Cara menentukan awal bulan di Malaysia adalah dengan 3 kaedah iaitu :-
1. Melihat anak bulan
2. Hisab (kira-kira)
3. Dengan gabungan kedua-dua di atas
Cara melihat anak bulan di Malaysia pula cukup canggih dengan menggunakan teropong berteknologi tinggi, dengan sela-sela masa tertentu dan bacaan kordinat tertentu.
1 Ogos 2o11, di negara China, melihat anak bulan akan diketuai oleh Imam masjid. Cara yang digunakan hanyalah satu cara iaitu melihat dengan mata dan tidak menggunakan hisab (kira-kira)
Dan yang menariknya, mereka Orang Islam di Xi’an melihat anak bulan hanya dengan mata dan teropong. Mereka akan berkumpul beramai-ramai di masjid dan melihat beramai-ramai. Apa yang menarik ialah malam tersebut, nampak anak bulan. Mereka akan menjerit dengan gembira “Chilali- Chilali (anak bulan-anak bulan) sebenarnya ia dari bahasa Arab iaitu “Hilali”
Malam ini, pekerja Islam di mana-mana akan memakai tudung sebagai menghormati bulan Ramadhan.
Ini adalah jurugambar bersama kami, senyum sampai telinga di sisi Muslimah China.. barangkali, macam nilah senyuman orang isteri lebih.. :)
Kalau kita nak lihat perbahasan mengenai Ramadhan di China, kita boleh sama-sama saksikan di sini..
“Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat”
al-Faqir ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Mekah al-Mukarramah
4 Syawal 1432/3 September 2011 jam 12.45 tengah malam
3 comments:
Alhamdulillah, dgn membaca tulisan ustaz ni, dapat le ilmu, mudah2an kita berlapang dada & terbuka.. & semakin ramailah kaum Cina & bangsa2 lain (di Msia terutamanya) diberi hidayah oleh Allah.
off topik:
Ustaz masih di Mekah? Mohon ustaz doakan untuk diri kami & keluarga, jiran2 & yg bersama2 kami khasnya ye ustaz, & lain2, semuga diberi kefahaman agama yg mendalam, seterusnnya mengamalkan & menyampaikan pula.
Suka pada majlis2 ilmu & yg berfaedah, & meninggalkan yg sia2 & maksiat. Membuang sifat2 mazmumah & mengamalkan sifat2 mahmudah. Juga agar Allah meluaskan rezeki yg halal & menjauhkan yg haram.. & membelajakan ke jalanNya.
Mrs S
pohon copy cerita dan fotonya, ustaz. perkongsian menarik walaupun ringkas
Post a Comment