Thursday, June 23, 2011

Jom Kongsi Pengalaman 75 - Inside Masjid Xi'an

Kesempatan kali ini, mari kita kongsikan mengenai masjid Xi'an
Masjid ini adalah sebuah kompleks Islam yang terdiri dari dewan solat, tempat wuduk, pejabat, rumah tetamu, bilik mesyuarat, menara peninjau dan lain-lain lagi. Ia adalah satu contoh fungsi masjid yang berbagai dan bukan semata-mata dewan solat

Masjid ini telah didirikan sejak 1250 tahun lalu, binaannya masih kukuh dan dipelihara dengan baik

Menara Xi'an yang cukup terkenal. Dahulu muazzin melaungkan azan dari atas ini.
Terdapat batu bersurat dan batu-batu nesan lama di sini. Kubur salah satu syiar Islam, sebab itu kubur orang Islam akan terbeza dengan kubur orang bukan Islam. Jika terdapat perkuburan Islam, maka orang terkemudian akan dapat mengetahui bahawa pernah wujud umat Islam di tempat tersebut

Orang di sini azan dengan lahjah mereka. Mereka menghidupkan baris hujung seperti :- "Hayya Alas Solaaaaaatiiiiiii, Hayaa Alal Falaaaaaheeeeee..."

Terdapat binaan-binaan lain di dalam kompleks masjid ini. Ia unik dan cantik.

Bilik wudhuk dan tandas di dalam kompleks ini. Kompleks ini seluas 12 5oo meter persegi

Orang di sini mengambil wudhuk dengan membersihkan sekali badan mereka. Mereka akan membuka baju, mengelap badan dengan tuala yang mereka bawa kemudian mereka akan basuh tuala dan sidaikan di tempat yang disedaikan.

Peluang wudhuk akan digunakan untuk membersihkan sekali badan mereka.

Tandas di sini agak ringkas. Pintu hanyalah separuh dari badan.

Orang Cina banyak bermazhab Hanafi

Tuala yang digunakan untuk mengelap muka dan kaki setelah selesai mengambil wudhuk

Telaga lama yang terdapat di dalam kompleks masjid ini

Kalau masjid di Malaysia, masjid kebiasaannya akan dihiasi dengan ayat-ayat al-Quran yang dibuat dari batu mar-mar, di sini, ayat al-Quran dipahat pada kayu dan berada di dinding masjid

Di bahagian bawahnya pula adalah tafsiran dengan tulisan Cina

Masjid Xi'an ini dibuat dari kayu yang kuat dan telah berumur 1250 tahun. Bayangkan berapa ramai orang telah merebahkan dahinya untuk menyembah Allah di sini dan berapa banyak pahala generasi pertama yang mengusahkan agar masjid ini terbina. Orang Islam memainkan peranan penting di Xi'an ini terutamanya di dalam Dinasti Ming dan Dinasti Qing sehingga ada kajian yang menyatakan bahawa Maharaja Dinasti Ming adalah Islam.

Punya seni orang Cina muslim hingga lantai masuk pun diukir dengan gambar pokok tempatan

Hiasan dinding masjid dengan ukiran pohon-pohon kayu

selepas solat, ramai yang berkumpul dengan kami, mereka semua merasa gembira kita mengetahui bahawa kami orang Islam. Bagi orang Islam, masuk ke dalam komples masjid ini adalah percuma tetapi bagi orang bukan Islam ia dikenakan tiket untuk masuk

" Musaleeem?" (orang Islam ke?) tanya mereka. Kami mengangguk dengan senyum, mereka datang dan bersalaman penuh gembira sambil menunjukan pada pelancong yang ada di sebelah kami "kafiiir, kafiirr".


Sesungguhnya, masjid adalah syiar Islam dan di mana sahaja kita berada, barang pertama yang perlu kita wujudkan adalah masjid. Di dalam hadis, Nabi SAW bersabda:- "Barang siapa yang mendirikan masjid kerana Allah, maka Allah akan mendirikan baginya rumah-rumah di syurga".


Tinggal di kota Xi'an menjadikan kami merasa tenang kerana, walaupun berlainan bahasa dan bangsa, tetapi kami sebenarnya satu keluarga besar, keluarga muslim yang sentiasa berkasih sayang sesama kami.


Biasanya di Malaysia, kita bergaul dengan rakan-rakan Cina tetapi bukan dari keluarga Muslim, di sini, mereka beragama Islam, membaca al-Quran, bersolat, berselawat dan mengamalkan ibadah rutin bagi seorang muslim. Kita dapat rasakan tautan hati yang mesra bersama mereka. Semoga satu hari nanti, kita juga akan dikumpulkan di tempat yang lebih baik bersama kekasih kita Muhammad SAW, amin....


"Pengalaman Asas Hikmah"


al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Xi'an China

21 Rejab 1432/ 23 Jun 2011 jam 12.50 tengah malam

2 comments:

boxhousestudio said...

assalamualaikum ustaz amin

wah!...3 sahabat karib mencipta pengalaman bersama....Alhamdulillah...

terima kasih berkongsi cerita...BHS teruja...

penuh harapan suatu hari nanti dapat pergi bersama beramai ramai ke negeri china dan ke tanah suci...semoga ALLAH makbulkan ya ustaz amin....^_^...

opahcikgu said...

asslamualaikum ustaz dan anak-anak al ijabah.
seronok membaca catatan pengembaraan ustaz ke China.insyaAllah semoga suatu hari nanti kak juga berpeluang ke sana.
apa yang kak nak cerita dari pengalaman melawat ke negara barat,mereka banyak mengamalkan ajaran yang disuruh dalam islam(yg ditemui)amanah,pembersih, tepati masa,sabar dan rajin membaca, tetapi sayang kita org islam yg disuruh dan dipesan oleh Nabi SAW kita tak amalkan.ini yang sgt menyedihkan.moga2 anak2 kita akan kembali kepada ajaran dan suruhan Allah .bimbang kenangkan umat Islam mutakhir ini.

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...