Tuesday, September 13, 2011

al-Ijabah 99 – “Catatan Rumah HIV Darul Ukhwah..”

Pejam celik, kita telah menyewa rumah perlindungan HIV Darul Ukhwah di Seksyen 4 Petaling Jaya ini selama 2 tahun. Begitu cepat masa ini berlalu.

9 Ogos 2011, Dr. Chong, tuan rumah bagi rumah Darul Ukhwah Yayasan al-Ijabah menghubungi saya. Tamat kontrak dua tahun menyewa, dia mahu menggunakan rumah ini kembali.

“Boleh tak saya minta tangguh hingga hujung September” kata saya pada Dr. Chong.

“Oklah, lepas raya lah ya..” kata Dr. Chong dengan pelat Cina.

Saya agak terdesak juga, mencari rumah pengganti ke sana dan ke sini, tetapi belum ada yang sesuai. Pilihan terakhir adalah dengan menyiapkan segera asrama anak yatim al-Ijabah yang sedang dibina dan digunakan sementara untuk rumah HIV ini.

Pembinaan asrama sekarang adalah di atas tanah Yayasan al-Ijabah, pada permulaan pembinaannya, memang dilafazkan untuk HIV. Ketika MBSA (Majlis Bandaran Shah Alam) mula menimbangkan untuk memberikan sebuah rumah untuk Darul Ukhwah, maka pembinaan tempat ini diteruskan bagi kegunaan anak yatim pula.

Setelah hampir siap, kontrak rumah HIV sekarang pun habis dan tuan rumah ingin menggunakan rumahnya. Jadi, asrama anak yatim ini  kita gunakan sementara untuk penempatan HIV ini.

Saya menghubungi Haji Daud, kontraktor yang membuat asrama ini…

“Agak-agak, September boleh siap tak Haji?” tanya saya.

“Mmm, insyaAllah dan bergantung pada kewanganlah ustaz, tapi nanti saya tanyakan juga sapa-sapa yang nak bersama-sama berinfaq” kata Haji Daud.

22 Ogos 2011, saya bertolak ke tanah suci untuk menyempurnakan umrah Ramadhan. Dengan doa yang sentiasa dipanjatkan semoga Allah memudahkan segala urusan pembinaan rumah ini.

8 September 2011, saya sampai di Malaysia, terus menghubungi sahabat-sahabat untuk perkembangan rumah HIV ini..

9 September 2011, jam 9.30 pagi, saya bermesyuarat dengan Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa, Pengerusi MAIS di pejabatnya membincangkan rumah HIV Darul Ukhwah.

Memang pilihan yang ada sekarang adalah dengan menggunakan dahulu asrama anak yatim al-Ijabah untuk penghuni HIV. Tidak ada rumah yang sesuai.

Tempat yang sepatutnya diberikan MBSA telah di potong oleh seorang YB.

11 September 2011. 5.50 petang, Saya berbincang dengan kontraktor Haji Daud mengenai perkembangan rumah ini.

“InsyaAllah ustaz, kita usaha masuk api dan air segera” kata Haji Daud.

12 September 2011, Dr. Chong sekali lagi menghubungi saya untuk memastikan rumah dikosongkan pada hujung September ini.

“Ya, Doktor, jangan risau, hujung bulan ini semua akan ok..” janji saya padanya.

Inilah catatan perjalanan Darul Ukhwah, bagi yang bersama-sama dalam apa juga bentuk, sama ada kewangan mahupun doa, saya ucapkan jutaan terima kasih.

Pohon di doakan terus  sahabat pembaca sekelian, semoga Allah terus memudahkan urusan ini, amin…

“Bersama Kita Berbakti”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

15 Syawal 1432/ 13 september 2011 jam 11.45 malam

IMG_4894 

Asrama anak yatim yang  hampir siap

IMG_4895

bahagian atas tempat ini

IMG_4897

 

IMG_4899

semoga terus di bantu Allah, amin…

8 comments:

Anonymous said...

Tiap2 perancangan & usaha yg telah dibuat, tapi lain pula jadinya, adalah hikmahnya..Allah nak beri lebih baik. InsyaAllah kami akan sokong (skrg ni melalui online sangatlah mudah, hanya Allah & empunya diri yg tau)) wlu sikit2 tapi kalau ramai yg menyumbang, akan lega le tu, insyaAllah.

Bila kerjasama --> semua jadi mudah!

kak aida said...

ustaz nak tanya, bolehkah saya nak bayar zakat pendapatan kat ustaz/rumah hiv darul ukhwah/rumah anak2 yatim ijabah. sbb saya amat tidak iklas utk bg kat pusat zakat semnjak akhir2 ni kerana saya rasa tak puas hati dan takut tak sampai. utk pengetahuan ustaz, sebelum ni saya mmg bayar kat pusat zakat, tp skrg ni rasa sgt2 x iklas ustaz, dah cuba nak iklaskan tp x jadi jugak ustaz....kalau ustaz ada masa tolong jawab ye...

Anonymous said...

Kak aida, saya tolong jawab ye (harap nanti ustaz beri pencerahan).
Kat no akaun alIjabah tu boleh pilih samada zakat atau charity, maknanya boleh. Dan saya pernah terbaca pendapat yg mengatakan, tak perlu ucap depan penerima, cukup le kita niatkan masa bayar tu.
Tepulang pada kak, klu nak maklumkan pada ustaz selepas transfer tu, bole le sms ustaz. Klu tak pun, tak pe sbb ustaz (& saya juga)tau mana2 yg masuk akaun tu mmg utk al Ijabah.

Cuma bole tak klu nak tolak income tax, tu ustaz kena beri pencerahan. Ye tak ye juga kan, klu banyak, nak juga kemudahan tolak income tax esp yg keja kerajaan, swasta atau berniaga.

Salam ukhwah.

boxhousestudio said...

assalamualaikum ustaz amin

moga segala usaha murni di permudahkan dan setiap saat dan tika di rahmati di berkati oleh ALLAH SWT...

ustaz amin

BHS kongsi video Raikan Aidilfitri di blog BHS ya....terima kasih Ustaz Amin...

boxhousestudio said...
This comment has been removed by the author.
Chempaka Aziz said...

salam.mana nak contact rumah ini?

Bahasa Makngah said...

alhamdulillah semoga diramaikan di malaysia ini org beriman dan bertakwa berbuat spt ustaz ini, sejuk bumi malaysia........ameeeennn

Unknown said...

Salam.. Camne nak dapat no fon rumah tu

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...