Wednesday, June 15, 2011

al-Ijabah 97 – “Pulangnya Seorang Lagi Saudaraku..”

14 Jun 2011, seharian hari ini menguruskan mengenai bas anak yatim dan tahfiz al-Ijabah, maklumlah, bas telah kita beli tapi pembayaran belum dapat dibuat sepenuhnya lagi. Tapi saya yakin bahawa rezki tetapi ada, cuma cara usaha kena tingkatkan, itu sahaja.

Saya hanya pulang ke pejabat jam 5.15 petang, menghela nafas panjang agak keletihan. Kesempatan yang ada, membuka beberapa buah kitab sebagai rujukan kuliah maghrib yang akan disampaikan di Seksyen 11 Shah Alam.

Jam 5.28 petang, satu massage masuk ke dalam telifon saya. Saya menjeling dengan malas.

“Ah, dari ustaz Azmi..”

Biasanya kalau massage dari Ustaz Azmi ia berkenanan dengan Darul Ukhwah.

“Salam alik sheikh, seorang penghuni Hatarmizi baru meninggal dunia di wad 53 jam 17.20 tadi”

“Innalillah wa inna ilaihi rojiun” spontan mulut saya menyebut.

Saya terus menghubungi Ustaz Azmi…

“Syeikh, apa perkembangan..?”

“Ana dalam perjalanan ke hospital, dah berhubung dengan keluarga Allahyarham dan dia orang dalam perjalanan juga”

“Alhamdulillah” saya mengucapkan syukur.

Saat yang agak menyedihkan di dalam menjaga dan menyeliakan saudara HIV kita ini ialah saat kematian mereka, lebih menyedihkan jika keluarga langusung tak mahu ambil peduli hingga pernah kita menguruskan jenazah dari saat kematian hingga ke tanah kubur. Jika keluarga datang dan mahu mengambil tahu, ia satu perkara yang agak mengembirakan.

Selepas kuliah dan solat isyak, jam 9.15 saya mula bergerak ke Hospital Sungai Buloh. Sampai sahaja, Allahyarham sudah mahu dimandikan.

Setelah selesai, kami menyembahyangkan Allahyarham, jenazah di bawa pulang ke kampungnya di Pahang.

“Selamat berehat saudaraku, semoga Allah merahmatimu…”

“al-Ijabah, Bersatu Kita Berbakti”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

13 Rejab 1432/ 15 Jun 2011 jam 7.50 pagi.

IMG_1646

Persediaan akhir…

IMG_1655

Semua kita juga akan begini

IMG_1677

Iringan akhir..

2 comments:

yuri said...

Innaalillahi wa inna ilaihi raaji'uun

ainhany said...

AL Fatihah..