Tuesday, September 6, 2011

Jom Kongsi Pengalaman 83 - “Penjara Di Israel..”

5 September 2011 jam 9.00 pagi, kami serombongan dalam perjalanan ke Hebron dan Bethlahem.

IMG_4718

Perjalanan kami terhenti sebentar ketika terhalang dengan sebuah van besar siap dengan dijaga oleh tentera bersenjata.

Saya bertanya pada Walid, pemandu pelancong kami, “Walid, apa tu?”

“Ah, sekarang kita sedang melalui kawasan mahkamah” kata Walid.

“Pesalah Yahudi ke, pesalah Palestin?” tanya saya.

“Yahudi ada dan Palestin pun ada?” jawab Walid lagi.

“Tapi kalau orang Yahudi bunuh orang Palestin, akhir nanti hanyalah di isytiharkan gila dan lepas” Walid menambah sambil mencebek bibir dan menggangkat keningnya. Bahunya diangkatkan sedikit.

IMG_4753

Ketika dalam perjalanan ke Bethlahem, saya melihat banyak gambar diletakkan di atas tiang-tiang lampu. Saya membacanya, dimulakan nama itu dengan “al-Asir” bermaksud “banduan”. Di sebelah bawah bahagian kanan gambar tertulis “18 Muabbad” bermaksud 18 abad. Saya bertanya Walid..

“Walid, orang ini kena penjara 18 abad ke? bermaksud 1800 tahun”

“Ya”, jawab Walid.

“Ha..! penjara sampai lebih seribu tahun?” saya terkejut kerana di Malaysia kita hanya dengar paling lama seumur hidup.

“Mmm, macam tu lah di sini..” Walid menambah.

IMG_4754

Kita tengok pula orang ini, “12 muabbad” bermaksud 1200 tahun

IMG_4756

Yang ini tak lama, “Muabbadain” bermaksud dua abad tetapi ada tambahan 40 tahun lagi.

IMG_4758

Yang ini pula 4 abad iaitu 400 tahun.

Beginilah hukuman penjara di sini, semua seratus tahun ke atas.

 

“Pengalaman Asas Hikmah”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Jerusalem

7 Syawal 1432/ 6 September 2011 jam 6.00 pagi

2 comments:

kl-kk-ptrjaya said...

bkn ke muabbad tu maksudnye seumur hidup?cth dlm istilah hukuman jenayah Mesir ada disebut sijn-penjara ; ( dgn ditetap brp tempohnya )..tp kalau istilah sijn muabbad = penjara seumur hidup..

Unknown said...

Mmg seme jenis tahanan dipenjara seumur hidup ke?

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...