Saturday, July 2, 2011

Bicara Ilmu 38 – “Program Suri IKIM -Bab Nafkah”

27 Jun 2011 jam 10.00 pagi, saya bersama dengan pendengar setia IKIM di dalam rancangan SURI. Hari ini kita membicarakan mengenai Nafkah. Saya ingin kongsikan isi perbincangan kita.

Di dalam ajaran Islam ada menyatakan bahawa seorang suami berasaskan daya kekuatan mental dan fizikalnya dipertanggungjawabkan memberi nafkah zahir dan batin demi untuk kelangsungan hayat keluarga.

Yang dikatakan nafkah adalah makanan dan yang berkaitan dengannya, pakaian dan yang berkaitan dengannya dan juga tempat tinggal dan yang berkaitan dengannya. Ini adalah pandangan jumhur.

Yang terdapat khilaf iaitu khadam (orang gaji) dengan dua syarat iaitu :-

1. Ketika sebelum berkahwin isteri telah terbiasa dengan orang gaji

2. Jika suami mampu.

Pemberian nafkah hendaklah langsung dari suami atau wakil suami.

Seksyen 60 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003,

“Tertakluk kepada hukum syarak, mahkamah boleh memerintah seseorang lelaki membayar nafkah kepada isteri atau bekas isterinya”

Peruntukan seksyen ini juga boleh digunakan oleh isteri untuk memohon nafkah terhadap suami yang ingkar atau cuai membayar nafkah semasa hubungan suami isteri masih lagi wujud.

Soalan yang diajukan melalui telifon:-

En Faizal : kalau orang nak kahwin yang kedua, dan bakal isteri kedua kaya macam mana kedudukan nafkahnya?

Jawapan : walaupun isteri mampu, nafkah tetap wajib diberikan melainkan isteri telah melafazkan dia menghalalkan segala haknya.

En Ishak : Kawan saya sudah menceraikan isterinya dengan talak tiga, adakah cina buta saat ini?

Jawapan:- kewujudan cina buta saya tidak tahu ada atau tidak, tetapi dari segi hukum, perkahwinan yang dijanjikan untuk diceraikan adalah tidak sah dan dilarang. Ia seperti perkahwinan Mut’ah di dalam Syiah.

En. Muhamad dari KL : Mengenai aurat orang gaji.

Jawapan : Aurat orang gaji yang bukan mahram perlu dijaga. Didiklah orang gaji untuk menjaga auratnya.

Puan Ummi – keadaan dan isteri yang sama-sama berkongi membayar urusan rumah tangga seperti tempat tinggal dan makan minum.

Jawapan : Kesamaan sudah dikira menunaikan nafkah Cuma tetap kena lafazkan minta halal di dalam kekurangan.

En. Izwan – isteri tidak bekerja, seluruh pendapatn suami diberikan pada isteri, bagimana keadaan ini?

Jawapan : Jika isteri lebih matang di dalam mentadbir kewangan keluarga, maka itu wajar.

Puan Isniza dari Terengganu - Keadaan suami dan isteri yang bekerja, pendapatn gabung dua, bayar apa-apa yang pakai, keperluan harian. Baki barulah bebelanja yang lain. Puan tidak mahu kemewahan tetapi hanyalah kemewahan kasih sayang.

Jawapan seperti permasalahan di atas.

Soalan, apakah hukumnya isteri meminta-minta dari suami.

Jawapan – kalau memang haknya, maka dibenarkan untuk menyebutkan pada suami.

Puan Sa’dawiyyah – nafkah kediaman. Dulu tinggal di rumah nama suami, suami bayar, tapi sekarang berpindah rumah atas nama isteri, isteri pula kena bayar.

Jawapan : sebenarnya, suami tetapi kena bayar dan suami jangan takut kerana kalau berlaku perceraian atau meninggal, harta sepencarian boleh dikira.

Soalan : Adakah bil-bil dikira nafkah?

Jawapan : ya kerana ia berkaitan dengan tempat tinggal

Kesimpulan, nafkah dianggap sebagai hutang jika tidak ditunaikan. Penunaian itu wajib melainkan jika isteri menggugurkan dan meredhakannya. [1]

Sebagai penutup, biasanya selagi seorang suami itu menunaikan nafkah, dia adalah baik kerana masih lagi bertanggungjawab dan seorang perempuan, berkahwinlah dengan orang yang menunaikan tanggungjawab, dan itulah yang agak susah dicari sekarang.

“Ilmu Pelita Hidup”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Sumber Alam Resort

Cipanas, Garut Indonesia

27 Rejab 1432/ 30 Jun 2011 jam 7.30 pagi.


[1] Fiqh al-Islami, jilid 7 hal 815

IMG_2111

Bersama DJ Yati di IKIM.fm

1 comment:

Anonymous said...

Dunia tempat ujian, insyaAllah boleh diselesaikan klu masing2 ada ilmu, faham, berlapang dada, berharap serta buat yang terbaik agar jadi Mukmin sejati.

Wlu bgaimana pun ujian tetap ada,katakan rumahtangga mak ayah ok, rumah tangga anak menantu, sedara mara & kawan2 pula yg diuji.

Semuga kita yg rajin ikuti kuliah2 ustaz ni (antaranya) dapat sampai menyampai & kembangkan .

'murid'