Friday, September 2, 2011

Universiti Kehidupan 208 – “Masjid Sebagai Chek Point Kebersihan..”

Pada Jun dan Julai 2011, 4 kali saya berulang ke China kerana mengendalikan kursus bersama Tabung Haji. Kesempatan berada di sini menjadikan saya banyak melihat budaya Muslim di China dari di Guangzhou, Xian dan Beijing.

Antara perkara yang saya suka perhatikan ialah bilik air dan tandas. Saya suka memerhatikan bagaimana pengurusan tempat najis ini. Di dalam ajaran Islam, najis adalah satu perkara yang perlu diuruskan dengan baik. Ia akan berkaitan dengan ibadah.

Kebersihan bukan sahaja pada perkara yang nampak, tetapi juga yang tidak nampak seperti najis kering dan barang najis adalah barang takrifan agama.

Walaupun kencing kering diletakkan minyak wangi, orang semua mengatakan kain kecing itu wangi dan bersih, ia tetap najis kerana takrifan najis adalah takrifan agama, bukan takrifan manusia.

Islam adalah sebuah agama yang menitikberatkan kebersihan dan sesiapa yang berpegang dengan ajaran Islam akan menjadi orang yang pembersih.

Ketika berada di masjid Xian, saya melihat…..

setiap kali jemaah datang ke masjid, mereka akan mengambil tuala, dibasahkan tuala ini, akan dilap badan mereka. Peluh-peluh dibersihkan dan mereka wangikan badan mereka.

Kalau di China, tandas di masjid akan ada air, selesa kita beristinjak. Orang di China yang bukan beragama Islam akan menggunakan kertas untuk membersihkan najis.

Saya teringat firmah Allah di dalam surah al-A’raf ayat 31

“Wahai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah di setiap (memasuki) masjid …”

Masjid salah satu chek point untuk kebersihan, maka setiap kali memasuki masjid kita hendaklah membersihkan diri, membetulkan pakaian dan berhias dengan hiasan yang paling baik.

Inilah Islam, ada tempat dan chek point untuk kebersihan, siapa yang selalu datang ke masjid, dan berpegang dengan ayat ini, maka mereka akan menjadi orang yang sentiasa menjaga kebersihan.

“Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat”

al-Faqir ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Mekah al-Mukarramah

3 Syawal 1432/2 September 2011 jam2.30 petang

IMG_1871

Tandas dan tempat wudhuk di masjid al-Azim Xian, orang yang akan ke masjid sentiasa membersihkan badan mereka setiap kali ingin solat

IMG_1880

Tuala wakaf yang digunakan oleh ahli Jemaah, siapa yang telah menggunakan, maka mereka akan basuh dan sidaikan kembali untuk digunakan semula

P1020298

Tandas di masjid sentiasa bersih.

P1020299

Keadaan tandas di Masjid Niujie Beijing, tandasnya ada lubang untuk mengintai sama ada di dalam ada orang atau tidak, kedudukan orang dalam tandas tidak menghadap atau membelakangkan pintu, dia akan mengereng. Jadi tidak akan berlaku tandas yang tertutup dari dalam  dan orang menunggu di luar dengan sangkaan ada orang di dalam

P1020301

Sama seperti di Xian, masjid Niujie di Beijing juga menyediakan kain untuk membersihkan badan.

1 comment:

Anonymous said...

Antara amalan2 tak baik yg masih biasa diamalkan oleh sesetengah kita, ialah menghisap rokok sebelum solat jemaah, maka terganggu lah jemaah lain dgn bau rokok yg melekat di pakaian & mulut perokok tu, (sedangkan dlm contact ni Nabi saw telah menyebut hadis sangat terkenal, agaknya sbb Nabi saw tak sebut rokok maka depa2 ni tak nampak kaitannya kot..)

Sama2lah kita buang yg tak elok apalagi yg bertentngan dgn hukum Allah & biasakan yang elok2, insyaAllah lama2 yg elok2 tu akan melekat & menjadi amalan harian..

Huhungan dgn Allah & manusia beres insyaAllah

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...