. InsyaAllah, nanti kita akan kongsikan kemudian

IMG_4582

Kita akan melalui Judean Desert iaitu padang pasir 12 kabilah Yahudi. Di sebut di dalam al-Quran sebagai “Asbat” seperti Sabat Musa (kabilah Musa) Sabat Bunyamin (kabilah Bunyamin)

IMG_4585

Dari kejauhan kita akan melihat 3 tower, bermula dari kanan iaitu Universiti Hebrew Of Jerusalem, kemudian Agusta Victoria Hospital dan yang kiri sekali ialah Gereja Ortodox.

IMG_4587

Bet El Ramallah bermaksud “Rumah Allah Yang Tinggi” di kawasan sini banyak orang badawi, walaupun dia telah memakai i-phone dan komputer tetapi mereka tetap  selesa tinggal di khemah-khemah.

IMG_4589

Kita kemudian akan melalui Ma’ale Adumin iaitu penempatan orang Yahudi yang dibina di tanah Palestin

IMG_4594

Kemudian kita akan melalui terowong, sejurus selepas habis terowong ini di sebelah kiri kita akan langsung dapat melihat masjid al-Aqsa as-Syarif, biasanya saya akan bersama-sama melaungkan takbir seperti takbir raya bersama-sama rombongan ketika melihat al-Aqsa ini dan biasanya kita akan menitiskan air mata di sini.

IMG_4597

Selepas terowong, kami akan ke Mt. Of Olives, bagi orang Kristian, di sinilah Nabi Isa di angkat ke langit setelah di salib, bagi orang Islam, Nabi Isa tidak disalib tetapi yang disalib adalah orang yang diserupakan dengan Nabi Isa.

Dari atas Mt. Of Olives ini, kita akan dapat melihat semula Judean Desert yang terbentang luas.

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Jerusalem Palestin

5 September 2011 jam 8.30 pagi

2 comments:

Anonymous said...

Assalammualaikum.
Entri kali ni mengimbau perjalanan bersama arwah ayah saya pd tahun 1995. Terima kasih Ustaz.
Tini Kassim.

Salmah said...

Saya harap saya dapat mengikuti rombongan ustaz ke sana satu hari nanti. Bertuah dapat melihat sendiri peninggalan sejarah Nabi-2 Musa, Isa a.s dan kekejaman Yahudi Laknatullah..Allah selamatkan masjid Al-Aqsa daripada runtuh di tangan Yahudi.

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...