4 September 2011 jam 4.45 petang..
Kami serombongan di ajak untuk melihat tempat al-Aqsa di korek. Apa tujuannya?
Jawapan yang jujur hanya ada pada Yahudi yang mengorek.
Ini adalah kawasan yang dikorek menuju ke al-Aqsa.
Dari dalam masjid ini, orang Islam menemui lubang yang dikorek oleh Yahudi di bawah al-Aqsa
Ketika orang Islam menemui lubang ini pada tahun 1997, mereka berusaha menampal semula lubang ini dan berkeras tidak membenarkan orang Yahudi menggali apa-apa di bawah al-Aqsa.
Hasilnya berlaku pertembungan antara Yahudi dan Muslim yang menyaksikan 90 muslim syahid. Pada tahun 2000 sekali lagi berlaku pertembungan dengan 20 muslim syahid. Gambar di atas adalah kelongsong peluru dan bom yang menembusi dada-dada saudara-saudara seIslam kita pada tahun tersebut.
Bersama-sama mendoakan keselamatan al-Aqsa
Kenangan rombongan bersama Abu Ayad Mahmood (kiri gambar selepas saya) dan Abu Atif Muhammad (kiri gambar selepas itu), penjaga al-Aqsa yang mula-mula menemui lubang yang dikorek Yahudi.
“Pengalaman Asas Hikmah”
al-Faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Jerusalem
6 Syawal 1432/ 5 September 2011 jam 10.45 malam
2 comments:
Saya ada terbaca artikel ttg Makam Rasulaullah saw pun pernah dikorek. Pesalahnya ialah 2 yahudi yg menyamar Islam yg sangat bagus akhlak & amalannya.
Pengalaman seperti ini adalah rezeki bagi orang2 yang bertaqwa. Semoga daripada keturunan saya pula akan memperolehi pengalaman sepeerti ini demi memartabatkan Islam. Allahu Akbar!
Post a Comment