Tuesday, September 20, 2011

Diari 334 – “Bantuan Ke Sungai Ruil Cameron Highlands..”

Khamis 15 September 2011, jam 3.30 pagi, saya telah bersiap untuk ke Cameron Highlands. Hari ini, Bahagian Tabung Bencana NSTP-Media Prima akan menyampaikan sumbangan kepada mangsa tanah runtuh di Kampung Orang Asli Sungai Ruil. Kesempatan ini juga, kami akan membuat rakaman siri Usrah bertajuk “Ujian Hidup”.

Berjalan di waktu pagi memang agak selesa kerana kurang kenderaan. Seperti biasa jika perjalanan jauh, saya akan bertemankan kuaci dalam memandu, krew yang lain berehat kerana mungkin tugasan sebelum ini meyebabkan mereka kurang rehat.

Perjalanan pagi ini berhenti beberapa kali untuk solat, mengisi minyak  dan berehat. Kami sampai di Tapah jam 7.00 pagi sebelum terus mula naik ke Cameron Hinghlands.

Sampai di Kampung Ruil, saya melihat kesan tanah runtuh yang mengorbankan tujuh nyawa pada Ogos 2011 lepas.

Semua penduduk telah dipindahkan ke sebuah dewan.

Saya difahamkan terdapat 140 keluarga di sini dengan bilangan keseluruhan ahli keluarga 600 orang Tetapi, tidak semua penduduk di sini Islam. Saya difahamkan hanya 35 keluarga Islam, 20 keluarga Kristian dan bakinya agama nenek moyang.

Cabaran para pendakwah  untuk hadir ke sini bagi operasi dakwah yang lebih gigih.

Jam 9.30 pagi, kami mula membuat rakaman siri usrah bertajuk “Ujian Hidup”. Jam 11.00 pagi, unit bantuan Tabung Bencana NSTP-Media Prima telah sampai. Kala ini, Cameron Hinghlands hujan.

Beramah mesra dengan orang asli di sini menjadikan kita lebih merasai erti kesungguhan dakwah. Bagaimana hebatnya pendakwah dahlulu di dalam usaha mereka mengIslamkan Nusantara. Mereka boleh duduk di kalangan kita orang Melayu yang mungkin sesetengahnya rendah statusnya.

Tapi itulah ajaran Islam yang tidak pernah membezakan kedudukan. Yang paling tinggi di sisi Allah adalah orang yang paling bertaqwa.

Tamat program jam 4.00 petang, saya dan krew TV9 terus bergerak pulang. Perjalanan perlu agak pantas kerana selepas Maghrib, saya mempunyai program di Shah Alam.

Cabarannya, dua orang dari kami muntah kerana pening ketika melalui jalan bengkang bengkok Cameron Highlands ini.

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

22 Syawal 1432/ 22 September 2011 jam 12.25 tengah malam

IMG_4910

No comments:

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...