1 Ogos 2011, setelah melihat kawasan Wushu dan Shaolin di Deng Feng, kami perlu balik ke Zheng Zhou. Dari sini, kami akan menaiki kereta api pulang ke Xi’an.
Deng Feng adalah kawasan pergunungan seakan Cameron Highlands. Di waktu musim panas pun, ia sejuk dan berkabus.
Pemandu teksi yang kami naik begitu bersemangat. Had laju di kawasan ini hanya 100 km/jam. Tiba-tiba di memandang saya dan tersenyum..
Saya mengerutkan dahi, “She Ma..? (Kenapa?) kata saya..
Dia mengambil sekeping CD, dia mengajak saya turun untuk menunjukkan sesuatu pada saya, mukanya tersenyum nakal..
Rupanya, dia meletakkan sekeping CD di nombor flatnya
Dan, kita boleh bayangkan punya laju dia bawa ….
Begitulah manusia, selagi ada sistem, selagi itu ada yang berusaha mengelaknya.
Kalau seseorang melanggar undang-undang dunia, maka mungkin akan berlaku mudharat di dunia, tapi bagaimana jika seseorang melanggar undang-undang Allah?, pasti akan mudharat di akhirat jika tidak taubat…
Mohon selamat di akhirat bermaksud kita perlu taat pada Allah dan Rasulnya.
“Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat”
al-Faqir ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Mekah al-Mukarramah
4 Syawal 1432/3 September 2011 jam 12.30 tengah malam
3 comments:
Fitrah manusia di mana2 agak sama, bila dah pegang stering kenderaan tu, macam dah menang pulak setan sgar suruh laju2, saya pun kadang2 terbuat juga (tapi sesekal aje) wlu tau ia bahaya... semuga Allah selalu pandu kita dlm apa jua aktiviti dlm kehidupan ni
(sokong speed limit di Msia ni tak naik)
assalamualaikum ustaz Amin.masih di mekah lg ya. Ana mntak tlog doa satu hajat boleh ke lagi ? MasyaALLAH.
assalamualaikum wm wb ustaz amin.ana minta tlog doakan ana,suami,anak2,kakak2,abang2, dijemput ALLAH utk kerjakan ibadah UMRAH di Tanah Suci bln Disember ni.Pohon Ustaz Amin doakan depan Kaabah agar mustajab.Segala susah payah dan kesudian Ustaz tlog doa ana pohon ALLAh balas setimpalnya.Maaf jika menyusahkan.syukran jazilan ya Ustaz. assalamualaikum wm wb.
Post a Comment