Thursday, September 29, 2011

Diari 335 – “Kitab Lama Di Bukhara..”

Hari ini 21 September 2011 jam 10.30 malam, saya bersama rombongan bertolak dari KLIA menujuk ke Uzbekistan.

Kami menaiki penerbangan Uzbekistan Airways yang bekerjasama perjalanannya dengan Malaysia Airlines System (MAS). Perjalanan dengan Boeing-767 ini mengambil masa selama 8 jam ini hanya dilalui dengan berehat.

Kami sampai di Tashkent jam 6.20 pagi waktu Malaysia sedangkan di sini jam 3.20 pagi. Beza jam antara Malaysia dan Uzbekistan adalah 3 jam.

Dari International Terminal, kami berjalan ke Domestic Terminal untuk menyambung penerbangan ke Bukhara, destinasi pertama kami.

Dari Taskhent ke Bukhara mengambil masa dua jam, barangkali seperti perjalanan saya dari Guangzhou China ke Xian hujung Julai baru-baru ini.

Bersama perjalanan saya ialah rombongan dari Sarawak melalui pakej Tabung Haji. Pegawai pengiring Tabung Haji Travel ini adalah Hajah Norzana, orang yang menguruskan saya ke China ketika saya mengendalikan kursus di sana anjuran Anzac dan Tabung Haji pada Jun dan Julai lepas.

Bukhara adalah kota lama yang mencatat seribu satu kisah cemerlang dalam dunia Islam. Banyak ulama berasal dari sini. Antaranya Imam Bukhari dan Ibnu Sina.

Warisan ulama ini hilang dengan penjajahan tentera merah Soviet Union ke bumi ini. Oleh kerana Soviet yang berfahaman komunis menentang pengamalan agama, maka banyak warisan kitab-kitab lama hilang, rosak atau dipindahkan ke tempat-tempat lain.

Saya suka ke Bukhara ini kerana di sini kita akan dapat menemui dan menyelamatkan manuskrip-manuskrip lama ulama silam berumur 300 hingga 400 tahun lepas.

Orang di Bukhara sekarang tidak tahu nilaian kitab-kitab ini dan mereka menjualnya dengan harga yang memang mampu kita miliki dari harga 100 USD.

Banyak kitab-kitab tulisan ulama silam sama ada dalam bidang agama atau sains. Saya membelek kitab astronomi. Rasa sayang terbiar dijual ditepi-tepi jalan.

Saya membelek kitab-kitab lama ini, ada ilmu-ilmu yang banyak yang mungkin telah pupus. Pada saya, siapa yang ingin memiliki manuskrip lama, datanglah ke Bukhara ini.

Naskhah al-Quran berumur 300-400 tahun hanya di jual dengan hadiah 200 USD.

Orang kaya meninggalkan harta, orang berilmu meninggalkan karangan…

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Dalam Perjalanan Taskent Kuala Lumpur

12.30 tengah hari waktu Uzbekistan

IMG_5025

Dekorasi orang dihempap batu di Bukhara

IMG_5028

Kitab lama di Bukhara

IMG_5029

Bukan sahaja karangan agama, malahan sains dan astronomi

IMG_5032

Kitab lama dijual di tepi-tepi jalan

IMG_5033

Orang  di sini kurang menghargai warisan ulama kita ini….

IMG_5220

Dakwat dan tinta ulama terdahulu ketika mengarang kitab

3 comments:

nazila said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Assalam Ustaz,

Terima kasih atas pengongsian ini.

Ya Allah, sayang nya kitab kitab lama tidak di simpan jadi khazanah negara.

Ada tak ustaz beli buku2 tu?

AJ

Anonymous said...

Apa kata Ustaz anjurkan rombongan untuk rakyat Malaysia ke sini untuk membeli kitab2 lama? :D

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...