Monday, June 27, 2011

Diari 318 – “Kelas Robotik Maahad Sains al-Quran al-Amin..”

Dulu, kalau bicara mengenai budah tahfiz, gambarannya mesti jumud dan tak tahu dunia luar.

Inilah yang saya lalui ketika saya belajar di Madrasah Tahfiz 20 tahun dahulu.

Kini, saya diamanahakan untuk memimpin sebuah sekolah tahfiz peringkat menengah di Sunway iaitu “Mahaad Sains al-Quran al-Amin” (MASAA), sebuah sekolah tafiz yang tidak memisahkan antara agama dengan akademik.

Di MASAA, semua anak-anak yatim al-Ijabah belajar di sini.

Di sini para pelajar diintegrasikan antara tahfiz al-Quran, agama dan juga akademik. Tingkatan limanya mengambil aliran Sains.

Ketika saya berprogram dengan Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Seksyen 34 Shah Alam,  (ADVANCED TRAINING TECHNOLOGY CENTER) di dalam program usrah TV9, saya terus berbincang untuk menghantar anak-anak tahfiz di bawah jagaan saya berkursus mengenai robotik di sini.

Pihak pentadbiran Adtech setuju dan satu modul dua hari disusun untuk anak-anak MASAA. Tujuannya adalah untuk mencambahkan minat mereka pada Sains walaupun mereka berada di dalam bidang tahfiz.

25 Jun – 26 Jun, sejuk hati saya melihat anak-anak pelajar saya bersungguh-sungguh mempelajarinya. Mereka cukup minat dan ini yang kita mahu tanamkan iaitu belajar tahfiz al-Quran dan tahu juga menganai sains dan teknolongi.

Semoga satu hari nanti mereka akan menjadi orang-orang hebat di dalam memenuhi keperluan negara dan dapat berbakti untuk negara tercinta ini, amin..

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

25 Jun 2011/ 27 Jun 2011 jam 8.30 pagi

IMG_2091

IMG_2085

Bersungguh-sungguh anak-anak ini di dalam kelas Robotik

IMG_2098

Bersama En. Ubaidulllah, pensyarah di Adtech ini.

IMG_2103

IMG_2104

Semoga mereka menjadi penghafal al-Quran yang celik Sains dan Teknologi, amin…

6 comments:

boxhousestudio said...

amin amin amin Ya Rabbal'Allamin...

Ustaz Amin, BHS pun sejuk hati di buatnya...syukur pada ALLAH...

semoga anak anak ini akan terus dahagakan ilmu dan kuat semangat serta mempunyai daya juang yang tinggi untuk memajukan diri, agama dan bangsa,berkat-berkat sayang kan agama....terus kan perjuangan Ustaz Amin...BHS iringi doa dari kejauhan ini....makbulkan lah YA ALLAH cita cita suci murni Ustaz dan teamnya....Tahniah!!!...

Anonymous said...

alhamdulillah... semoga kita semua menjadi mukmin professional... insyaallah...

imanDS said...

Alhamdulillah, mcm anak kakak pun seorang hafizah, tak lama lagi bakal menjadi doktor.
K.Nor

fansuri said...

Salam,
Alhamdulillah,
sememangnya adik2 ini didedahkan dgn persekitaran yang cukup baik... di pupuk dgn semangat mencari ilmu dan disemai dgn niat hanya kerana Allah... bersyukur dan gembira melihat adik-adik ini, moga semangat ini juga terdidik dalam hati adik2 saya... yang penting mereka berjaya di dunia dan akhirat, insyaAllah..

Anonymous said...

K.Nor,tahniah.

Doktor2 nampaknya maju ke depan dlm mengamalkan Islam. Klu tak salah yg ramai mula2 pakai tudung ialah para doktor2.

(Klu Dr Farah keluar TV Forum Ehwal Islam, ramai geng2 saya suka. Slow & steady, mudah & jelas penerangnya)

mahligaibidadari said...

mohon laluan

Sebuah syarikat yang sudah berjaya dan mencipta nama kini melancarkan satu program perniagaan dengan bentuk insentif baru dan segar khusus untuk memasarkan produk dari kilangnya sendiri memerlukan Pemimpin Pengedar dan Pengedar2 yang mahu menjadi sebahagian pengasas dan barisan hadapan rangkaian adalah dipelawa untuk menyatakan minat melalui sms ke talian 010-9220208 seperti berikut: contoh: >hashim<>sgpetani<