Wednesday, November 12, 2008

Universiti Kehidupan 13 - Kasihani

10 November 08, saya menghadiri satu mesyuarat dengan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. Selepas habis beberapa perkara, saya bergegas pergi ke Subang Jaya untuk program seterusnya.

Saya melalui highway ELIT dari Jalan Duta untuk ke USJ Subang Jaya. Sampai di persimpangan Batu 3 Shah Alam, terdapat sebuah kereta yang sedang terbakar dijilat api. Saya berhenti menyaksikan kebakaran kereta itu. Berlaku beberapa letupan dari tayar dan dari dalam kereta. Tuan kereta hanya berdiri tidak dapat berbuat apa-apa. Orang ramai yang berkumpul juga hanya memerhatikan peristiwa itu.

Selepas beberapa ketika saya pun menaiki kereta dan meneruskan perjalanan. Dalam kurang lima minit, saya telah sampai ke susur USJ Subang Jaya. Kali ini terdapat pula sebuah kereta yang terbalik. Kereta itu bergesel dengan sebuah kereta lain. Jangka waktu antara kejadian kereta terbakar dan kereta yang terbalik hampir serentak.

Saya melihat keadaan tuan kereta yang terbalik itu. Dia tergamam dan tidak tahu apa yang ingin diperbuatnya.

Daripada kedua-dua peristiwa ini, saya teringat satu kata-kata hikmah. Kasihanilah tiga golongan.

1. pemimpin apabila telah hilang kuasanya
2. orang kaya apabila telah jatuh miskin
3. orang senang ketika sedang ditimpa musibah.

Semoga dengan hati yang sentiasa kasihkan sesama, Allah jadikan kita orang yang selalu di dalam keredhaannya dan selamat ketika di pandang mahsyar nanti. Amin..


4 comments:

Shahabudeen Jalil said...

cerita ustaz nie macam tergantung. Apa kaitan pemimpin yang hilang kuasa dengan orang yang terbalik kereta. Huraikan sket.. dari aspek kesyukuran ke, dari aspek redha dengan ujian ke atau lain2.

Ustaz Amin said...

Ikitbar cerita ini ialah dari kata-kata hikmah yang ketiga. Kasihanilah manusia yang ditimpa musibah sekalipun dia pernah senang dahulu. Yang lain adalah rangkaian kata-kata hikmah tersebut.

Shahabudeen Jalil said...

Kasihanilah tu macam mana ustaz ??

Ada orang pergi tolong, ada orang bagi duit, ada orang pergi tenangkan orang itu... (ada orang ambil gambar dari jauh untuk masukkan dalam blog hehe...)

Ustaz explain sket macam mana kita nak kasihani seseorang... tak semua orang ada duit untuk tlg dengan duit, tak semua orang ada tenaga untuk pergi tolong dengan kederat tenaga, tak semua orang ada kamera untuk ambil gambar dan letak dlm blog.

Jadi bagaimana lagi cara untuk kasihan.. bagi contoh Nabi Muhamad kalau boleh..

Ustaz Amin said...

Kasihan adalah sifat hati. Ini yang Nabi selalu ajarkan untuk kita saling berkasih sesama manusia. Kita disuruh peka melihat orang lain.

Kemudian, barulah terjemahkan sifat kasih itu di dalam pergerakkan. Kita terjemahkan kasih dengan memberi duit, dengan membantu, dengan menenangkan.

Tidak semua duit diberi dengan hati yang kasih. Ada yang diberi dengan sombong dan ada yang diberi dengan niat ingin mengambil hati dengan niat tertentu di hari kemudian.

Ini bezanya. Nabi mengajar kita agar selalu peka dengan keadaan orang lain. Selepas itu terjemahkan kasih itu.

Kemudian, jika hendak cerita dekat orang, apa yang kita tolong terpulanglah, asalkan niatnya betul. Ada ramai juga orang memilih untuk tidak menceritakannya. Cukuplah sekadar iktibar dari kejadian.

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...